Posts

Showing posts from May, 2010

Pengalaman Mendewasakan Walaupun Berupa Kepahitan....

Kadang-kadang aku suka membaca kembali post-post aku yang terdahulu dan kadangkala membuat aku tersenyum sendiri. Post-post ni sebenarnya mengingatkan kembali kepada kisah-kisah terdahulu kerana pada aku blog ni seolah-olah diari, diari sebuah kehidupan yang mana watak-wataknya dimainkan oleh kita sebagai pelakon utama dan orang disekeliling kita sebagai pelakon sampingan yang memegang pelbagai watak, ibubapa, teman, rakan, suami isteri dan sebagainya. Ada sahaja post aku yang mungkin menyebabkan hati terasa pedih namun orang bijaksana ada mengatakan "kita lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding kejayaan". Tidak kisahlah gagal apa? Samaada kegagalan persahabatan, percintaan, perniagaan dan sebagainya. Itu semualah yang mampu menjadikan kita sebagai manusia yang lebih baik, bukan sahaja dari segi lahiriah tetapi juga dalaman. Membaca post sendiri di blog sendiri bagi sesetengah orang mungkin nampak "pelik", "weird" atau sebagainya tetapi pernah ta

Sinaran Cahaya

Image
  Sinarilah hidup anda dengan 'torchlight' satu 'torchlight' mungkin tidak mampu menyinari dunia tapi andaikata beribu 'torchlight' ia mampu membuat satu dunia....membuat satu dunia kelihatan bagaimana yang anda kehendakinya"

22 Ciri Orang Mencintai Kamu

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya. 2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya. 3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk. 4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu. 5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya. 6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan. 7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya ke

Prince Of Persia

Image
Sebenarnya tak merancang pun nak tengok Movie Prince Of Persia semalam tapi disebabkan Amin kata tiket murah RM7, aku pun layan je la sekali ngan Mirul. Tengok preview dia cam tak best so plan nak tido ar dalam panggung tu cam masa citer Furry Vegeance yang mana sampai skang bebudak nih xpueh ati ngan aku dah la  diaorang belanja, aku yang pilih citer pastu aku plak yang tido..haha. I gave 4.5 out of 5stars (no body perfect although this movie near to a term I call perfection). If you ask me what I learned from it I can say that its all about the value of brotherhood, yes it is also a romantic film between Princess Tamina and Prince Dastan. Malas citer lelebih bleh tengok synopsis kat sini.... (Click Here)  So now almost all the movies in the cinema I have watched which can showed how bored I am, so now it is the time to focus on my practical training which will start on Tuesday.....hehe I like 'buzyness'. Tak taw le dua tiga bulan pasni I will say the same thing. Look and

Selamat Tinggal Wahai Teman....

Image
Mesej Dari PPMK Assalamualaikum & Salam Sejahtera. PPMK merakamkan salam takziah buat keluarga Nur Nazihah atas pemergian Allahyarhamah pagi tadi. Sehubungan dengan itu, majlis Solat Jenazah Ghaib akan diadakan di Event Hall, Dongyang Mirae University pada pukul 8.00 malam. Majlis akan dimulakan dengan Solat Maghrib, Bacaan Yassin + Tahlil, seterusnya Solat Jenazah Ghaib. En. Hanisan, PPL Seoul akan turut serta dalam acara ini. Kepada pelajar-pelajar universiti yang lain, majlis solat jenazah ghaib juga akan diadakan di setiap universiti (Bilik Malaysia). Sama-sama luang masa untuk solat jenazah ghaib bersama-sama. Kepada senior-senior yang ingin ziarah, jenazah Allahyarhamah Nur Nazihah akan dibawa pulang ke rumah (25 jalan 2/5 A, Bandar Sri Putra) dan insyaAllah akan dikebumikan selepas Asar. Harap Maklum Biro Agama dan Kebajikan PPMK Mesej ini telah saya terima petang tadi dari PPMK (Persatuan Pelajar Malaysia Korea) namun saya masih cuba untuk menidakkan ora

Rumah Baru

Lepas bermacam-macam dugaan berjaya juga untuk menduduki rumah baru kat Padang Jawa ni. Walaupun baru duduk sehari rasa dah sayang pulak. Kawasan sini nampaknya sentiasa hidup dan agak banyak kenderaan samaada waktu malam @ siang.Ti rajin aku post lagi coz nak renew lesen la..mati arini...

Masalah Gula Takkan Selesai

Hampir setiap tahun sejenis barang kawalan yang bernama GULA pasti menghadapi masalah kekurangan dan waktu kekurangannya hampir sama, jadi boleh saya simpulkan tiada langsung kawalan keatas GULA untuk menghadapi masalah kekurangan ini.  Waktu sebelum bermula puasa dan menjelang raya antara waktu yang mana menampakkan kekurangan tersebut, ramai pekedai yang melaksanakan polisi "seorang pembeli sebungkus gula". Dimanakah KPDNHEP dalam isu ini. Pelbagai jawapan diberikan, namun pihak pekedai selalu sahaja disalahkan (Saya tak kata mereka tidak bersalah) namun begitu mengapa masalah ini berulang dan berulang. Macam-macam polisi nak digunakan, import sinilah import situlah....last last berlaku juga masalah gula ni. Sebenarnya masalah kekurangan gula ini membawa seribu kebaikan antaranya ialah mengurangkan pengambilan gula dalam makanan bila kurang pengambilan gula, kurang jugalah yang menghadapi terlebih gula dalam darah, bila kurang yang terlebih gula dalam darah maka kurang ju

Kolej Matrikulasi Perlis

LAGU RASMI KOLEJ MATRIKULASI PERLIS Indah mempersona suasana ceria Kolej ku damai permai sentiasa Kehidupan berbudaya Kukuh kerjasama Bersatu beretika Visi kejayaan Disiplin diutama Komitmen tinggi setiap masa Cabarankan ditempuhi Berprestasi tinggi Lahirkan insan yang berkualiti Kolej Matrikulasi Perlis Cemerlang berusaha Menggapai wawasan Kolej Matrikulasi Perlis Megah di puncak jaya Keimanan Menjana Perubahan Ashraf Said : Lama gile tak melawat KMP, banyak citer kat sini ada yang suka, duka, lucu, kejayaan, kegagalan suma ada. Agak2 sape JPP yang bersara awal disebabkan krisis dengan YDP dulu walaupun dah menang pilihanraya umum..huhu tapi kini sume dah jadi kenangan. Ingat lak kat Encik Sharom, Encik Khalid Dan, Kafe Jazila & Hafa (skang dah takde), abang Din,  Koperasi KMP dan men bola setiap petang pas kelas, teringat aku time jadik defence terhebat time tu (terperasan la plak....haha). So sad coz Reunion kat KL next month tak dapat datang...maybe nex

Facebook & Kedai Kopi

Image
Andaikata saya nyatakan bahawa Facebook telah pun menjadi Kedai Kopi Terbaru anda setuju tak dengan saya? Dengan hanya sekadar "type" dan "click" anda boleh menyertai laman sembang kedai kopi tersebut. Dengan kedai kopi ni jugak, kita tahu apa orang tu tengah buat, orang ni tengah buat, apa orang tu rasa, apa orang ni rasa dan kita juga tahu sapa couple ngan sapa, sapa bertunang, sapa bakal berkahwin, apa program yang bakal dijalankan dan kadangkala kita tahu sesuatu yang tak patut kita tahu.  Seperti yang telah saya katakan dalam post terdahulu yang bertajuk Era Facebook, Facebook mempunyai pro and cons yang tersendiri. Dahulu kita pernah terdengar betapa disebabkan YM, rumahtangga berkocak yang akhirnya membawa kepada penceraian dan pemecahbelahan keluarga. Pada pendapat saya yang kurang bijak ni, Facebook bakal membuat sesuatu yang lebih dari itu.....percayalah. Sekarang ni kesan dia kita tidak dapat lihat kerana kebanyakan pegguna facebook merupakan golongan

Shrek Forever After

Image
Sejak dua tiga empat lima (sampai infiniti) menjak ni, cam rajin lak aku tengok wayang sampaikan kat wayang semalam dua citer je tak tengok lagi dari sepuluh citer, IP Man ngan Once A Gangster...huhahaha. (bangge gile). Kalau kelmarin punye semalam tengok citer Andartu 21 Hari Mencari Suami, cam yang aku dah janji tapi lambat sket semalam tengok citer Shrek Forever After.....best???? Ish x best tol....x best tol...x best tol kalau tak tengok..... Grafik lawa, jalan citer menarik, suara atau sistem audio Dolbi yang aku rasa gempak....tak tahu nak bagi berapa star kalau bukan sejumlah stars di dalam filem star wars (merepek ape ni...astagfirullahalazim). Shrek The Final Chapter 3D, makhluk rambut merah tu evil....bukan red devil.... Semalam pergi ngan dua budak yang menjadi kesayangan aku, my sisters, bile lagi nak belanje diaorang ni kan, next week nak balik dah, lagi2 aku dah janji ngan diaorang. Filem ni mula kol 9.20 malam, tapi dah jadi tabiat aku suka beli tiket awal2, aku beli t

Perancangan Masa Depan

Image
Hanya ada tiga masa sahaja di dalam dunia ini, tadi, sekarang dan karang. Sekarang bakal menjadi tadi, dan karang bakal menjadi sekarang. Begitulah lumrahnya kehidupan kita. Rasulullah sendiri telah memendekkan masa dari tadi, sekarang dan karang kepada dua keadaan iaitu hidup dan mati. My Idol, also a futuristic Tun Mahathir..... Tapi di post ni bukanlah aku nak bercerita tentang hidup dan mati tetapi  aku nak bercerita tentang perancangan dan sesungguhnya perancangan kita tertakluk kepada perancangan Allah dan sesungguhnya perancangan Allah itu adalah lebih tepat. Walaupun perancangan Allah itu mutlak yang dipanggil takdir namun pepatah inggeris ada mengatakan "No one plan to fail, but many fail to plan". Tapi kalau dah plan perlulah diikuti dengan usaha dalam pengimplementasian untuk memastikan perancangan tu berjaya. Kalau tak camna, itulah mengapa ada yang digelar "bercakap berapi tapi hampeh". Nak itu nak ini tapi last last cam tu gak le jadinyer, camtu buk

How To Add A Video To Your Blog

Image
Actually there are two ways to put the videos into your blog. 1. In the post From the video source websites such as YouTube @ Metacafe, there will be an embed html then copy it into the post that you want to.  Then publish post. You can see that a video or videos will be at the post that you wrote. 2. In the blog layout First chose the layout menu in the blog Then chose add a gadget menu in the layout menu Then add a HTML/Java Script in the "add a gadget" menu Then copy embed HTML into the HTML/Java Script  Save it then view ur blog Q:How to resize your video? Embed HTML Example:   <object width="640" height="385" ><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/_sarYH0z948&hl=en_US&fs=1&"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="

Pakistan Sekat Akses Youtube

Image
ISLAMABAD 20 Mei - Pakistan menyekat akses ke laman web perkongsian video, YouTube dalam usaha menghalang penyiaran bahan yang menghina agama atau tokoh agama. Sekatan itu dikenakan beberapa jam selepas Lembaga Telekomunikasi Pakistan (PTA) mengarahkan penyedia perkhidmatan Internet menyekat akses ke rangkaian sosial, Facebook kerana terdapat pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad. Kerajaan Pakistan mengambil tindakan menyekat akses ke Youtube untuk suatu tempoh yang belum diketahui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) penyedia perkhidmatan Internet, Nayatel, Wahaj-us-Siraj berkata, PTA semalam mengarahkan sekatan serta-merta ke atas YouTube. "Arahan tegas itu dikeluarkan kerana mereka mahu kami melakukannya dengan segera dan kemudian memaklumkan kepada mereka mengenainya," kata beliau. YouTube pernah disekat selama setahun di Pakistan pada 2007 kerana menyiarkan video yang dianggap menyalahi ajaran Islam. Kesan penyekatan akses keatas youtube mempunyai kesan positif dan

Washington Lewat Pulang Buku 221 Tahun

Image
NEW YORK 20 Mei - Sebuah buku yang dipinjam oleh Presiden pertama Amerika Syarikat (AS), George Washington dipulangkan kepada perpustakaan tertua di New York City semalam, terlewat 221 tahun. George Washington, Perdana Menteri Pertama Amerika Syarikat Washington meminjam buku dari New York Society Library ketika perpustakaan itu berkongsi bangunan dengan kerajaan Persekutuan di Lower Manhattan. Menurut perpustakaan itu, rekod pinjamannya menunjukkan Washington membawa keluar buku The Law of Nations tulisan Emer de Vattel pada 5 Oktober, 1789. Buku itu tidak dipulangkan dan denda buku lewat juga tidak dibayar, dengan denda tersebut kini dianggarkan kira-kira AS$300,000 (RM960,000).  New York Society Library  Kehilangan buku tersebut dikesan sewaktu New York Society Library membaik pulih rekod pinjamannya pada 1789-1792, yang menunjukkan rekod buku yang dipinjam oleh Washington, serta Presiden dan Naib Presiden AS yang lain, seperti John Adams, John Jay, Aaron Burr, Alexander Ham

KPMG --> Ipoh Parade --> Jaya Jusco

Image
Setelah beberapa hari lepak-lepak kat rumah, lepas tolong ape2 yang patut kat dapur (boring nyer pasal....haha) semalam teman jap member serumah yang bakal wat praktikal ngan KPMG Ipoh, Krol gi KPMG....ingatkan nak gi opis la rupenyer just tengok jalan yang terdekat nak gi sana...huh. Takpe la janji jenjalan...haha.Tak best lak coz member sorang lagi ade keje kat Taiping so kami dua je la yang g... Krol tinggal agak jauh dari kawasan Ipoh (maybe 1 jam kot) so kene gerak agak awal setiap ari and kalau bawak kereta kat kawasan ni nak parking RM4 sejam so aku suggest bawa motor je takyah pening2. Kalau bawak motor leh rempit....xyah bayar parking....minyak pun jimat. Kalau nek keta, Minyak pergi balik RM10,parking RM4, masa nak carik parking???? Ermmm....pikir sendiri le.... Selamat berpraktikal la sume.... Kalau semalam lepak kat Gerbang Malam ngan Family pas makan malam, hari ni lepak jap kat Ipoh Parade dengan tujuan nak tengok movie ape yang ade. Tapi movie yang ade sume dah tengok a

Siapa Sebenarnya Aku....

Image
Kadang-kadang orang mengukur orang lain melalui luaran jek sebab mungkin tak kenal dengan isi hati seseorang tu. Contohnya melalui blog, kalau ada yang rasa aku tulis boleh berinformasi dan ada sikit-sikit pasal Islam pasal agama dan terus labelkan aku ni suka membantu orang lain dan "kuat agama" salah sebenarnya. Iman aku senipis kertas A4 Double A dan aku pun bukannya orang yang berinformasi sangat pun. Come on, berbeza kalau nak fikirkan bila seseorang tu bercakap atau menulis, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya tapi kalau terlajak tulis pada facebook ataupun blog boleh tulis balik dan betulkan. Kadang-kadang kalau aku tulis sesuatu ayat cam tengah wat lawak tak bermakna aku ni seseorang yang suka buat lawak. Lawak atas kertas dan lawak perbualan lain sangat definisinya.  Kadang-kadang tu bila tulis tu kita ada banyak masa untuk berfikir berbanding dengan bercakap yang mana ia lebih spontan so disebabkan aku ni "kurang laju" (bukan lemb

Era Facebook....

Sehingga hari ini dah hampir 7 bulan aku buka akaun Facebook (tak silap) namun hati ni masih merasa tak senang dan akan sentiasa rasa tidak tenang bila mengenangkan betapa "Muka Buku" ni dah menyumbang kepada pengaliran masuk wang ke Israel terutama sektor pertahanannya dalam menzalimi rakyat Palestin.Bukankah dulu aku yang forwardkan emel tentang kaitannya Facebook dengan Israel??? Bukankah dahulu aku yang dengan yakin menjawab "aku takkan bukak Facebook coz dia ada kaitan dengan Israel dan CIA" bila rakan-rakan bertanya soalan tentang FB....huh dimanakah aku.  Walau apapun sebab dan musabab yang aku berikan, satu demi satu nyawa tidak berdosa di Palestin menjadi mangsa. Memanglah ahli politik, penceramah-penceramah agama, ahli-ahli sukan dan hampir semua orang punyai FB tetapi pernah tak terfikir apa tujuan utama kita "berfacebook" yang lebih penting berbanding pembunuhan nyawa tidak berdosa tersebut. Pada aku, mungkin kita tidak mampu menolak era &qu

How To Change Your Blog Design?

Image
1. Chose any blog design you interested and download it.  2. Dowload it Then go---> Layout --->Html  3. Then find the XML find that you download before. 4. Upload it into the HTML section by clicking Upload existed button.  (You can see the upload link in the pic. above) 5. View your blog to see the differences.  Just For Bloggers Brought To You By What Does It Mean By Human Being Blog Site

How To Know Whether Your Friend Online Or Not?

Image
Answer to this question is that you can use YM Detector (Click Here) Invisible  Online (Available) Offline Easy isn't it, actually there are many more you can do with it may be later keh....

Diari Rasulullah S.A.W. dan Iblis

Image
Dari Muadz bin Jabal, dari Ibu Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah saw di kediaman seorang sahabat Anshar, terdengar panggilan seseorang dari luar rumah, “Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku.” Rasulullah saw bersabda: “Tahukah kalian siapa yang memanggil?” Kami menjawab: “Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu.” Rasulullah melanjutkan, “Itu Iblis, laknat Allah bersamanya.” Lalu Saidina Umar bin Khattab berkata: “Izinkan aku membunuhnya wahai Rasullulah.” (hebatnya Umar r.a ,) Rasulullah menahannya: “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, pahamilah apa hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.” Ibnu Abbas ra berkata: pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang kakek yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi. Ibl

A Scottish Who Don't Know His National Anthem.....

Britain Anthem: God Save The Queen Scotland Anthem: Flower Of Scotland Quite a shame when a Scottish don't know how to speak and write English proficiently when I talk about Scotland don't ever judge my loyalty to Malaysia, my lovely country, I know my root. I love Malaysia, I miss Scotland....   

3000 Visitors Already

Image
  Tuesday, 11.33pm, 18 May 2010 Thanx to all who supported me by visiting this blog and really hope every piece of word and every single post will give u information which the main objective of mine for blogging

Bagaimana Untuk Tukar Nama Link Dan Link Di Blog Anda

Image
Katakan nama link sedia ada adalah seperti kat atas ni dan saya telah letakkan nama "Home, Life Experience, Inspiration, I Luv Islam, My Favourite Songs etc" Kalau kata anda nak tukar nama tu cara-caranya ialah: 1. Gi Kat Edit Html Di Blogspot 2. Pergi kat Tab Internet Explorer, Mozilla atau ape2 internet browser yang anda gunakan dan  carikan menu "Find" 3. Di dalam kotak "Find" type nama link yang telah sedia wujud (cam Home, Post RSS atau sebagainya) katakan saya ambil nama url link "Life Experience" 4. Save template dan kemudian view blog untuk melihat perubahannya. Klik Di gambar untuk lebih jelas  Kat situ ada tertulis:  <li class='cat-item'><a href=' http://ashraf88.blogspot.com/search/label/My%20Life ' title='Edit this link'> Life Experience </a></li> Merah= ke url mana anda mahu link tersebut ditujukan Biru= Nama yang anda mahu letakkan - Nama sebelum "Life Experience" -