Followers

Sunday, 4 February 2018

Annyonghaseyo from Seoul, South Korea

Alhamdulillah, setelah merancang hampir 5 bulan, pada 26 Januari sehingga 1 Februari 2018 saya telah berjaya membawa keluarga untuk menjejakkan kaki ke negara Winter Sonata iaitu Korea Selatan. Tiada visa diperlukan oleh rakyat Malaysia untuk masuk ke negara ini. 

Hampir semua tempahan tiket penerbangan, hotel, homestay, entrance tickets, airport transfer dan driver telah kami booking melalui website rasmi Airasia, TuneHotel, AirBnb, Viator, Seoul Travel Pass.com and Trazy.com. Website-website seperti Seoul Travel, Viator dan Trazy ini boleh dipercayai, tetapi sekiranya anda beli di kaunter pusat pelancongan yang anda ingin pergi anda berpeluang mendapat harga tiket yang lebih menarik. (25%-30% discount).

Day 1: Check In Tune Hotel KLIA2 Family Room

Kami telah menempah Tune Hotel KLIA2 family room yang menyediakan katil untuk 4 orang,oleh kerana kami datang berlima, kami membawa comforter tambahan sebagai tempat tidur tambahan kerana hotel ini tidak menyediakan tambahan katil. Bilik ini agak besar dan selesa tetapi bilik air di sini memang tidak berkunci jadi bila anda mahu menggunakan bilik air kena beritahu semua orang di dalam bilik anda....haha.  

Day 2: Bertolak Ke T2 Incheon International Airport, Seoul

Kami hadir awal ke lapangan terbang yang terletak 10minit berjalan kaki dari Tune Hotel tempat kami menginap kerana risau terpaksa beratur panjang di tempat check in, imigresen dan kastam namun alhamdulillah semua berjalan lancar dan tidak ramai orang seperti biasa.  

Tepat jam 2.40petang, kami bertolak ke Seoul di dalam suatu penerbangan AirAsia X yang mengambil masa selama 6 jam. Seoul satu jam lebih awal berbanding Kuala Lumpur. 

Kami tiba di Terminal 2 Incheon International Airport, Seoul  pada jam 10.40 malam dan driver untuk airport transfer kami telah sedia menunggu sambil memegang nama kami. Sebelum bertolak ke tempat penginapan, kami ke KT phone booth untuk mengambil sim card yang telah ditempah, namun kami sepatutnya menunggu sehingga phone connection dapat dilakukan tetapi segera bergegas ke van apabila kaunter tersebut mengatakan "we are free to go" kerana tidak mahu driver menunggu lama akibatnya sim kad tersebut tidak dapat digunakan selama kami di Seoul.  

Jangan terkejut sekiranya anda ke Seoul pada musim sejuk, suhu -10celcius adalah suatu kebiasaan. Ia agak sejuk berbanding dengan negara-negara lain yang mengalami musim sejuk seperti Jepun dan UK. (average sekitar 0-1 Celcius). Jadi 4 lapis pakaian itu adalah sesuatu yang biasa. Barulah kami tahu perasaan Gwang Soo yang kesejukan berpakaian nipis di dalam rancangan Running Man sewaktu musim sejuk. 

Setibanya kami di tempat penginapan AirBnb kami, tuan rumah iaitu Lyn telah pun menunggu sambil membantu mengangkat beg kami. Walaupun rumah ini berada di kawasan yang agak bercerun @ hilly namun ia berdekatan dengan bus stop, Itaewon subway station dan taxi station. Ada beberapa kedai halal turki di kawasan penginapan ini seperti Karvan Express.     

Day 3: Gyeongbokgung Palace N Seoul Tower & 63 Square

Apabila celik sahaja mata dan solat subuh, kami menikmati breakfast Maggi, Roti, Biskut, Sardin dan Tuna beserta Nescafe yang kami bawa dari Malaysia.   

Tepat jam 9 pagi, driver kami menunggu di depan tempat penginapan dan destinasi pertama yang kami lawati adalah Gyeungbukgung Palace, tiket entrance ke sini ialah KRW3000 seorang. Setelah itu kami ke Namsan Seoul Tower. Tiket yang kami telah beli awal boleh disahkan di kaunter yang berada di tingkat 1.    
Gyeongbokgung Palace
Restoran pilihan kami untuk makan tengahari pada hari tersebut ialah EID Restaurant yang menghidangkan masakan korean yang halal pada harga yang berpatutan, ada beberapa pekerja Islam Malaysia yang bekerja di sini. Bajet makan tengahari & malam untuk seorang di sini adalah sekitar KRW10000-KRW12000 (RM30-RM44). Restoran ini agak kecil namun kami bernasib baik kerana ada tempat untuk kami berlima. Bagi yang belum pernah menikmati masakan korea adalah lebih baik berkongsi untuk pertama kali agar tidak membazir. Pada kami ini adalah restoran terbaik di antara restoran-restoran yang kami pergi.  

Korean Food di EID Restaurant
Pada petangnya niat kami untuk menikmati sunset private ferry cruise tidak kesampaian berikutan sungai han (Hangang River) yang telah sejuk dan bertukar menjadi ais dan kesemua ferry tidak beroperasi sehingga 31 Januari 2018. Tiket yang telah dibeli awal akan direfund melalui satu emel yang telah dihantar pada hari sebelumnya namun berikutan tiadanya phone connection, saya tidak dapat menerima email tersebut dan hanya membaca emel tersebut di depan kaunter ferry tersebut dengan menggunakan wifi hotspot Matt. 

Matt mencadangkan untuk kami ke 63 Square yang mana merupakan salah satu bangunan Hanwha, salah sebuah syarikat terbesar di Korea. Hanwa melalui anak syarikatnya, Hanwha QCell juga merupakan pembekal Solar Modules bagi Gading Kencana untuk projek ladang solar 30MWac nya di Bidor. Daripada observatory deck di sini anda dapat lihat betapa sungai Han telah keras menjadi ais dan sekiranya aktiviti ferry diteruskan ia mungkin mengundang bahaya.  

Pemandangan Sungai Han yang telah beku dari 63 Square
63 Square Building (Hanwha)
Menu ikan bakar dan sotong di sini adalah sangat mudah untuk diperoleh dan menjadi menu pilihan kami pada malam tersebut di BusanJib Restaurant di Myeondong, ramai malaysians di restoran tersebut dan menu di restoran tersebut agak banyak. Di sekitar restoran tersebut terdapat food stall dan gerai-gerai menjual buah-buahan terutamanya strawberi yang agak besar saiznya dan Sotong bakar yang telah saya cari selama 10 tahun yang mana pertama kali saya menikmatinya adalah di Seoul Tower pada tahun 2008. 

Day 4: Korean Folk Village

Korean Folk Village
Kami sampai di sini awal pagi dalam jam 9.30 pagi, sewaktu kami ke sini tidak ramai orang yang berkemungkinan disebabkan suhu sewaktu itu yang agak sejuk iaitu negatif 7 celcius (-7c). Disini banyak rumah-rumah tradisional Korea dan tarian yang ditunjukkan. Walaupun disini tidak terdapat restoran halal, (Green Terrace tidak halal) namun terdapat surau di The No. 9 Exhibition Hall sekiranya anda sekeluarga mahu solat.  

Prayer Room at The No. 9 Exhibition Hall, mula-mula tengok ingatkan part of exhibition
Setelah itu kami ke Makan Halal Restaurant di Itaewon untuk menikmati makan tengahari yang berkonsepkan makanan korea, sebolehnya sila membuat reservation agar anda tidak perlu menunggu apabila sampai di restoran tersebut. Restoran ini terletak tidak jauh daripada Masjid Itaewon dan EID restaurant.  

Pada malamnya kami menikmati BBQ Kambing Australia di Yang Good Lamb BBQ Halal Restaurants yang terletak di Gangnam. Di restoran ini juga hampir kesemua meja telah penuh namun nasib kami baik kerana tour guide kami Matt telah membuat reservation awal. Matt merupakan tour guide merangkap driver yang sangat berpengalaman dalam menguruskan pelancong-pelancong serata dunia termasuklah daripada Malaysia.  

The menu at Yangood Restaurant was served on a BBQ Grill Place
Day 5: Petite France, Nami Island, Elysian Ski Park & Garden of Morning Calm 

Destinasi pada hari ini adalah Nami Island, Petite France dan Garden of Morning Calm. Perjalanan ke Petite France agak bersimpang siur kerana ia terletak di kawasan bergunung dan hampir satu jam dari bandar Seoul. Ia merupakan salah satu lokasi penggambaran awal Running Man, di kawasan ini banyak tangga dan bercerun jadi anda perlu berhati-hati.


Nami Island dengan drama Winter Sonata memang tidak dapat dipisahkan, sekiranya anda google nama pulau ini, anda akan jumpa Nami Nara republic dan memerlukan visa fee untuk ke sana seperti ia adalah negara lain namun menurut Matt, pulau ini adalah pulau yang dimiliki oleh sebuah syarikat dan ia dibuat seolah-olah ia negara yang lain tetapi ia adalah sebahagian Korea Selatan. Anda mempunyai pilihan samaada mahu menggunakan ferry atau kereta kabel untuk ke pulau tersebut yang mana ferry ini adalah setiap 15 minit. Harga tiket ferry adalah sekitar KRW10,000 seorang. 

Di pulau Nami anda dapat melihat lokasi dimana drama Winter Sonata dirakamkan, Bank Negara Nami Nara Republic, beberapa buah restoran, tempat peternakan burung unta dan taman. Disini juga terdapat restoran halal, kami memilih Asian Cuisine yang terletak di sebelah surau. 

Nami Island
Setelah itu kami ke Restoran Bombay Grill, untuk tapau menu makan malam sebelum ke Elysian Ski Park untuk bergambar. Restoran ini menhidangkan teh tarik, nasi briyani dan roti nan beserta tandoori. Di dalam perjalanan pulang ke Seoul kami singgah di Garden of Morning Calm yang mana pada musim sejuk ia seolah-olah Icity Malaysia yang mempunyai pokok-pokok berlampu.  

Alhamdulillah, kami sangkakan kami tidak berkesempatan menikmati salji tetapi semasa perjalanan pulang salji mulai turun dan mengakibatkan banyak kereta dipandu perlahan kerana jalan licin.   

Garden Of Morning Calm

Day 6: Seoul Grand Park dan Ansan City

Destinasi terakhir sebelum pulang ke Malaysia ialah Zoo Korea atau Seoul Grand Park, ia terletak berhadapan dengan Planetorium Science Korea dengan entrance fee KRW5000 seorang. Berikutan cuaca dan suhu yang sangat sejuk hanya beberapa haiwan yang dipamerkan seperti Rusa, Memerang, Badak dan Tupai. Disini ada sebuah taman botani dalam bangunan yang mempamerkan pokok-pokok yang ada pada semua jenis hutan. 


Pada tengahari itu kami ke Ansan City untuk menikmati makan tengahari di New Taj Mahal Restaurant, kami memilih nasi briyani kambing atau lamb briyani sebagai menu sebelum pulang ke tempat penginapan untuk bersiap untuk pulang ke Malaysia. Sekitar Masjid Ansan, terdapat banyak restoran halal yang kebanyakannya daripada Pakistan dan Indonesia. 

Petangnya kami ke Terminal 2 Incheon International Airport untuk pulang ke Malaysia, restoran halal Nimat terdapat di concourse iaitu selepas check in dan train tetapi ia ditutup awal iaitu jam 10 malam dan kami sampai pada jam 10.15 malam. Menurut information counter, ia adalah satu-satunya restoran halal. Justeru itu kami terpaksa menunggu makan malam di dalam pesawat.  

Driver/Tour Guide Specialist Phone Contact


Thank you Matt for being our driver and tour guide during our 5 days in Seoul. He is very proficient in English and able to assist Muslim travelers in term of foods selection and mosques. 

Senarai Harga Tiket @04 Feb 2018

Gyeungbukgung Palace 
KRW3000/pax

Namsan Seoul Tower     
USD6.61/pax (Online Booking)

63 Square                       
KRW5,500 (Discounted)

Private Ferry Cruise       
KRW110,000 per group (max 10 per group)

Korean Folk Village       
KRW13000/pax (Discounted entrance fee only, normal KRW18,000/pax)

Petite France                   
KRW6,000/pax (Discounted, normal KRW8000)

Tiket Ferry Nami           
KRW8,000/pax (Discounted, normal KRW10000)

Elysian Ski Park                           
Free entrance, only equipment rental need to be paid kalau rent. 

Garden of Morning Calm
KRW4,500/pax (Discounted, normal KRW9000)

Seoul Grand Park           
KRW5000 (tiket masuk sahaja tidak termasuk kereta kabel & train) 

List of Online Booking Ticket/Accommodation Website

List Of Halal Restaurants in Seoul & Itaewon during our visit 

Saturday, 3 December 2016

The City Of Swan, Perth

Alhamdulillah, after almost a year of planning, it is the time for us to visit the City of Swan, Perth, Australia. 

Kami telah memilih syarikat penerbangan Everyone Can Fly, AirAsia X dan kesemua urusan diuruskan sendiri termasuklah permohonan Visa, tempahan TuneHotel (kerana penerbangan kami ke Perth adalah pada waktu awal pagi dan tiba di Malaysia pada lewat malam),  sewaan kereta (EuropCar), sewaan rumah (AirBnb), pembelian tiket-tiket tempat pelancongan sekitar Perth seperti Caversham Wildlife Park, The Perth Mint, Fremantle Prison, West Australia Maritime Museum, The Roundhouse dan lain-lain lagi. 
    





Hari Pertama - 27 November 2016

Kami tiba di airport terminal 1 Perth dalam jam 3.30 petang (waktu Malaysia dan Perth adalah sama), kami melepasi imigresen kastam Australia dengan mudah tanpa apa-apa halangan, yang penting declare apa-apa yang patut anda declare di dalam borang yang disediakan contohnya ubat, atau wang tunai yang dibawa sekiranya lebih AUD10,000. 

Sejurus tiba, kami mengambil kereta sewa yang ditempah melalui kaunter kereta Europcar yang berada di hadapan terminal dan terus ke rumah sewa/homestay yang ditempah di 137, Swansea Park, East Victoria Park. Sebelum mengambil kereta jangan lupa membeli simcard Optus dan reload AUD10 untuk senang guna waze, google mapping, whatsapp atau Facebooking nanti 😀. 

Kereta yang disewa melalui Website EuropCar 

Rumah yang ditempah melalui AirBnb 

Pada hari pertama kami ke restoran Malaysia, D'Nyonya untuk makan malam yang terletak 4 minit dari tempat kami menginap. Harga biasa je kot, dalam AUD60 untuk 4 orang makan (jangan convert duit Malaysia karang x makan...haha).

Hari Kedua - 28 November 2016: Caversham Wildlife Park & Water Town Brand Outlet, Raine Square

Pagi ini kami melihat Kangaroo,  Wombat, Penguin and friends yang terletak di Caversham Wildlife Park, (26 km dari tempat kami menginap) harga tiket adalah seperti di bawah:

Harga Tiket Caversham Wildlife Park




Pada petangnya pula kami ke salah sebuah outlet yang selalu dikunjungi oleh rakyat Malaysia ke sini untuk shopping, Water Town Brand Outlet yang terletak di hadapan Perth Arena. Selepas makan malam di Charco's The Flaming Chicken, kami solat di Masjid Ibrahim yang terletak 3.7km dari restoran tersebut. 


Water Town Brand Outlet

Visited Masjid Ibrahim which located not far from Charco's The Flaming Chicken at Huntingdale before called it a day 
Hari Ketiga - 29 November 2016: Swan Valley, Margaret Chocolate River Factory & Little Ferry Co.   

Pejam celik telah pun hari ketiga kami disini, pagi ini destinasi kami adalah Swan Valley yang mana merupakan kawasan pelancongan yang kerap dikunjungi kerana terdapat banyak vineyard atau ladang anggur, wineries, cafe dan kilang coklat. 

Kilang Coklat yang menggunakan tenaga Solar 
Tiket ferry Little Ferry Co. boleh dibeli secara online di website dengan harga AUD12 per adult, yang mana merupakan perjalanan dari Claisebrook Cove ke Elizabeth Quay. Menariknya ferry kecil ini adalah ia menggunakan tenaga solar sebagai pembekal sumber elektrik kepada enjin. 





Symbol of the City, The Black Swan






Hari Keempat - 30 November 2016:  Fremantle & The Perth Mint

Di Fremantle, tempat yang menarik untuk dikunjungi adalah seperti Fremantle Prison, WA Maritime Museum, The Roundhouse, E-Shed Market. Disebabkan kami datang pada hari Rabu maka E-Shed market tutup, hanya buka pada hari Sabtu dan Ahad kalau tak silap. 


Fremantle CAT Bus


West Australia Maritime Museum
Waktu rakyat British sampai ke Perth


Fremantle Prison



43 men and one women were hanged from 1889 - 1964 


Hari Kelima - 1 Disember 2016:  Megabes Product & Insan's Cafe 

Hari terakhir adalah hari untuk membeli souvenir, kami ke Malaga, untuk ke Megabes Product & Gift, sebuah syarikat souvenir milik rakyat Singapore yang telah menetap lama di Perth. Anda perlu set appointment kerana parking yang ada adalah limited. Appointment boleh dibuat dengan Facebook atau call nombor yang tertera pada facebook syarikat ini. 


Harga souvenir di sini jauh lebih murah dari tempat lain


Sebelum pulang ke Malaysia, kami menikmati juadah tengahari di Insan's Cafe, salah sebuah cafe Malaysia yang terkenal di Bandar Perth dan solat di Turkish Suleymaniye Masjid






Ringkasan Harga & Info Untuk Rujukan Sekiranya Anda Merancang Untuk Bercuti Ke Perth

Flight Ticket (Return)     
: Bergantung (Average dalam RM1k kot, ada masa berapa ratus je) 

Visa                                
:  RM30 Seorang
: Website untuk memohon Visa Australia once approved boleh stay 3 bulan 

Makan                             
:  AUD10 - AUD15 Per Meal untuk seorang
: Ada beberapa restoran Malaysia di sini seperti The Sarapan, Insan's Cafe, D'Nyonya, D'Angkasa dan lain-lain 
: Restoran halal pun banyak seperti Charco's The Flaming Chicken di Thornlie, sedap ayamnya tapi dengar kata Lamb Rib dia lebih sedap, 
: McDonald di Mirrabooka adalah halal (sila tanya menu halal)
: Restoran Indian, Turki pun banyak, 
: Boleh refer to this website West Australia Halal Authority   

Sewa Rumah/HomeStay 
:  RM500 Sehari, kadang-kadang hotel lebih mahal 
:  Nak tempah biar confirm sebab kalau nak cancel AirBnb akan kenakan penalti. 
:  Untuk 4-5 orang/rumah 


Sewa Kereta                    
: RM250/sehari lebih kurang 
: Kalau naik CAT bus free 
:  Untuk 4-5 orang/kereta

Petrol Kereta                   
: AUD1.2-AUD1.3 Per Liter (Tengok masa tengok which station, harga varies)  

Parking                            
: Depends, ada yang murah AUD2.20 per hour, ada yang mahal AUD11 untuk satu jam. 

: Kalau di tepi jalan bandar Perth tiada parking, cuba carik bangunan yang menyediakan parking, tapi mahal sikit
  
Masjid
: Ada beberapa masjid di sekitar Perth seperti Perth Mosque, Turkish Suleymaniye Mosque, Masjid Ibrahim dan beberapa masjid lain 

Local Attractions Entrance Fee
Caversham Wildlife Park (AUD28/adult)
: Fremantle The Round House (Gold Coin Donation)
Fremantle Prison - Doing Time AUD20/adult 
: Little Ferry Co. (One Way - AUD12/adult)/(Return - AUD20/adult)
: The Perth Mint (AUD15/Adult)  

* Harga-harga mungkin berubah, kena rajin check website. 

Saturday, 11 June 2016

Hybrid Investment : ASB, ASB2, & Tabung Haji

Anda pernah baca cara mendapatkan RM100k melalui pinjaman ASB & ASB2 kan? (Klik Di Sini Jika Belum Baca,) 

Tujuan saya menulis ini pulak adalah pada pendapat saya cara bagaimana nak dapatkan pelaburan yang mempunyai ROI sebanyak 1813% dari ASB & Tabung Haji.  Ini sekadar pandangan, anda mungkin mempunyai pandangan yang lebih baik.

Pinjaman ASB & ASB2
Pelaburan ASB/ASB2 adalah pelaburan yang berisiko rendah tetapi pulangannya adalah lebih tinggi dari kadar simpanan tetap dan inflasi iaitu purata dividen sekitar 7% setahun tidak termasuk bonus. (Rekod Dividen ASB/ASB2)

Tabung Haji
Sekiranya menyimpan di dalam tabung haji, pulangannya mungkin sekitar 5% - 6.25% setahun tidak termasuk bonus haji. (Rekod Dividen Tabung Haji)

Andaian
Purata Dividen ASB/ASB2 = 7%
Tabung Haji = 6%

Contoh 
Sekiranya kita membuat pinjaman RM400k dengan bayaran bulanan RM2,184 atau setahun RM26,208, kita juga akan mendapat RM28k. Walaupun dividen adalah 7% tetapi pulangan terhadap pelaburan (ROI) kita adalah sebanyak  6.84% (RM28k - RM26k)/RM26k) sahaja. Nampak seperti sedikit tetapi perlu diingat pembayaran RM26,208 tersebut adalah dibuat secara bulanan. Bermakna sebelum membayar pinjaman tersebut kita telah mempunyai tempoh masa untuk menyimpan di akaun-akaun pelaburan seperti tabung haji.

Diandaikan kita mempunyai modal RM26,208 iaitu setahun pembayaran pinjaman untuk pinjaman ASB RM400k dan menyimpan di Tabung Haji dan keluarkan secara bulanan untuk membayar pinjaman, selain mendapat dividen ASB kita juga akan mendapat dividen Tabung Haji, Ini yang saya panggil sebagai "hybrid investment".

Dengan membuat begini, pulangan bersih tahunan kita adalah sebanyak:

RM28,000 (ASB/ASB2) + RM720.72 (Tabung Haji) - RM26,208 = RM2512.72

Atau secara peratusan adalah sebanyak (RM2512.72/26,208) =  9.58% sikit kan?

Jadual Pengeluaran Tabung Haji untuk Pinjaman RM400k dan Jumlah Dividen

Bayar Pinjaman Kereta dapat kereta, pinjaman rumah dapat rumah, pinjaman ASB dapat apa?

Makin banyak kita bayar sesuatu pinjaman semakin banyak jumlah prinsipal(wang pokok) yang kita akan dapat, Sekiranya kita berulang kali melakukan pusingan seperti di atas, semakin banyak yang kita akan dapat apabila kita membatalkan pinjaman ASB.

Kiraan secara purata pulangan setahun sekiranya kita melunaskan pinjaman selama 30tahun adalah seperti dibawah:

RM400,000/30 tahun = RM13,333

Dicampurkan dengan pulangan yang anda dapat dari dividen ASB dan Tabung Haji tadi
= RM2,512.72

Pulangan purata setahun adalah =(RM13,333 + RM2,512.72)/RM26,208 = 60% Pulangan Setahun.

Pulangan selama 30 tahun = (RM400k + (RM2512.72 * 30 tahun))/RM26,208 = 1813%

* Pengiraan ini tidak termasuk bonus Tabung Haji dan bonus ASB.

Nampak tak perbezaan kalau anda simpan duit anda dalam ASB secara direct iaitu anda hanya dapat 7% tetapi kalau buat pinjaman dan lakukan hybrid investment anda akan dapat pulangan 1813%.

Tidak rugi ke bayar faedah/interest kepada pihak bank?
Of courselah rugi, bagi yang anda duit RM400k takde masalah tapi kita ni rakyat biasa mana nak cari RM400k.

Tetapi ini yang orang kata "leverage" dan "opm (other people money)", dengan menggunakan duit bank kita boleh dapat keuntungan lebih dari orang yang 100% guna duit sendiri untuk simpan di ASB.

Keburukan Pinjaman ASB
Yup, memang pinjaman ASB ada keburukan dan antara keburukannya adalah ia akan menaikkan DSR kita sebab ada sesetengah bank tidak mengira dividen ASB sebagai pendapatan walaupun kita bayar pinjaman ASB setiap bulan kerana setiap bank ada risk point of view.

Kesimpulan
Terpulang kat anda sebab orang kaya pun ada hutang, tetapi hutang yang baik bak kata Robert Kiyosaki. Hutang yang makin lama mengkayakan anda bukan memiskinkan dan dengan cara ini anda  mendapat pulangan pelaburan yang agak tinggi dengan risiko yang rendah.

Labur RM26k dapat RM475k, labur RM1200 dapat RM21k,

Money makes money,Think now for the future sekadar pendapat saya =)

Ashraf

Sunday, 2 November 2014

SME Accountants Nowadays

In SME companies nowadays, the employers expect an accountant not only to cater all related accounting roles but also to look for financing, investment and new business ventures and opportunities. Accountants also need to understand about the operation, business developments and able to understand the technical terms used and able to predict market viability of new products. 

The daily accounting roles need to be entrusted to the executives, the accountants need to  review the reports and internal controls of the company periodically whether every 3 days, weekly or monthly. It depends, more critical the function it means the accountant is required to review it more frequent unless the executive or subordinate is capable enough to handle the function. 

There are several methods, tools, or theories can be used in assisting our function in business developments including SWOT Analysis, Ansoff Matrix and BCG Matrix.   

SWOT Analysis 

SWOT analysis can be used to evaluate position of an organization or company by its strength, weaknesses, threats and opportunities. Basically the strength and weakness come from inside of the organization while opportunities and threats are from the external factors. 

By keep informed about the situations of the organization, they will be able to convert the weaknesses and the threats to their strength and opportunities. As an example, if an organization knows they have weaknesses in technical and sales, they will try to improve their performances by hiring better personnel or train their staff to enhance their skills. 


Ansoff Growth Matrix 

Another tool that can be used to implement strategies for companies to react to the market direction is Ansoff Growth Matrix.

In this matrix, a company can decide whether to penetrate, develop new product, develop new market or to completely diversify their business.   

Market Penetration usually used in order to penetrate a highly competitive market or to gain market share. Example of the penetration strategies are by highly intensive marketing action or producing a variety of products packaging.

Introducing new products is a way for a company to create multiple cash flows or revenue streams instead of depends to the current products. More products means more probability to create more revenues which later will turn to bigger margins and profits for a company.

Solar Car From Ford
Venturing to a new market is one of the ways that a company can take when the demand and supply in the current market is too tight or there are extras in the current production capacities. By achieving the maximum production capacity, a company might be able to achieve economies of scale which will reduce cost per unit of the product. Cheaper the product, better the competitiveness in the market. Plus with a good quality.  

Diversification is where a company take a strategy to produce a new product and venture to a new market simultaneously. This is the riskiest strategy among other 3 strategies but it will create synergy with the existing position of the company. As an example, for a renewable energy company which focus on Solar PV industry might find it is interesting to start an automotive assemble and production line as part of the business diversification strategy. Later the company might be able to offer the market the most efficient solar car as a result of experience and synergy between automotive and solar industries.

BCG Matrix 

Other tool that an organization can use to make a business decision is BCG Matrix.  A matrix which has 4 quadrants, Question marks, Stars, Dogs and Cash Cows. This tool assist the decision maker to decide whether to invest, to divest, to keep or to eliminate the current products offered.

The Stars quadrant is where the organization/company market share and the market growth are high. It has the potential to create a large stream of revenues and customers, the decision is whether to invest or keep the market share high for the company.

The Cash Cows quadrant is where the market is getting matured but the company has high shares. In this quadrant, the company might enjoy a stable revenue like what is symbolized as Cash Cows but need to be remembered, later the Cow will become old and die. Therefore in this situation, the company might want to keep or maintain the Cow as long as it can before a new Cow can be produced.    
 
The Question Marks quadrant is a quadrant for new products, where at the stage of developing new products, the directions and demands of the market towards the products are usually unknown and questionable. Therefore at this stage/quadrant, it is advisable for the company/businesses to study and invest in term of making it feasible in a long run, profitable and turn it to a star.   

Question marks usually will turn up as Stars or Dogs. The Dogs Quadrant is the quadrant that many businesses try to avoid due to low market share and growth but is acceptable in certain scenarios like where it is complimentary in order to support the Stars or the Cash Cows.  

Conclusion 

The models are easy to understand but we need to bare in mind that sometimes the business decisions are more complex that what the models can solved. It depends to our discretion, experience and good business judgements to decide what are the best approach for our organizations. If a decision is right and workable at an organization, it is not necessarily right for other organizations. Accountants need to know how to recommend a good business decisions because they are the co-pilot of their organization.  

Saturday, 23 March 2013

Sun2Cash

Alhamdulillah, masuk bulan ni dah 6 bulan bergelar seorang purchaser di salah sebuah syarikat pembekal tenaga solar di Malaysia. Produk utama syarikat ini antaranya ialah Sun2Cash. Produk ini merupakan sebuah produk pelaburan yang menjanakan pulangan daripada tenaga solar yang terhasil daripada panel-panel solar yang dipasang diatas rumah, tenaga solar ini kemudiannya akan dibekalkan kepada Tenaga Nasional Berhad mengikut rate seperti terdapat didalam perjanjian REPPA yang akan berjalan selama 21 tahun. 

Sumber: Google 
Konsep produk ni mudah, anda pasang panel solar di rumah anda dan TNB akan bayar anda setiap bulan. Makin besar kawasan atap rumah anda maka makin besar tenaga solar yang boleh dihasilkan hasilnya makin banyak wang yang akan dibayar oleh TNB kepada anda setiap bulan. Pendek kata produk ini adalah produk pelaburan kepada anda sebagaimana ASB cuma hasil pulangannya lebih tinggi (lebih kurang 10%). 

Pulangan 21 Tahun  
Pembayaran daripada TNB ini adalah setiap bulan sehingga 21 tahun yang mana pembayaran ini disokong oleh perjanjian diantara TNB dengan tuan rumah. Tetapi perlu maklum bahawa ada kadar "degression" yang perlu diambil tahu oleh individu yang ingin memasang sistem Sun2Cash ini di rumah. Kadar pembayaran boleh diperoleh daripada laman website SEDA (Sustainable Energy Development Authority Malaysia) 

Untuk keterangan lebih lanjut untuk produk Sun2Cash ni anda boleh klik gambar di bawah =)

Sumber: Google

Untuk melihat bagaimana sistem tenaga solar ini dijanakan dan dibekalkan kepada TNB/On Grid anda boleh melihat video dibawah:

Other Topics