Posts

Showing posts from February, 2018

Annyonghaseyo from Seoul, South Korea

Image
Alhamdulillah, setelah merancang hampir 5 bulan, pada 26 Januari sehingga 1 Februari 2018 saya telah berjaya membawa keluarga untuk menjejakkan kaki ke negara Winter Sonata iaitu Korea Selatan. Tiada visa diperlukan oleh rakyat Malaysia untuk masuk ke negara ini.  Hampir semua tempahan tiket penerbangan, hotel, homestay, entrance tickets, airport transfer dan driver telah kami booking melalui website rasmi Airasia, TuneHotel, AirBnb, Viator, Seoul Travel Pass.com and Trazy.com. Website-website seperti Seoul Travel, Viator dan Trazy ini boleh dipercayai, tetapi sekiranya anda beli di kaunter pusat pelancongan yang anda ingin pergi anda berpeluang mendapat harga tiket yang lebih menarik. (25%-30% discount). Day 1: Check In Tune Hotel KLIA2 Family Room Kami telah menempah Tune Hotel KLIA2 family room yang menyediakan katil untuk 4 orang,oleh kerana kami datang berlima, kami membawa comforter tambahan sebagai tempat tidur tambahan kerana hotel ini tidak menyediakan tambahan kati