BBQ Di Excel Training & Country Resorts



Kalau kata anda ingin buat aktiviti BBQ/Event yang private untuk tempoh satu hari mungkin Excel Training & Country Resorts di Lenggeng Negeri Sembilan ini boleh menjadi salah satu pilihan yang mana mempunyai fasiliti yang agak lengkap walaupun di sini tiada talian telefon. Tapak ini dimiliki oleh KOPETRO (Koperasi Kakitangan Petronas) dengan usahasama bersama motivator terkenal, Dato Dr Haji Mohd Fazillah Kamsah.

Swimming pool juga di dalam renovation sewaktu program ini dan since kami sampai pun dah hampir jam 10 pagi, padang bola pun dah agak panas kalau nak main bola atau sukan-sukan lain. Yang tak kisah panas boleh je. Aktiviti kami dipenuhi dengan acara memasak, karaoke dan carrom. Kalau kata anda nak mengadaka sukaneka, lebih baik datang awal mungkin sekitar 7.30 pagi yang mana pada ketika itu cuaca lebih sejuk, yelah kan tengah-tengah hutan.

Ada beberapa chalet yang boleh ditempah untuk berehat dan surau yang agak besar untuk menampung jemaah. Kalau ada bajet & masa lebih memang ada disediakan paintball dan boleh jungle trekking. Bukit Broga juga terletak tidak jauh dari tapak latihan ini cuma berikutan pelanggaran SOP iaitu tiada social distancing, KKM menutup kemasukan ke Bukit Broga semasa lawatan kami.      

Tentatif Program (18 Julai 2020)


Senarai Perbelanjaan BBQ 


Kos purata bagi seorang adalah sekitar RM139 untuk 22 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak.

Yang menyebabkan dia mahal adalah kerana set kambing bakar dan juga set karaoke.

Ada beberapa perkakasan dan item yang telah dipinjamkan oleh para peserta untuk penyediaan dan pemprosesan menu termasuklah:

  • Peti ais untuk menyimpan menu yang telah diperap
  • Minyak dan madu untuk disapu ke atas bahan yang dibakar
  • Serving tray @ Penyepit Makanan @ Food Thong
  • Duit minyak dan toll ditanggung oleh para peserta sendiri
  • Uncang Teh & Jug
  • Sudip
  • 4 botol Sos Cili
Semoga informasi di atas dapat membantu sesiapa yang nak buat BBQ ya.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis