Posts

Showing posts from April, 2010

Tingginya Nilai 100 Dirham...

Image
  Ni duit yang abah bagi time dia kerja kat Dubai dulu 100 Dirham UAE. Duit ni selalu jek aku simpan dalam dompet dan tak pernah terfikir nak tukar. Dan dalam fikiran aku satu jek, nilah saluran terakhir aku akan gunakan andai kata takde duit sesangat tapi alhamdulillah sehingga kini belum lagi mengalami masalah yang serius dan nauzubillah janganlah perkara tu berlaku yang menyebabkan aku terpaksa tukar duit ini.  Duit ni bernilai hampir RM100 andaikata ditukarkan matawang Malaysia.Tak tahu la pulak lepas ni abah akan ke sana lagi atau tak tapi yang pentingnya once dah mendapat benda yang bernilai it is really hard for me to waste it. Mungkin nilai dia tak berapa besar bagi sebilangan orang tapi sebenarnya tanda ingatan tu adalah lebih penting dari segalanya.

Nasib Si Proton Putih.....

Image
Dulu MyVi.... Ditambah pula dengan Exora Entah apa nasib kepada si Proton Putih Iklan ini dibawakan kepada anda oleh

Ingatlah Allah Sepanjang Masa....

Dalam kehidupan kita seharian, kita tidak dapat lari dari suatu benda penting yang sentiasa bersama kita walau dimana sahaja kita berada iaitu perasaan. Kita ketawa sebab perasaan suka, kita menangis sebab perasaan sedih dan dari situlah berasalnya perkataan yang dipanggil "good mood", "bad mood" dan mungkin sometimes "moody".  Walau apapun perasaan kita, setiap masa hanya ada satu perkara pokok yang perlu kita ingat iaitu Allah, dalam ketawa kita ingatlah Allah, dalam sedih kita ingatlah Allah dan dalam keadaan "moody' pun ingatlah Allah kerana Allah sahajalah yang mampu membuat perasaan kita tenteram dan tenang. Apapun bersederhanalah dalam segalanya dan saya ingat lagi pesanan ayah "Kalau suka jangan suka sangat nanti menangis..." abah biasanya akan berhenti disitu. Biarlah saya habiskan ayat tu "kalau suka jangan suka sangat nanti menangis akan menjadi sedih sangat" yang membawa maksud orang yang terlalu suka @ bergembira

Kesilapan Kandungan Mobile Phone Tracking

Semalam saya ada mengpost post tentang "Mobile Phone Tracking" di dalam tajuk post "Apa Kes???" yang mempunyai URL ke Cari Gold Dot Com. Saya memohon maaf akibat daripada kesalahan application yang berlaku. Ini disebabkan penggunaan wireless UiTM memblock penggunaan wireless untuk ke laman web application tersebut yang mengandungi gambar-gambar dan video yang tidak sepatutnya dan link ke application tersebut telah pun saya "remove"kan.   Sekian Terima kasih dan Harap Maaf Ashraf Zabidi Penulis Blog "What Does It Mean By Human Being"

Shooting Korea.....

Image
Alhamdulillah lastly siap jugak penggambaran filem Korea yang bakal ditayangkan kat seluruh pawagam diseluruh dunia. Penggambaran ni mengambil masa selama 1 hari sahaja yang mana mungkin paling pendek dalam sejarah perfileman Korea yang mana filem ini bakal menggemparkan seluruh industri perfileman kerana filem ini dibuat dengan kos yang tidak hampir RM10.    Bintang Korean Part 3 Dari Kiri: Ashraf Zabidi (Penerbit), Khairul Aqran (Pengarah), Siti Hajar, Shakila, Sarah dan Fariza... Filem ini dinamakan "Korean Part 3", antara bintang-bintang filem ini termasuklah pelakon terkenal dan penerbit termasyur Korea, Ashraf Zabidi, Pengarah berkaliber Khairul Aqran, bintang utama filem termasuklah Siti Hajar, Siti Fariza, bintang baru meningkat naik iaitu Shakilah dan juga pelakon veteran Korea iaitu Sarah. Menurut pengarah filem ini iaitu Khairul Aqran berpendapat filem ini bakal dihantar kepada FINAS pada minggu depan untuk penapisan dan bakal menemui penonton pada bila-bila mas

Apa Kes????

Image
Semalam saje-saje call abah ngan mama sebab dah agak lama tak call diaorang (almost two days...huhu). Alhamdulillah sumenye sehat, but yang memanjangkan kes adalah bila abah kata dia dapat surat saman dari syarikat peguam sebab tak bayar bil telefon yang tertunggak RM218 yang menggunakan nombor yang dia pun tak tahu nombor sape???? Hah....dah biasa sebenarnya kes camni, dulu member aku Din pun kene gak tak silap RM800 yer ke Din yang menggunakan talian UMobile padahal dia tak penah guna pun just amek simcard jek (Betulkan aku kalau aku silap ek..).   Gambar Sekadar Hiasan Abah guna nombor Celcom tapi nombor Celcom abah berpangkalan kat Perak, yang peliknya bil telefon yang tertunggak tu berpangkalan kat Kedah dan kat surat tu jugak mempunyai alamat yang pelik means "26 Laluan Sri Ampang 26" instead of "28 Laluan Sri Ampang 26" tapi atas nama abah....ermmm camne tu? Berdasarkan suatu kes yang hampir sama yang berlaku di KL, dia melaporkan bahawa dia dicaj pengg

Aduhai Peningnyer Kepala.....

Actually dari semalam lagi rasa berat je kepala ni tah nape tah nak kata demam tak demam.Tadi kat PTAR pun rasa camtu gak, time Exam QMT tadi cam nak berpusing2 jek kepala...huhu. Tapi kuatkan je la kan, petang tadi first time actually gi makan kat Pak Li sebab Pak Li belanja...haha (Pak Li pun xkenal). Bese kalau kawasan tu lepak kat Izah,  Menu pilihan, Nasi Ayam Lemon ngan Milo Ais lastly air "sky juice" as pencuci mulut, jadik la kan,sebab memang boleh guna untuk cuci mulut pun....haha.  Tadi lepak sekali ngan Liyana, Zaim, Jana, dan beberapa junior part 5 yang lain syok gak dapat bertukar cerita pasal praktikal ngan bebudak ni. Praktikal for me can be a turning point to what you will be coz there u can see where is ur interest, ramai yang suka amek audit coz by audit for me we can see how to run financial system in a company.  Other than that dapat gak le dua borang permohonan PM MMS dari Liyana. Masuk yang lepas aku just dapat join MMS 4 kali jek......jek? Memang best

What for, What else, And What Next....

Sometimes people really hard to understood, what can we do as mankind other than hope good things to happen always. Maybe u want something, but maybe it is better for u not having it and maybe u don't want something but something that u don't want is really hit u so hard. Maybe that is what we call a " a go around world". What past is a past, and now are the time for us to make a right decision, right decision is what a matured man @ woman will do after face experiences, experiences of life and experiences of making wrong decisions. " If challenges come with me, I can prove it. If you throw stones, I can build a bridge out of them. If you pull me down, I can stand to fall dust down. If you want to go ahead, you have to leave the shore. If you want something different, you have to listen only to yourself."    

Kes Tembak Remaja 15 Tahun Dan Kaitannya Dengan Aku

Image
  Remaja diatas telah ditembak oleh seorang anggota polis yang kini ditukarkan melakukan kerja-kerja pejabat. Menurut akhbar dia disyaki terlibat dalam kes samun dan beberapa senjata berbahaya dijumpai di dalam kenderaan yang dipandunya. Pada malam tersebut, dia memandu kereta secara berbahaya dan dicurigai di Jalan 11/2G Seksyen 11, Shah Alam Selangor. dan akhirnya polis terpaksa menembaknya akibat cubaan merempuh anggota-anggota polis berkenaan. Sebenarnya kes ni mirip macam pernah aku lalui macam yang dah aku tulis dulu masa kes kat round about depan UiTM, dua bulan lepas , memang time tu pemandu tu cuba untuk merempuh polis dan polis menembaknya walaupun x kene so sekarang ni bezanya kalau dalam pos tu aku tak berapa yakin whether peluru yang polis guna tu betul or tak, so sekarang ni konpem betul. Peluru yang digunakan tu adalah peluru hidup dan bukannya peluru yang digunakan untuk mengertak. Huish....maknanya kemungkinan besar mamat try untuk tangkap tu memang sangat-sangat ber

A Day Before QMT...

Alhamdulillah arini Allah memberikan kudrat untuk ke PTAR dari jam 10pg sampai jam 6 petang waktu Tokyo ..haha. Semalam plan nak study ngan Mirul ngan Amin, last-last aku ngan Sham gak coz Mirul x datang dan datang time aku balik rumah jap and balik before aku sampai balik ke PTAR, Amin lak join study dari jam 2 petang waktu Brazil. By the way happy birthday Sham sedarlah betapa dirikau dah makin tue ek Sham....haha. Yelah mana taknya, awal-awal datang kat PTAR tu dia tanye tak nak wish dia ke....weh aku ingat la hari penting member aku.  Tadi sempat gak call "The Canadian Guy" dan alhamdulillah panggilan aku terjawab dan dia kata dia kat KLIA kat bahagian luggage. Selamat duit aku.....hope so. Aku gtaw dia nanti aku call dia afterwards coz dia agak busy tadi. Tapi kan boleh pulak tengah-tengah study tu enset termampuih pulak...ermmm then balik jap ar charge dalam kol 1 camtu sampai kul 3, tah camne boleh lupe pulak nak charge semalam..huhu. Ramai gak bebudak yang aku jump

Aku seorang penulis.....

Alhamdulillah tadi baru berjaya menyiapkan esei Shah Alam Bandarayaku first edition...sempat gak siapkan dalam kesibukan final exam yang semakin meruncing ni....chewah. Lusa ada paper QMT, doakanlah aku ek dan untuk member-member aku ketahuilah betapa aku sentiasa mendoakan kejayaan korang baik dalam solat mahupun dalam dewan peperiksaan sebelum bermulanya kertas.  Kini aku jugak mencari idea untuk esei kedua aku untuk Sambutan Ulang Tahun Shah Alam ke sepuluh ni. Apa ek agak-agak nak tuleh.....baru la aku tahu apa maksudnya takde ilham bila penulis-penulis kata camtu. Sebenarnyakan dah lama gak tertanya kenapa menurut kajian Fazillah Kamsah, orang yang lahir pada bulan Ogos ni ada bakat seni...maybe bakat seni menulis kot....haha entah lar. Apapun, if you like something, just enjoy it as long as it did not bring any trouble to yourself. By the way paper FAR430 pagi tadi macam mudah sket dari sem lepas tapi tak tahulah and hope the best and hope Allah give me and my friends who too

The Day Einstein Died

Image
  Albert Einstein Pictures of Albert Einstein's Princeton desk only a few hours after he died have been shown for the first time. The working conditions of a genius, the pictures show Einstein's desk complete with piles of notes, books and papers with his pipe and inkwell perched on top. In the background his blackboard shows figures and equations he'd been working on. Albert Einstein, the genius physicist whose theories changed our ideas of how the universe works, died 55 years ago, on April 18, 1955, of heart failure. He was 76. His funeral and cremation were intensely private affairs, and only one photographer managed to capture the events of that extraordinary day: LIFE magazine's Ralph Morse.     This young man with a camera is Ralph Morse, the photographer   Einstein's Desk On The Day He Died   Einstein's Office Einstein's Family And Friends On The Way To His Funeral   After The Funeral family and friends return to Einstein's home at 112 Me

Kerana Pemimpin...

Image
Semalam P Kamalanatahan berjaya memenangi majoriti sebanyak 1745 keatas Datuk Zaid Ibrahim dan diangkat sebagai ahli parlimen kawasan tersebut, tahniah diucapkan. Makluman kemenangan beliau saya baca dari Utusan Online yang mana mungkin turning point kepada Barisan Nasional sudah ada namun perlu dipertingkatkan lagi. P Kamalanathan Bersama Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin Saya juga sempat membaca beberapa laporan dari beberapa website yang lain tentang pilihanraya yang diadakan ini, namun agak kesal apabila calon sesama calon bertanding pengundi pula menjadi mangsa. Calon dengan calon tidak bertumbuk, pengundi pula yang cedera, ye memang inilah pentas politik bagaimana ada pula acara parang memarang dan sebagainya. Saya sebenarnya lebih suka melihat suatu aspek di pentas politik itu dari dua aspek, aspek pemerintah dan aspek pembangkang kerana tidak semua apa yang pemerintah katakan itu benar dan tidak semua apa yang pembangkang katakan itu salah dan j

My Favourite Poem By Tun....

Perjuangan Yang Belum Selesai/The Unfinished Business   Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat Dari melihat bangsaku dijajah Tiada yang lebih menyedihkan  Dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada kepunyaan Sejarah silam tiada maknanya  Sekiranya bangsa tercinta terpinggir  Dipersenda dan dilupakan Bukan kecil langkah wira bangsa Para pejuang kemerdekaan  Bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa Selangkah bererti marah Mengharung sejuta dugaan Biarkan bertatih  Asalkan langkah itu yakin dan cermat Bagi memastikan negara merdeka dan bangsa merdeka Air mata selsema mengiringi setiap langkah bapak-bapak kita Bukan kecil tugas kita Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita Kerana rupanya selain memerdekakan Mengisi kemerdekaan itu jauh  lebih sengsara Bangsaku bukan kecil lagi dan jiwanya Bukankah sejak zaman berzaman Mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap  Menjadi pedagang dan Peniaga Selain menjadi ulamak

Mesin Masa...

Image
Gambar diatas mungkin tidak nampak pelik andai kata dirakam pada masa kini namun ia menjadi suatu yang amat pelik apabila lelaki yang memakai shades itu di dalam sebuah gambar yang ditangkap pada zaman 1940an iaitu sebelum pembukaan semula South Fork Bridge selepas banjir pada Nov. 1940 @ 1941. Pada saya ianya tidak pelik kerna dengan teknologi pengeditan gambar yang semakin moden pada hari ini apa sahaja gambar bisa dbuat.  Dibawah ini saya sertakan beberapa gambar yang diambil pada zaman 1940 (kononnya). Anda boleh membaca artikel selanjut di Fotogemori Dot Com yang bertajuk Time Traveler Caught In Museum Photo . Lelaki tersebut memakai shades dan membawa kamera dari zaman 1990an... Andrew Carlssin yang mendakwa telah merentas masa dipenjarakan tetapi hilang tanpa apa-apa kesan...beliau mendakwa dari tahun 2256 Nice Sun Glasses kan.....

Signs of the Day of Judgement: NASA confirms possibility of sun rising from the West

Image
  An Article From Business Recorder (Pakistani News Provider)  09 April 2010 - The science of astronomy states that the speed of planet Mars has been decreasing in its course toward the eastern direction in the past few weeks to the level we notice the "waver" between the east and the west and on Wednesday the 30th of July the planet movement stopped going toward the eastern direction. Then in the months of August and September...Mars changed its course in the opposite direction to the West- and that until the end of September which means the sun will rise now from the west on Mars!! And this weird phenomena of the opposite movement is called "Retrograde Motion" Most scientist state that all the planets will go through the same once at least and our planet Earth is one of them. Planet Earth will move in the opposite direction some day and the sun will rise from the west!! This might occur soon and we are unaware! The rise of the sun from the west is mentioned

McDonald Is It True Or Not????

Image
  This picture taken from a wall in Facebook which named as      Here's the Truth About McDonalds Food (Warning: you will never eat it again)  Is it true or it just another strategy that used by the McD Competitors???

Naib Canselor UUM didenda RM5,000

Image
 Tan Sri Dr Nordin Kardi ALOR SETAR 25 April - Mahkamah Tinggi di sini hari memerintahkan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi membayar denda RM5,000 kerana kesalahan menghina mahkamah dalam tempoh dua minggu atau menjalani hukuman penjara sebulan. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zamani Abdul Rahim mengeluarkan perintah itu selepas menolak rayuan Dr. Nordin bagi penangguhan pelaksanaan hukuman denda itu sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan. Pada 3 Februari lalu, Dr. Nordin didenda RM5,000 atau penjara sebulan kerana gagal melaksanakan perintah injunksi yang dibuat Mahkamah Tinggi di sini yang menghalang universiti itu menganjurkan program pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA). - Bernama Seorang Naib Canselor yang sudah banyak menyumbangkan baktinya kepada pembangunan IPTA-IPTA seluruh Malaysia  Disebalik isu menciplak karya dan isu politik semasa, secara realitinya Tan Sri sendiri bukanlah calang-calang orang, beliau adalah Presid

8 Steps To Be A Good Public Relation Officer...

Image
1. Smile 2. Raise Up To Greet Customer 3. Introduce Yourself 4. Pronounce Customer's Name In Minimal. 5. Say Sorry If You Need To Interrupt During Conversation 6. Do Cross Selling 7. Give Extra Information 8. Say Thank You Source: http://zonapencarian.blogspot.com/

5 Most Interesting Cases That I Interested On...

Image
There are a few cases that I interested on in the past. The cases are: 1. Titanic Sunk Case (15 April 1912)   2. John F Kennedy Murder Conspiracy  Case (22 November 1963) 3. 9/11 Conspiracy (11 September 2001) 4. New World Order Conspiracy   5. Watergate Scandal  (17 June 1972)   6. Tsunami (26 December 2004) For me those cases are really interesting, and really teach us about something and there are many lessons that we can learned off from it. 

Bagaimana Anda Melihat Diri Anda Dalam Masa Lima Tahun???

Apa yang anda akan jawab jika ditanya bagaimana anda melihat diri anda dalam masa 5 tahun? Sekiranya kita bertanya kepada budak-budak bawah sepuluh tahun tentang soalan ini apa agaknya mereka akan jawab? Mungkin mereka akan bertanya kembali berapa lama 5 tahun tu? Kalau jadi ultraman boleh tak? Tetapi bukan semua kerana kanak-kanak kini bijak-bijak belaka. Sekiranya kita tanya kepada pelajar sekolah menengah tentang soalan ini, kemungkinan besar mereka akan menjawab ingin sambung belajar di universiti di Malaysia mahupun luar.atau sekiranya kita bertanya kepada pelajar sekolah rendah mungkin mereka akan menjawab ingin berada di sekolah-sekolah yang terbaik. Kalau kita bertanya pula kepada ibubapa kita apakah yang mereka ingin jadi dalam masa 5 tahun...agak-agak apa jawapannya? Mungkin ada yang menjawab ingin menunaikan haji bagi yang belum, mungkin juga ada yang menjawab ingin buka bisnes, mungkin ingin melihat anaknya mendirikan rumah tangga dan sebagainya dan jawapan yang pa

Warkah Buat Tersayang...

Sayang,  Bila terkenang sedih pulak, ye la kan dah hampir setahun setengah bersama tup tup I terpaksa tinggalkan u sayang coz jodoh kita tak lama mungkin dalam masa tidak sampai sebulan lagi kerna keadaan memaksa. Sedih, suka, duka semuanya sayang tahu....lagu apa yang i minat pun sayang tahu...apatah lagi yang i suka buat time free..apa-apa je yang i buat hampir semua u tahu.  Sayang dah berikan macam-macam dan sayang jugak yang sanggup mendengar suara i yang tak seberapa ni tiap hari tapi tu la kan, Allah telah menentukan jodoh pertemuan dan perpisahan setiap insannya. Jangan sesekali kita menyalahkan Allah diatas takdirnya kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Walaupun kita dari dua dunia berbeza I tak pernah membenci u, samaada cuti semester atau tak, kita sentiasa bersama kerana sayang adalah segala-galanya buat I.  Sayang ingat tak di malam hari dimana kita bersama menikmati keindahan Menara SAAS dan Canselari dan kita jugak sama-sama menjadi saksi be

4 Most Interesting Websites...For Me La...haha

Image
There are a few websites that I surf that really interesting which may give us information that we never know about it.The websites are: 1. Unexplained Mysteries  2. ODDE   3. Zona Pencarian 4. Interesting Facts  Maybe we got an idea what happen today from all the facts and information there in the websites...hope it will help you.

Another 2 Killer Papers....

Alhamdulillah lepas gak menjawab final subjek MAF630 tadi...susah???? Ermmm entahlah...ramai yang kata x dapat jawab soklan satu tadi, 20 markah kot...huhu.Pas je exam..lepak jap kat seksyen 2 beli makanan sebab lapor sangat then baru g semayang jumaat kat Masjid Negeri...mendalam isi khutbah yang khatib sampaikan tadi pasal pemimpin, tanggungjawab dan amanah. Lepas tu lepak jap kat bilik sebab dalam kol 3petang camtu nak jumpa Auntie Sue pulak nak amek kontrak sewa rumah ngan Krol and Alim.Chek tu chek ni, baca tu baca ni...sume ok except nama aku yang disilap eja...huhu.Ade ke eja nama aku Asraf...ish....then yang paling penting 2 esei aku untuk Kempen Budi Bahasa Budaya Kita berjaya gak aku anta kat Pusat Kebudayaan tadi, confident jek Khai kata kat HEP tapi actually opis dia kat Seroja.Xpe xpe...ko tak bersalah, yang penting esei tu dah pun dihantar.....(sejak bile pulak salah ang ek Khai...haha) Disebabkan next paper Isnin so lepak jap kat bilik bebudak ni untuk men my favorit

Section 6 With A Canadian Guy...

Hari ni seawal 8.30 pagi....awal ke...haha, bukak buku MAF sebab esok ade paper....xbermakna xbukak buku kalau takde paper,k...haha. Tup-tup dalam kol 11.30 tu baring jap....pas tu bila terbaring boleh pulak tertido sampai la kol 2petang...huhu. Plan2 dalam time tu dah cover 2 chapter dah....bangun je tengok Amir mesej mintak ajar dia CPO....pergh aku pun x mantap, nak ajar ko....huhu.So plan le nak gi PTAR dalam kol 3 camtu sebab nak makan dulu.  Pas tu bergerak ke Seksyen 6 untuk beli lunch tapi tah camne kali pertama dalam mengenal nasi sekysen 6 tengok2 sume gerai tengah dibersihkan.....aku rasa MBSA buat sport check tadi coz semalam Krol kata ada orang MBSA amek gambar kat situ. Takkanlah orang MBSA tu excited sangat makan kat situ sampai nak bergambar kan....haha.  So nak tak nak beli lunch kat Seksyen 2 gak ler....tapi kan nih yang nak citer ni, before balik tu, ada sorang Mamat Afrika yang berasal dari Kanada tegur aku "Assalamualaikum brother, may I borrow your money...

Terima Kasih Mama....Abah....

Semalam dalam kol 8.30 malam time study AIS, aku call dua orang yang paling aku sayang iaitu mama ngan abah. Abah bagitahu mama ada kursus so mama takde kat rumah. Cam biase la biler, anak tunggal lelaki cakap ngan bapak dia of coz la macam-macam keluar tapi yang tak boleh lupakan pasal kete le. Erm macam-macam...ade gak abah tanya pasal exam, biler nak balik and praktikal.Yelah kan dah hampir 2 bulan gak x balik rumah, kalau x silap lar tapi abah biase jek datang Shah Alam kalau ade meeting or kursus kat KL dia akan singgah jap kat sini. Tadi pun abah ade message goodluck, tq bah.  And semalam time call mama, dia tengah ada seminar and dia call balik dalam jam 10.30 camtu and sempat gak minta kat mama untuk mendoakan anak dia yang dah lama tak balik rumah ni....huhu. "Mama sentiasa doakan kamu, kamu jangan lupa sembahyang mintak kat tuhan....", aku tak de jawapan lain selain menjawap "betul...betul..betul", versi Upin Ipin. Dah terlalu banyak rasanya dosa anak dia

From A Cage Of A Tiger....

From a cage of a tiger... Scottish tiger I think... Who stays in Malaysia... A tiger who don't know... What is the meaning of respect... From a cage of a tiger... We know how bad each other can be... We know how we will act in a depressed condition We know how a tiger can be so rude to its lion... We know how the tiger makes the thing become worse From a cage of a tiger... Now the tiger becomes so tame... Tamest in the history of a tiger ever... Because of the lion who always visits the tiger.... Although it will bring anger after.... From a cage of a tiger... Now the tiger fall in love with the lion... Not now actually, but as a fact before the tiger moved to the Zoo... When the first time, the tiger knew what is a lion.... When the first time, the tiger knew about A,B and C.... Maybe this is why Allah created us for... Created this best ever cage.... Also created this best ever zoo.... Best ever tiger and lion ever been... Thanks Allah, you light up our life...

Kenangan Explorace Di Lumut

Image
  Awal pagi tadi, Azam (MassCom) tag gambar ni, tengkiu very much. Time ni time aku jadik fasi untuk program OM5&Kursus PM MMS Disember 2009. Sebenarnya banyak cerita disebalik Explorace ni macam-macam konflik ada, marah, suka, sedih, menangis dan sebagainya. Disebabkan suatu perkara kecil, ada yang menjadi mangsa. Memang best dengan group ni, bayangkan kat Lumut tu berjalan bebudak ni kene payungkan.....haha cam kejam pun ada tapi nak wat camna have to be.  Walaupun dari awal kami lead tapi di checkpoint yang terakhir iaitu checkpoint membuat layang-layang dan ketupat, terkantoi di situ sebab wat lelayang yang tak leh terbang. Mereka agak kecewa time pengumuman pemenang masa majlis penutup KPMMS (Kursus PM MMS) namun aku kata kat diaorang betapa "you have put your best effort on it, never give up let it be a beginning and not the ending....", cam kata-kata motivasi ala-ala Dr Fazillah Kamsah gitu...haha.  So now the people that I assisted before now be one of the 50 s

Hidup Kita Dan Facebook...

Kini dunia sudah cukup maju apatah lagi dengan kewujudan Facebook yang orang kata bagai kedai kopi di depan mata, kalau dulu kita kena keluar untuk ke kedai kopi bagi mengetahui berita-berita hangat ataupun bagi mak-mak melepak di tangga-tangga rumah jiran tetangga bagi berbicara tentang macam-macam perkara kini semuanya semakin mudah.Hari ini seorang pemimpin politik menggunakan Facebook, seorang penceramah hal ehwal perdana Islam menggunakan Facebook, seorang atlet yang selalu sibuk di gelanggang juga sempat membuka akaun facebook, juga seorang usahawan berjaya, pakar motivasi, pakar itu dan ini semuanya menggunakan facebook.  Facebook juga merapatkan hubungan diantara ibu, bapa dan anak yang mungkin jauh di perantauan. "At least", ibubapa ini dapat memantau anak mereka yang kini berdepan dengan pelbagai bentuk cabaran. Dan atas alasan itu jugalah mengikut pengalaman saya, ada beberapa rakan saya yang tidak mahu meng"approve"kan ibubapa mereka sebagai "frie

Nak Cari Mouse....

Image
 Buat sesiapa yang ada mouse lebih boleh la bagi aku pinjam ek sebab tah camne mouse aku boleh pulak rosak. Mouse yang dimaksudkan bukanlah Mickey Mouse atau Minnie Mouse tetapi adalah tetikus yang menunjukkan arrow di dalam sesebuah komputer. Entah camne semalam mouse aku pula boleh terbukak dengan cara ganasnya, bukan bermakna aku ganas tetapi yang penting dan menjadi konklusinya sekarang memang mouse tu dah tak boleh nak pakai.....huhu. So sesiapa yang cukup dermawan, hartawan dan chek wan...sila lah pinjamkan kat aku dan agak-agak dah rosak nanti aku pulangkan balik ok. Untuk hubungi pemilik blog sila contact dengan mickey mouse yang kat atas tu. Kerjasama anda diucapkan ribuan juta melon tima kasih.    Nilah tikus, tikus era milenium....kalau boleh bagi pinjam mouse yang bluetooth je pun dah ok dah....