Followers

Saturday, 31 October 2009

Teringat aku kisah terdahulu kala.....haha

Korang pernah terfikir tak bila kali pertama korang bagi bunga hadiah or something kat orang yang suka....tak bermakne awek jer,k. Tak kesah ar member ker saper ke.

First time kat tadika, aku bagi bunga kat orang yang aku suka dan maybe minat....tapi korang boleh bajet tak yang budak tu sedara aku sendiri...haha mcam2 kes ader. Yang bestnyer plak, bunga tu abah yang beli sebab aku mintak dan bunga tu bunga dalam kotak plastik, bukannya bunga yang orang bagi kat awek2...haha.

Pas tu time kat sekolah rendah plak aku ader citer gak, ader satu time aku cakap kat budak ni aku suka dia...siap dia kejar aku satu sekolah lagi....haha jenuh-jenuh aku lari tapi akhirnya dapat gak, yer ar maner nak lari main aci kejar ngan wakil lari 100m...haha. Sumer tu tinggal kenangan jer, aku tak tau ler kemane dia g skrang.

Tak abeh lagi kat sekolah rendah tau, ader plak time darjah 6 tu aku minat ngan sorang anak Datin ni, mak dia cikgu sekolah tu, bapak dia Dato wakil rakyat. Aku merupakan anak murid kesayangan mak dia tu sebab aku ajer yang selalunya dapat markah paling tinggi dalam subjek dia..hehe. Selalu gak ar aku kacau anak Datin ni namer dia Ebby...hehe sedap nama. Last time aku jumpa dia time, majlis anugerah cemerlang SPM anak-anak perak kawasan lembah kinta, dia skrang dah kat UK kalau tak silap. 

Kat sekolah menengah pulak benda yang sama berlaku, tapi kali ni aku minat dengan awek yang member aku sendiri minat...haha. Tapi aku just senyap2 jer ar, yer la bukan per taknak mengeruhkan hubungan dah member baek kan, takkan kerna perempuan sanggup nak jualkan harga sebuah persahabatan...aiceh ayat cam dalam novel plak. Pas jer form 3 dia pindah SBP, aku g gak SBP tapi g tengok jer ar yer ar aku nyer result PMR teruk sebab banyak maen game....hehe tau takper. Paling teruk bahasa Arab sampai dapat skor E...E for England.

Masuk jer form 4, aku jadik ketua kelas tapi kalau nak tau kelas mana ada suara vokal paling sedap aku ar. Sehinggakan time sebut..selamat pagi cikgu tu bebudak tak dengar, lepas 2 bler-bler...haha. Time tu aku minat gak ngan sorang gadis nama Ecah ni tapi aku minat camtu jer ar, sebab aku tengah fokus kat akunyer SPM yang akan diambil next year....dalam taun 2005 camtu ar aku amek SPM.

Pas jer abeh SPM, aku keje jap kat The Store Ipoh, korang tau berapa lama aku keje situ...hehe around setengah hari jer ar. Bukan aper sebab aku rasa tak sedap ati aku keje tapi mak bapak aku tak tau, x mintak kebenaran pun...huhu. Pas tu aku keje kat ToyCity kat sini mcam-mcam permainan ader tapi aku boring gak yer ar jadik promoter ni kaki mesti kuat maa...diri dari 10pagi smapai 11malam mcam robot pun ader.

Lepas beberapa bulan keje aku dipanggil untuk PLKN....hehe syoknya, tapi time before g tu rasa alamak camne nama aku ader ni...tension tension.So aku pun benti keje, at the same time result SPM kuar and I'm the best student aliran akaun peringkat sekolah, untuk first timenyer aku mengalahkan rival aku yang jugak member baik aku Alwi. Dia 6A aku 8A...huhu bukannya 10A pun aku...tapi alhamdulillah rezeki yang Allah bagi.

After beberpa hari lepas result kuar aku pun g ar PLKN, kat sini memang aku popular kat kem tu mane tak jadik, calon pilihanraya time 2. Banyak gak yang minat aku tapi aku nak wat camner, aku bukannya play play around...hehe. Banyak gak member PLKN aku yang couple dari PLKN sampai skrang. Tapi kalau korang nak tau, Kem aku tu keras, antara faktor keras ialah sebab dibuat dari batu dan selain itu tempat 2 gak tempat permainan mahkluk2 tu. Banyak gak yang kene, korang boleh bayangkan ader satu masa time program dijalankan, satu demi satu Wirawati, (panggilan dalam PLKN)....kene histeria, last-last satu dewan kene...aku pun cuak gak tapi ni lar pengalaman hidup. So biler aku tengok suratkhabar pasal benda-benda ni mmg aku percaya.

Ingatkan panas hingga ke petang rupanya winter di tengah hari...pepatah baru. Belum sempat aku menghabiskan PLKN dah kene panggil balik untuk matrikulasi, time tu sebenarnya aku prefer amek diploma tapi disebabkan mama kata baik pergi dulu nanti kalau tak dapat amek diploma naya jer...so aku pun g ar. Sebelum balik tu memang ramai aweks yang mintak nmbr telefon ak, ak bagi jer ar. Networking kan....haha. Bleh plak beberapa hari before balik tu terminat dan diminati kat seseorang yang bernama Huda ni. Aish, pening gak kepala, dia pun dapat matrik gak, Matrik Penang budak Sains hayat, dokter tu...haha.

Pas balik PLKN, rehat kat umah dua tiga minggu aku pun g ar Matrikulasi Perlis, sebelah UiTM Arau. Kat sinilah aku memegang jawatan JPP atau Jawatankuasa Perwakilan Pelajar selama 2 bulan, menang pilihanraya, pi kursus, lepas majlis angkat sumpah aku letak jawatan...haha tah lar sumer tu tak aku duga. Tapi aku cukup suka sebab dia mengajar aku tentang erti penghargaan atau orang puteh kata appreciation.

Kat matrikulasi ni gak ar, aku minat kat awek sekelas yang bernama Azlin ni. Tapi seribu kali sayang time nak declare, dia kata dia dah ader.....huhu. Kalau bleh, time tu gak nak letak jawatan as pelajar matrikulasi....haha takder aku still rasional. Perasaan ngan rasional maner belh disamakan. Cuma segan gak ar dengan dia, yer ar dah ar satu kelas....haha padan muka aku. Pas tu aku tak jatuh cinta ngan saper2 dah kat matriks, coz i'm still sayang kat dia, tapi disebabkan antara sebab itulah aku dapat dua-dua sem 4flat...alhamdullilah.

Pas jer matrik, aku dapat UiTM, pilhan pertama aku. Memula time apply aku letak UM as universiti pertama pilihan aku , tapi pas fikir-fikir balik yang yuran UiTM murah aku pun mohon ar. Sebab aku pun dengar accountancy kat UiTM,  one of the best. Dengan result 4flat tu ar aku dapat JPA, alhamdulillah. Tapi beberapa hari before g UiTM 2, aku ader contact ngan Azlin, dia kata dia dapat UKM...haha dekat gak tu.

Kat UiTM ,hari pertama masuk time taklimat ibubapa, time tu aku still ader kat situ, Mama kata nanti Acaf jadi macam abang-abang kat depan tu (abang-abang PM & abang-abang MPP)....so now I'm already be one of the person mum want I to be.

Masa first semester lagi aku dah target, first semester nak jadik kelas rep(ketua kelas bagi yang tak tau), sem dua ngan tiga jadik JPK & SMF, sem keempat dan kelima jadik MPP (abang yang kat depan tu mak aku kater), sem keenam dan kelapan tumpu study bagi first class honours...insyallah.
Ader satu lagi yang perlu dicapai, be the first person of the faculty who do practical outside....insyallah bulan Julai 2010 ni. Tak kat UK, kat Switzerland, tak kat sana last source may be kat Dubai tempat Abah pun jadi ar. 

Eh belum habis lagi k, pada ujung tahun 2008, masa aku jadik kelas rep sem satu aku mendedikasikan diri aku kat tugasan kelas so no feeling-feeling ar....tp sebenarnya still teringat kat Azlin and aku pulak jenis yang setia....huhu.

Sebenarnya ramai yang mesej tanya awak dah ader awek ker? Jawapan aku satu, takder tapi aku sukar nak accept anybody except her.

Tapi kalau nak tahu dari  sekolah tadika sampai universiti, dari Shida hinggalah ke Azlin sumenyer bercermin mata. Sehinggakan aku dengan Lynn pun aku minat cermin mata dia gak selain dia...haha. Maybe sampai sekarang ni aku tengah cari wanita dengan cermin mata kut...haha.

Bukan aper, pada aku orang yang bercermin mata ni aku gambarkan orang yang mahu sentiasa membaiki diri sendiri berbanding kalau pakai contact lens. Maybe thats why kebanyakan yang aku minat sumenyer bercermin mata, sebab teori yang aku pegang tu...haha.

Tapi satu jer, memilih teman bukan seperti memilih baju, suka kita ambil, tak suka kita tinggalkan kerna kesetiaan tu satu benda yang penting dalam berteman. Aku jugak doakan agar sekiranya aku dapat seseorang insan selepas ini (of course calon yang bercermin mata...hehe) andai kata dia ada kelemahan, aku akan betulkan dan sebaliknya agar mungkin apabila berlakunya perpisahan nanti pembetulan  kepada kelemahan tu lar yang akan menjadi tanda cinta kami(aiceh) dan dalam berteman kita bukan sahaja perlu menerima orang yang kita cintai tapi orang sekelilingnya jugak spt keluarga, rakan-rakan dan juga mungkin bekas teman kerana terputus hubungan as teman, tidak bermakna hubungan as member akan terputus.


Bukan couple bukan bermakna bukan lagi member.....hehe macam ayat ni aku guna masa dinner ngan Yana and Eton aritu jer...haha. Eh biler lagi nak kuar makan ni ha?


Tension aku naper ar korang senior aku kalau dak, ak dah terima dah korang wat menantu, menantu mak aku...haha.

Kalau senior. Korang grade dulu, korang keje dulu, pas tu aku nak bagi makan aper, batu...haha

Aper-aper pun perjalanan kita masih jauh, aku nak pursue ACCA dulu before keje...insyallah.

Goodluck for both of you nyer practical, nanti bebila kita beli hadiah beday ko ek Yana.....

Aper-aper pun cerita tadi just suatu perkongsian dimana kadangkala erti kesetiaan itu boleh menyebabkan hati ni sering kekosongan mengingatkan orang yang mungkin tiada lagi dalam pandangan....once break consider sold, once sold consider break...haha

Dinner Part 8 2011....

DINNER PART 8 APRIL 2011
____________________________________________________________________________

Kadang-kadang ada benda yang kita perlu rancang awal...

Aku dah pun terfikir pasal Dinner Part 8, part aku yang akan diadakan pada awal 2011

Bukannya apa, apa yang aku nampak kalau prepare awal boleh dapat sponsor banyak cket dari tempat-tempat praktikal yang budak-budak ni g nanti.

Dalam perancangan aku, kalau jadik sem depan....Part 6 nanti, nak wat perjumpaan setup comitee, tau ar saper pengarah dan yang lain-lain.

Part 7, time tu boleh cari sponsor, kertas kerja dah pun disiapkan...hehe yer kut.

Bukan apa kadang-kadang manusia tu perlu merancang walaupun benda tu lama lagi, tapi sebenarnya tak lama pun just dalam setahun lagi jer. Kalau korang belajar business, pengurusan yang paling bawah akan buat perancangan setahun maknanya pemikiran sesetangah kita mungkin belum sampai ke peringkat pengurusan kalau perancangan setahun tu pun rasa lama kan....huhu

Apa-apa pun by now maybe tempat dinner tu akan dibuat kat Shah Alam Convention Centre, aku rancang nak jemput Alumni dan Anak-anak Yatim....???Nak watper anak2 yatim, sebab kita boleh bagi galakkan kat diaorang untuk berjaya ke menara gading dan definisikan semula apa tu menara gading. Kalau dulu menara gading tu kita bergelar siswazah but now the time change. Definisi perlu didifenisikan semula, makna perlu disemak dikemaskini. Menara gading tidak bermakna kalau tidak diisi dengan kecemerlangan mental, spitritual dan bukan sahaja diukur dari segi akademik malah kokurikulum dan kepimpinan. You have a degree does not mean it will save your whole life, now degree is nothing, we need something extra.

Sebenarnya concern aku satu jer, aku nak dinner part aku menjadi dinner yang diingati, dinner ni bukan sekadar dinner tetapi akan menyumbang kepada masa depan, hasil kutipan dinner mungkin boleh didirikan sebuah masjid tanda peringatan tentang dinner ini...hehe banyak ar plak duit. Atau apa sahaja benda yang boleh disumbangkan oleh kutipan dinner ini kepada fakulti untuk kegunaan pada masa depan...bunyi macam poyo tapi itulah apa yang aku harapkan dan agar harapan bukan tinggal harapan.

Yang benar,

Mohd Ashraf Bin Mohd Zabidi
Duta Besar Malaysia Ke UK....insyallah

Friday, 30 October 2009

Link To My Blogs


Below are the list of my Blogs:
1. http://ashraf88.blogspot.com/
2. http://accuitm.blogspot.com/
3. http://oursislam.blogspot.com/
4. http://betweenfact.blogspot.com/
5. http://lawaksedunia.blogspot.com/
6. http://ashrafmemory.blogspot.com/
7.http://aftasaccount.blogspot.com/
8. http://jermanuitm.blogspot.com/
9. http://arabuitm.blogspot.com/
10. http://accmembersuitm.blogspot.com/
11. http://japaneseuitm.blogspot.com/
12. http://chineseuitm.blogspot.com/
13. http://koreauitm.blogspot.com/
14. http://myibm533.blogspot.com/

Below are my blogs which still under construction
1. http://internationalnewspapernetwork.blogspot.com/
2. http://myibm533.blogspot.com/
3. http://far400.blogspot.com/

Currently my blogs up to 17 Blogs, comprise of 14 developed blogs and 3 under construction blogs. There are a few blogs that i want to open relating to UiTM, EPL, Malaysian Government, lirik lagu..etc.Insyallah coz my obejctive is to construct up to 100 blogs....Insyallah.

I also hope that with construction of my blogs it will help others in searching news, academic subject, facts, humour & fun, and to learn basic language of a few language such as Korean, Mandarin, Arabic, German and many more. Amin....

Thursday, 29 October 2009

Examination week

Quite busy this week in preparation for the exam. Hope all of you can score whatever it is, goodluck..

Monday, 26 October 2009

Practical Training...

I don't know what to say, the time is very fast to flew like wind. A year ago I am in part 3 now part 5 and next year at the same month on the same day I will be in part 7.....practical training means that I will not be in UiTM.

My goal is one, to be the first person who do practical outside and will be followed by my juniors. As the first step, just now I see Timbalan Dekan Jaringan Industri, Dr Rozainun about my goal...huhu insyallah. Doakanlah untuk aku.

What she said is that I must download a application form from UILC Website, and it is an advantage because I born at UK, so there will be less problem in working permit because I already have the Birth Certificate from there.

So my job now is to find a company that willing to give me a place for practical there. My target firm as below:

- Big 4 (because it around the world)
- Malaysian Company operating in UK
- Embassy
- Petronas
- dll

Whatever what important is I must keep my pointer above 3.00 and hope my mum to always give me support and Doa, because a Doa from a mum is doa yang berkat.

Other than that, I also thinking about my part dinner on 2011, dinner part 8. I thinking about that because I want it a dinner that not just a dinner but a dinner that give something memoriable to the students, not only my part but all the parts. Not only during that time but for a long time not to be proud but so that people will know what does it mean by accounting student.

Ok that all for now, until we meet again in the post and please Doa for me to get a practical place outside Malaysia so that when I back to Malaysia I will have something to share with all.....

Sunday, 25 October 2009

Baru aku terperasan....

Buat perhatian member-member aku yang ada keratan akhbar Utusan 21 Ramadhan, tolong bagi kat aku bleh. Sebab ader penting daam tu...huhu. Aper dia.....korang bleh klik kat link ni.

Keratan Penting Utusan


Personaliti Mengikut Warna

Birthday - Colour Nature

December 23rd - January 1st Red
January 2nd - January 11th Orange
January 12th - January 24th Yellow
January 25th - February 3 Pink
February 4th - February 8th Blue
February 9th - February 18th Green
February 19th - February 28th Brown
March1st - Match 10th Aqua
March 11 - March 20th Lime
March 21 satu Black
March 22 nd - March 31st Purple
April 1st - April 10th Navy
April 11th - April 20th Silver
April 21st - April 30th White
May 2nd - May 14th Blue
May 15th - May 24th Gold
May 25th - June 3rd Cream
June 4th - June13th Gray
June 14 - June 23rd Maroon
June 24th Gray
June 25 - July 4th Red
July 5th - July 14th Orange
July 15th - July 25 tahu Yellow
July 26th - August 4 tahu Pink
August 5th - August 13th Blue
August 14th - August 23rd Green
August 24 - September 2nd Brown
September 3rd - September12th Aqua
September 13th - September 22nd Lime
September 23rd Olive
September 24th - October 3rd Purple
October 4th - October 13th Nave
October 14th - October 23rd Silver
October 24 - November 11th White
November 12th - November 21st Gold
November 22nd - December1st Cream
December 2nd - December11th Gray
December 12th - December 21st Maroon
December 22nd Teal



RED
Cute and lovable type, you are picky but always in love ... and liked to be loved. Fresh and cheerful, but can be "moody" at times. Capable with people,
nice, soft, and that can love you for the way you are. Likes people that are easy to talk to, and can make you feel comfortable.

CREAM
Competitive and sportive. Don't like losing and always cheerful! You are trustworthy, and very out-going. You choose love carefully, and don't fall in love easily. But once you find the right one, you don't let go for a long long time.

TEAL
You are mostly interested in your looks. And have high standards in picking love. You think and make a solution precisely, and hardly make stupid mistakes. You like to lead, and is easy for you to make new friends.

GREY
You are attractive, and active. You never hide your feelings, and
express everything that's inside. But can be selfish at times. You want to be noticed, and don't like to be treated unequally. You can brighten up people's day. You know what to say at the right time, and you have a good sense of humor.

GREEN
You get along well with new people. You are not really a shy person, but sometimes you can hurt people's feelings by your words... You like to be loved and noticed by your lover, but mostly you are single, waiting for the right person.

GOLD
You know what's right and what's wrong. You are cheerful and out going. It's hard for you to find the one you want, but once you find the right person, you won't be able to fall in love again for a long time.

PINK
You are always trying your best in everything, and like to help and care for other people. But you are not easily satisfied. You have negative thoughts, and you look for romantic love like in a fairytale.

YELLOW
You are sweet and innocent. Trusted by many people, and have a strong leadership towards relationships. You make good decision and make the right choice at the right time. And always dreaming of romantic relationship.

MAROON
You are intelligent, and know what's right. You like to take things go your way, which can sometimes cause trouble or not thinking about other people's feelings. But you are patient when it comes to love... Once you get a hold of the right person, it's hard for you to find a better love.

ORANGE
You are responsible for your own actions, and you know how to treat people. You always have goals to reach, and are competitive. When it comes to friendship, you find it hard to trust someone, but once you find the right friend, you trust them for ever.

PURPLE
You are mysterious, never selfish and get interested in things easily. Your day can be sad or happy depending on your mood. You are popular between friends but you can act stupid at times, and forget things easily. You go for person that's trustworthy.

LIME
You are calm, but easily stressed out. You get jealous easily, and
complain over little things. You can't get stuck into one thing, but you have a capable personality for everyone to trust you and like you.

SILVER
You are imaginative and shy, but you like trying new things. You like to challenge yourself. You learn things easily, and like "Hard to get". Your love life is normally hard and confusing.

WHITE
You dream and have goals in your life. You get jealous easily and you don't react to things easily. You are different and sometimes thought highly by others.

OLIVE
You are warm and light hearted. You seem to flow well with friends and family. You don't like violence and know what's right. You are kind and cheerful, but don't envy other people easily.

BROWN
You are active and sportive. It's hard for other people to become close with you, but you fall in love easily. But once you find out you can't get something, you give up and let go easily as well.

BLUE
You have low self-esteem, and very picky. You are artistic and like to fall in love, but you let your love pass by, by loving with your mind, not your heart.

NAVY
You are attractive, and love your life. You have a strong feeling
towards everything. And very easily distracted. Once you get angry at someone, it's hard for you to forgive them.

AQUA
Your feelings change suddenly and easily. You are always lonely, and like travelling. You are truthful, but listen and believe other people too easily. It's hard to find love for you, and you get lost in love easily. Sometimes you get hurt by love.

BLACK
You are challenging, and have the "guts". But you don't like changes in your life. And once you make a decision, you keep it that way for a long time.
Your love life is also challenging, and different.

ORANGE
You are responsible for your own actions, and you know how to treat people. You always have goals to reach, and are competitive. When it comes to friendship, you find it hard to trust someone, but once you find the right friend, you trust them for ever.

Saturday, 24 October 2009

Pertemuan Dalam Perpisahan


Mengapa,
Kita dipertemukan dalam hujung perpisahan
Perpisahan yang menunjukkan antara dua jalan
Jalan cita-cita ataupun jalan cinta
Jalan yang mana lebih agung
dan jalan mana lebih berkuasa

Mengapa,
Kita dipertemukan dalam hujung perpisahan
Bila cinta mula berputik
Langkah mula diatur demi masa depan
Masa depan yang mungkin ya atau tidak
Kemungkinan untuk kita berjumpa semula


Mengapa,
Kita dipertemukan dalam hujung perpisahan
Perpisahan ini suatu tanda tanya
Adakah yang sementara mahupun selamanya
Yang pasti hanya Rabbi mengetahui
Kerana dia maha mengetahui segalanya

Mengapa,
Kita dipertemukan dalam hujung perpisahan
Belum sempat ku sampaikan hasrat hati
Biarlah masa menentukan kemana perginya hati
Kemana perginya cinta
Yang dikala ini menunggu untuk pergi

Niatku hanya satu menunjukkan kau ke jalan Rabbi
Niatku hanya satu untuk mengubah kau menjadi wanita suci
Niatku hanya satu mungkin bila perpisahan nanti akan meninggalkan satu kenangan abadi
Perubahan yang menjadikan kau lebih mengetahui tentang erti aurat dan batasan
Sebagai wanita Islam yang mengikut adat ketimuran

Ikhlas dari
Mohd Ashraf Bin Mohd Zabidi
Duta Besar Malaysia Ke United Kingdom....insyallah

Friday, 23 October 2009

Pertandingan IID Peringkat Fakulti 2009

Sebagai mencapai moto kerajaan

SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

aku sebagai YB turun la ke program IID 2009...yer ke YB....hehe insyallah

Program ni diadakan kat tingkat 12, Menara SAAS. Pertandingan ni merupakan pertandingan yang mengumpulkan semua rekaan dan inovasi yang dihasilkan oleh pensyarah dan pelajar fakulti perakaunan. Pertandingan ni sebenarnya untuk melahirkan golongan yang beridea dalam melahirkan produk-produk berkesan dan boleh dijual.


Game Pancing Memancing


Game Pancing memancing bersama tuan punya projek...eh silap puan 
(eh korang dah kawen ke....haha)


Projek Dr Zuraidah, Timbalan Dekan HEP & Alumni


Member aku, Hazwan ngan Apis yang masuk pertandingan IID 2009 ni....tengah berdebar menunggu keputusan


Majlis Pemberian Hadiah dan Sijil kepada Peserta.....eh tak der sijil kosong ker mintak satu

Untuk pengetahuan korang aku ader projek yang sepatutnya masuk tapi disebabkan kesibukan aku untuk mencari masa dalam mencari satu komponen dalam projek aku. Akhirnya projek aku yang 90% siap terbengkalai camtu jer...huhu.

Aku jumpa Pn Intan time program tu untuk tanya pasal Praktikal luar negara, dia mintak aku jumpa Timbalan Dekan Jaringan Dan Industri, Prof Rozainun untuk dapat maklumat lanjut. Dia gak kata UiTM ada menyediakan elaun untuk itu dan JPA still akan tanggung. For the time being, tak ramai yang mintak. Aku nak mintak sebab aku rasa aku nak keluar mencari pengalaman dalam usia muda ni dan dalam masa yang sama balik ke kampung aku kat UK...bukan Ulu Klang,k.

Korang doakanlah aku, manalah orang yang korang kenali ni akan menjadi somebody pada masa depan cam Datuk Farid Ridzuan ker, Tony Fernandez ker, Jamaluddin Jarjis ke, atau seorang ambassador ke luar negara.Insyallah.

"Man can dream to be something because a dreaming is an ambition and planning but dream must be followed by usaha and tawakkal because all the things will be determined by Allah" 

Thursday, 22 October 2009

Mesyuarat Final Sekretariat Mahasiswa Fakulti 2009

On 18 October 2009, me and Zira's Secretary, Sekretariat Mahasiswa Fakulti Perakaunan (SMFP) have conduct last meeting for this semester.Sadly, Zira cannot come because she has a class on that evening...huhu. I never blame her coz everybody has their priority, in this case the priority is attending class.


With Mr Ezani, Ketua Kontinjen Sukan Antara Fakulti 2009


Suasana semasa meting mengikut susunan mesyuarat dan buku far 400 aku gak dapat masuk blog...haha (Meja Yang Ada Buku Tu Meja Aku Ar...haha)


Tertera diatas Meja Majlis Perwakilan Pelajar, kertas yang ada benda kuning 2 plak, pra-perlembagaan SMF




Wednesday, 21 October 2009

Tiga Malam Dengan Program Jemputan

Khamis (18 Oktober 2009) – Futsal Career Week Apacs
Selepas jer test tax pada malam tu aku terus bergegas ke Pusat Sukan untuk turun padang menyaksikan Futsal Career Week 2009 anjuran APACS. Aku sebenarnya bila dijemput oleh badan-badan pelajar ni aku susah untuk tolak sebab aku tahu salah satu tanggungjawab aku adalah untuk itu sebaik sahaja memegang kerusi MT MPP UiTM ni. (Ahli MT 4 tertinggi, MT sehingga Penolong Bendahari)
Pertandingan futsal malam tu menarik tetapi yang lebih menarik bila jumpa nombor pendaftaran motor yang sipi-sipi cam aku nyer nmbr pendaftaran. 

My Bike (AFJ 8573) With Another Member Bike (AFJ 3173)


Sebelum pulang ada seorang pelajar yang member aku kad jemputan untuk Program Ceramah “Couple Dalam Islam Dibenarkan Atau Tidak”, satu topik yang aku rasa cukup popular. Tapi untuk pengetahuan pada malam esoknya aku ada Mesyuarat Bersama MT SMF, dalam waktu yang lebih kurang sama.

Jumaat (19 Oktober 2009) - Program Ceramah Couple Dalam Islam Dibenarkan Atau Tidak
Sebelum aku pergi ke Ceramah tersebut aku hadir ke mesyuarat MT SMF yang diadakan di FKM. Aku memulanya berat jugak nak pergi sebab aku kene keluar mesyuarat awal untuk hadir ke Program Ceramah tersebut tetapi aku pergi juga atas sebab Zira tak dapat hadir pada malam itu. 

Setiausaha Agong Sekretariat Mahasiswa Fakulti Perakaunan, MR HF...haha

Bermacam-macam perkara kami bincangkan pada malam itu antaranya pasal keadaan SMF di Puncak, Penubuhan Alumni, Majalah Fakulti dan sebagainya namun aku ada hingga pukul 9.15 sahaja kerana ada program lain selepas itu.

Attention, aku tengah meting ni...haha


Bukan dating ek, just perbincangan between MPP ngan Presiden about student welfare


Sebenarnya Presiden sendiri berat melepaskan MPP kesayangan untuk keluar dari mesuarat itu…haha tetapi nak wat camna aku takkan kecewakan penganjur program tersebut kerana aku telah beritahu mereka yang aku akan dating.Timbalan Presiden sendiri backing aku dalam sindiran dengan ayatnya, “ Padan la Fifi tak suka engko Acap sebab engko terlalu pentingkan student”,(Lebih kurang camtu la ek, Mirul…haha). Yup, memang kebajikan pelajar aku pentingkan, kalau tak aku takkan jadi wakil pelajar yang mana satu hari nanti insyalllah akan menjadi wakil rakyat kawasan Ipoh Timur, kawasan kubu kuat Lim Kit Siang….Insyallah.

MC of the program (left) and the Ustaz..lupe lak nama



Tuan Haji Khatab giving a gift to the Ustaz for his speech


Pada program ceramah tersebut satuisi terpenting yang aku ingat ialah:
‘Umat Islam boleh bercouple tetapi mengikut syariatnya agar kita boleh mengenal isi hati masing-masing”

Syariat bermakna landasan yang betul, landasan yang bagaimana?
Landasan yang membataskan, kita boleh dating tetapi biarlah ada orang ketiga sekiranya tidak Syaitan akan muncul menemukan kedua nafsu. Contohnya kita mintak orang yang kita nak kenal isi hatinya itu membawa teman itu adalah lebih baik.
Pada malam itu jugak, Amin, MPP Seni Lukis Seni Reka, dan Azam MPP FKM datang ke Jati untuk urusan tuntutan program dan resit bagi program-program fakulti mereka.
 
Sabtu (20 Oktober 2009) – Majlis Pra Graduan Kolej Kediaman Jati 2009



A karaoke rehearsal on the evening before the event


Cam Artis plak...haha



Penolong Pendaftar (AR) of the program yang jaga registration



"Malam Asprisiasi Kolej Kediaman Jati"



Meja VIP....kosong


Meja VIP....dah ada orang...haha magik



Barisan MC of the event







Candid Camera On The Event




Malam semalam pulak, aku ada jemputan ke Majlis Pra Graduan Kolej Kediaman Jati Oktober 2009 di
Dewan Seminar Kolej Kediaman Jati, pejam celik pejam celik dah hampir setahun aku meninggalkan
dunia Jawatankuasa Perwakilan Kolej yang aku pegang setahun yang lepas.

Orang penting Hal Ehwal Pelajar, Dr Rusmin Talib jugak turun untuk memberikan sokongan. Program yang dinamakan Malam Asperiasi Kolej Jati ini jugak sebagai suatu program simbolik perasmian Dewan Seminar yang siap hampir 6 bulan yang lepas dah banyak juga program-program yang telah dijalankan.
Banyak anugerah-anugerah yang telah diberikan antaranya ialah:
-          Penyerahan Sijil JPK, JPB dan Sekretariat
-          Anugerah Hang Nadim
-          Anugerah Tun Seri Lanang
-          Anugerah Hang Tuah
-          Anugerah Khas Pengetua  
Program-program diatas dah cukup orang mengatakan betapa aku sebok memanjang sampai malam pun sebok….huhu.
 Kerja/Masalah/Projek sedia ada pun belum lagi aku settlekan…
-          Majalah Fakulti 2009
-          VCD Program Pelajar 2009
-          Penubuhan Alumni Of Accounting Student Association Committee
-          Keadaan antara SMF dan AFTAS di Puncak Perdana
-          Pelarasan Program-program MPP (Konvensyen, Jom Nikah, Dinner PMMMS &
-          Pelarasan Jamuan Selepas Mesyuarat SMF & Persatuan Dalaman Untuk September & Oktober
Tapi pada aku, kesebokan akan mengajar erti management of time dan cabaran dalam hidup. Yang penting kita happy dan senyum selalu…haha



Dinner Konvensyen MPP UiTM SeMalaysia


Kat bawah aku postkan gambar-gambar Dinner Konvensyen yang diadakan di Intekma pada 10 Oktober jam 8 malam yang meilbatkan perwakilan-perwakilan Konvensyen Majis Perwakilan Pelajar UiTM SeMalaysia.
Program: Majlis Makan Malam Konvensyen MPP UiTM SeMalaysia

Tarikh:    10 Oktober 2009
Masa:      8.30 malam 
Tempat: Intekma Resort


Me With Fairus, PNYDP Perhubungan Dan Pengantarabangsaan 

Hehe...cam kenal



Menu Of The Night

Sam, MPP UiTM Sarawak dating with a girl....haha 





Saturday, 17 October 2009

Keliru



Kadang-kadang dalam hidup kita, kita akan keliru untuk memilih untuk membuat sesuatu keputusan. Keliru wujud bila keputusan yang kita buat dipengaruhi perasaan kita. Entah aku pun sekarang ni dalam kekeliruan. Aku need to tell the truth, i need to know everything then much accurate decision i can make. Entah lar, aku skang cam tak senang duduk selagi benda yang sebenar aku tak tahu dan benda yang tersirat dalam hati ni tak aku ceritakan...huhu. Cerita pasal apa....kene lar tunggu pos-pos akan datang,k....haha.

Friday, 16 October 2009

Andai Masa Dapat Ku Undurkan


Masa,
Andai dapat aku undurkan,
Banyak kesilapan yang dapat aku perbetulkan
Banyak madah dapat aku baikkan
Banyak benda yang dapat aku fahamkan

Masa
Andai dapat aku undurkan,
Mungkin kita dapat bertemu lebih awal
Dalam mengatur liku-liku kehidupan
Liku-liku kehidupan yang dapat aku ulangi
sekiranya wujud kesilapan

Masa
Andai dapat aku undurkan,
Maka tiadalah lagi erti kematangan
Tiada lagi erti pengalaman
Tiada lagi erti cabaran dalam kehidupan

Masa
Andai dapat aku undurkan,
Kehidupan ini bagaikan sebuah permainan komputer,
Boleh disave dan boleh diload
Bila-bila masa sahaja
Kerna itu Allah ciptakan masa bukan sesuatu yang kita mampu undurkan.

Mengapa Kita Dipertemukan....


Mengapa pertemuan ini
Di akhir sebuah memori
Memori yang mungkin menunjukkan jalan
Jalan yang tidak siapapun menduga
Samaada kebahagian atau sebaliknya...

Mengapa pertemuan ini
Di akhir sebuah memori
Memori yang mengajar kita tentang cinta
Cinta yang mungkin kekal atau mungkin tiada
Suatu memori yang hanya akan ditentukan oleh masa

Mengapa pertemuan ini
Di akhir sebuah memori
Dimana perpisahan mungkin terjadi bila-bila
Bukan menunggu kesilapan tetapi menunggu masa
Hanya masa yang menentukannya

Mengapa pertemuan ini
Di akhir sebuah memori
Semoga kita berjumpa lagi di lain masa
Masa yang lebih baik dari menanti
Dimana mungkin kita akan tahu erti sebuah kehidupan

Thursday, 15 October 2009

Mama Ngan Iqa Ke Bandung, Indonesia



Belum sempat abah pulang dari Dubai, mama ngan Iqa pulak akan ke Bandung Indonesia tapi untuk 4hari 3malam jer ah. Sian adek aku, baby tinggal sensorang kat umah haha. Actually dia ikut sebab nak prepare for MUET, agaknyer la…haha.
Sebenarnya as a human being aku risau dengan keadaan di Bandung sekarang sebenarnya, yerlah kan ke isu buluh runcing tak reda lagi. Tapi dalam hati ni syok la gak bila ibu tersayang heppy dapat g jenjalan kat negara orang ni. Ni pun satu pendedahan yang baik kat Iqa, tentang negara orang…tentang budaya, sikap dan layanan di negara lain.
Macam lecturer IBM aku kata, “when you go to another country, you will learn many things and become more matured”, betul kata  dia sebab aku dapat rasakan suatu perubahan apabila balik dari Korea aritu. Macam semalam jer baru balik…haha
Korang bleh bayangkan disana korang macam itik ngan ayam, kalau itik tu menguek takpe ,ni itik tu cakap korea maner la nak paham…haha. Their English communication skill is not so good dalam 10 orang nak carik sorang cakap English punyer la susah. Nasib baek kat sana kami hafal beberapa ayat untuk membeli-belah antaranya:
Olma Eyo                            = Berapa harga ni?
Kakajuseyo                        = Boleh bagi diskaun?
Yongsujung juseyo         = Boleh bagi resit tak…haha
Itu yang gunakan simpulan bahasa “ dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung”, bila orang menguek kita menguek….haha macam-macam.

Tuesday, 13 October 2009

Management Of 17 Blog

Until now there are 17 blogs that i managed. Most of it is about the info whether academic or non academic. I hope i can help my readers through the blogs that i have created.

Thanks and happy surfing....

Monday, 12 October 2009

SAJAK TERIMA KASIH

Ayah
Terima Kasih Ayah
Kau mengajar aku tentang erti kesabaran dan kekuatan
Yang mana mengajar aku tentang erti kehidupan
Terima kasih sekali lagi ayah
(Petikan Lagu Ayah Oleh Aeman)

Ketika berjauhan 
Masih kurasa
Hangat kasihmu ayah
Betapa ku rindukan redup wajahmu 
Hadir menemaniku
Terima kasih sekali lagi ayah
Jasamu akan tetap sebati di ingatanku

Ibu 
Terima kasih ibu
Kaulah ratu hatiku
ibu,ibu engkaulah ratu hatiku
Itulah ungkapan yang sering kita dengar
Kau mengajar aku tentang erti kasih sayang
sayang dan menyayangi
Tanpa kau siapalah aku
Tanpa kau tiadanya aku di muka bumi ini
(Petikan Lagu Oh Ibu Oleh Mamat)

Oh Ibu..
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini kesepian
Dan aku 
Bagai purnama gerhana
Terima kasih sekali lagi ibu
Jasamu akan ku semat di dalam hati naluri ini

Cikgu
Terima kasih cikgu,
Kau pelita ilmu,
Mendidik kami anak-anak bangsamu
Anak-anak bangsa berjiwa merdeka
Kearah sebuah perjuangan
Penerusan Bangsa
Penegak agama
Pemacu negara

Guru, pensyarah, pendidik
Semuanya sama,
Kalianlah yang telah mendidik kami
anak-anak bangsamu
Tentang betapa pentingnya ilmu
Dalam mengharungi liku-liku kehidupan
Terima kasih sekali lagi cikgu
Kau akan sentiasa menjadi pelita buatku

Teman,
Terima kasih kukepadamu jua tidak kulupakan
Bersama kita mengharungi sebuah perjuangan
Perjuangan menuntut ilmu yang tidak pernah berkesudahan
(Lagu Teman Sejati Oleh Brothers)
Selama ini 
Ku mencari-cari 
Teman yang sejati 
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini
Padamu illahi
Teman yang ku cari 
Selama ini
Telah ku temui
Terima kasih diatas jasamu teman
Dalam membantu perjuangan bersama

Sekali lagi kalian ingin ku ucapkan ribuan terima kasih
Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian
Semoga kita berjumpa di lain masa

Sekian salam puisi
Assalamualaikum W.B.T.

Minggu Yang Sangat Sebok...huhu


Macam biaser minggu akhir-akhir before exam ni adalah minggu yang sebok, lagi-lagi untuk orang yang sememangnya penyebok...haha

Isnin
- Submission of Tax Report
- Kuiz FAR 400

Selasa
- Rehearsal Anugerah Dekan
-Speaking Test Korea...alamak nightmare aku dah mai

Rabu 
- Presentation AIS510
- Persembahan Majlis Anugerah Dekan 2009
- Preparation For TAX, MAF & FAR Test

Khamis
- Test FAR (Pagi)
- Test MAF (Petang)
- Test TAX (Malam)

Jumaat
- Group Discussion Of FAR 400

Saturday, 10 October 2009

Konvensyen MPP UiTM Se-Malaysia

Sebagai sebuah Universiti yang mempertahankan bumiputera adalah sangat mustahak bagi wakil-wakil pelajar universiti ini untuk sama-sama duduk semeja membincangkan kearah kebajikan pelajar dan kebaikan bersama.


Zaimi bergambar dengan sijil saper tah...haha.

Justeru 2, MPP UiTM Shah Alam  (Dulu UiTM Malaysia dengan perubahan nama  pada bulan Oktober 2009 lepas oleh VC) menganjurkan konvensyen MPP UiTM SeMalaysia yang mengumpulkan 4 wakil (kebanyakannya MT) dari kampus-kampus cawangan yang bertempat di UiTM Kampus Puncak Perdana.
Macam biaser kalau program MPP tahun ni saper lagi Bendahari Program kalau bukan aku...haha entah ar cam best pun ader cam tak best pun ader. Tapi sebenarnya aku juga bertindak sebagai adhoc-adhoc lain dalam program ni buat pertama kali contohnya sebagai Biro Program, MC, dan pembaca doa buat pertama kali...haha.

Hari Pertama: Mesyuarat YDP-YDP UiTM & RESOLUSI 
 
Program bermula dengan penyiapan tempat oleh kami penganjur program, dari kelas kami jadikannya bilik meting bertaraf lima puluh bintang....haha.


Tengah pikir camne nak susun meja ni....


Yang tu letak situ, yang ni letak sini pendek kata tak yah ubah aper2 lah....haha


Tertera di pintu "Dulu surau wanita kini surau lelaki..."



Suasana Malam Di UiTM Puncak Alam

Pada malam tersebut program dijalankan dengan Mesyuarat antara YDP-YDP MPP UiTM SeMalaysia yang dipengerusikan oleh KPNYDP MPP UiTM Malaysia, Abang Sham. Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan masalah-masalah kampus, manakala di sudut lain suatu resolusi sedang dibincangkan oleh Perwakilan-perwakilan yang tidak menyertai mesyuarat YDP2 tersebut.

Hari Kedua: Ceramah Strategi 200,000 pelajar, Perubahan Akta 174 dan Penyerahan Resolusi

Pada pagi esoknya, dua taklimat penting iaitu ceramah strategi kearah 200,000 pelajar menjelang 2010 oleh En Mazlan Idris dari Bahagian Pengambilan Pelajar diadakan dan bwat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, aku menjadi MC slot tersebut. Syok gak jadi MC ni....haha


Hadirin yang khusyuk mendengar ucapan alu-aluan mc, aku la tu...haha

Lepas tu ada plak slot bersama En Armyn, Timbalan Pendaftar Pejabat Penasihat Undang-undang UiTM Malaysia pasal perubahan Akta 174. Sebenarnya aku dah kenal Encik Armyn sejak pertama kali aku masuk UiTM pada Julai 2007 sebab dia Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) atau pendek kata cam warden asrama ar. Untuk slot ni aku jadik MC gak, sebab dah syok jadik MC, membawak aku jadik MC pada slot kedua ni. Untuk pengetahuan korang aku pun bukannya mantap jadi MC ni tapi, aku suka mencabar diri aku dengan benda-benda yang belum pernah aku cuba, so aku cuba ar...haha.

Sebenarnya seksyen-seksyen perubahan dalam Akta 174 tersebut masih sulit tapi kami diberikan juga maklumat tersebut atas sebab portfolio yang kami pegang sekarang sebagai MPP. So aku tak bleh ler cakap aper dia bagitahu perubahan-perubahannya....huhu sori.


En Armyn sedang memberikan ceramah pasal Perubahan Akta 174


Selepas tu makan tengahari dan solat Jumaat di Kolej Angsana. Buat kali keduanya aku solat Jumaat disini, buat pengetahuan korang kat cni solat jumaat diadakan ditengah-tengah bulatan dewan makan kerana tiada masjid atau pusat islam disitu kerana belum dibina.


Meja membuktikan solat jumaat ini diadakan di kawasan kafe....


Kawasan sembahyang hanya dilindung kepingan-kepingan plastik......huhu tapi apapun didoakan agar pusat islam akan segera siap dibina

Pada petang tu, ader mesyurat diantara perwakilan-perwakilan yang membincangkan resolusi yang akan dihantar kepada Tok Nas (Prof Dato Dr Nasuddin Othman, TNC HEP). Aku akan bertindak sebagai Flow Manager pada malam tu semasa kehadiran Tok Nas so aku pun prepare la aper-aper yang patut dan yang tak patut...haha

Dari tengah Saudara Mursyidi, YDP MPP UiTM, Kanan Saudara Fairus 
dan Kiri Saudara Ainal


Perwakilan-perwakilan yang hadir, tertera nama kampus di atas kertas di atas meja tersebut

Sekali lagi aku mencabar diri aku selepas menjadi MC pada pagi itu untuk menjadi flow manager pada malamnya untuk suatu program yang berperingkat Kebangsaan. "People never matured if they run away from the obstacles in their life", prinsip itu la yang aku pegang dalam kehidupan seharian.

8.15 malam: Ketibaan masuk Prof Dato Dr Nasuddin Othman TNC HEP ke Dewan Konvensyen

YDP-YDP mengambil kesempatan bersalaman dengan orang penting UiTM

8.25malam: Lagu Negaraku dan UiTM DIhatiku
8.30malam: Bacaan Doa Oleh Mohd Ashraf Mohd Zabidi (Eh aku lar tu...haha first time) 

Kenal tak yang baca doa tu...haha 


Dari tengah TNC HEP, Pengarah Program di kanan dan Setiausaha Konvensyen di kiri....

8.45malam: Penyerahan Hasil Resolusi dan Pembentangan Hasil Resolusi Oleh Aiman Zakwan Zickil

Saudara Aiman YDP MPP UiTM Cawangan Kedah membacakan hasil resolusi

9.10 malam: Ucapan TNC dan Maklumbalas Tentang Resolusi

Ada yang telah kita laksanakan dan ada yang belum....TNC HEP

10.30 malam: Majlis Pemberian Cenderamata Dan Hadiah

Terimalah dari kami sedikit cenderahati dari bajet yang Dato sendiri luluskan...haha

10.45malam: Jamuan Untuk VIP

YDP-YDP bersama Dato Nas



Hari Ketiga: Pembentangan Perlembagaan MPP UiTM SeMalaysia

8.30 pagi: Perbincangan Tidak Formal Dinatara Profolio MPP UiTM Semalaysia


Di antara YDP-YDP 


Di antara Portfolio Berkaitan Hubungan Dalaman & Pengantarabangsaan

10.30 pagi: Pembentangan Perlembagaan


Perwakilan Meneliti Perlembagaan Yang Dikeluarkan Oleh MPP UiTM Shah Alam


Perlembagaan MPP: Penstrukturan Pentadbiran MPP UiTM Malaysia

1.30 petang: Makan Tengahari
3.00 petang: Bergerak Balik Ke Shah Alam


Lepas tu dijangka ada dinner di Intekma pada malam ni(10 Oktober 09)...insyallah

PS:
Time pembentangan perlembagaan tu ada member MPP aku yang tak puas hati dengan keputusan majlis mengenai penggunaan bahasa Exco dan Sekretariat. Sekretariat membawakan makna yang lebih besar dari Exco tetapi keputusan mesyuarat mengatakan Exco adalah lebih baik dan tiada seorang pun yang menyokong dan backing dia lalu Dia blah keluar dari mesyuarat sambil menangis....huhu. Dramatik dan emosional kan, tak sangka plak aku dia bleh menangis sebab aku tengok dia bukanler wanita yang mudah menangis...saper dia??? Itu Rahsia., bukan Zira...haha. Apapun kene ar pujuk sebab yerlah perempuan kan, tapi bukan aku lar yang pujuk kang kalau aku yang pujuk lagi menangis plak dia..hahahaha.

My Candid Time There: 


Aper tengok-tengok hah....hehe


Biro Program Sedang Berikan Taklimat Kepada Biro-biro lain
  Aku ngan Anwar MPP Muzik bukan Anwar PKR,k.....haha



Eh mcam dalam bingkai gambar la plak...haha


Men of the Convention is me...haha yer ke


Azira tengah mengorat, ader ke patut....haha..jangan marah na Zira

Other Topics