Posts

Showing posts from January, 2019

Daripada Shah Alam ke Ipoh Bersama Penerbangan Malindo Air

Image
Perjalanan Shah Alam - Ipoh Sebenarnya sebagai orang yang berasal dari Ipoh, Perak saya dah lama nak melalui pengalaman menggunakan Lapangan Terbang Sultan Azlan. Alhamdulillah pada 18 - 21 Januari 2019, hasrat ini telah tercapai dengan menggunakan cara yang jarang-jarang digunakan untuk perjalanan ke Ipoh dari Shah Alam.  Dari Shah Alam ke Ipoh: (18/1/2019) Menaiki Komuter dari Batu Tiga, Shah Alam Ke KL Sentral  Stesen Komuter Batu Tiga Sebenarnya menaiki komuter dari Shah Alam mengambil masa yang agak lama iaitu hampir sejam namun kerana saya tidak mengejar masa, saya tidak kisah jam berapa akan sampai yang penting cukup masa untuk solat di KL Sentral dan sempat untuk menggunakan Airport Coach pada jam 8 malam.  Menaiki Airport Coach Bus dari KL Sentral ke KLIA Sebelum ini saya selalu menggunakan KLIA Express untuk ke KLIA dengan harga RM99 untuk return ticket, tetapi dengan Airport Coach Bus anda hanya perlu membayar RM18 untuk airport transfer ret