Posts

Showing posts from August, 2021

Hanya Satu Doa

Image
Ada sesetengah orang bila tidak lagi bersama kita, kita akan dimaklumkan mengikut cara mereka tersendiri untuk bagitahu bahawa mereka ini dah pun bahagia dan cuba berkongsi agar orang lain yang pernah muncul di dalam hidup mereka tahu.  Andai kata, status itu adalah untuk aku, aku bersyukur dan sangat berharap agar insan yang kini mengganti akan menjaga Dia sebaik mungkin dan jangan sesekali Dia disakiti walau dengan cara apapun.  Doa aku hanya satu kepada yang Rabbul Jalil, semoga Dia sentiasa Bahagia, Hidupnya sentiasa dipermudahkan, capaikanlah dia  untuk mencapai apa yang diinginkan di dalam hidupnya khususnya untuk menjadi seorang warga pendidik yang mahu menabur baktinya kepada anak bumiputera dan Malaysia. Dan andai kata bila-bila masa diperlukan untuk mendengar, aku sentiasa disini untuk menjadi pendengar walaupun kita bukan lagi apa-apa kerana mungkin bukan itu rezeki kita dan sesungguhnya Allah telah jamin rezeki kita.  Jaga diri WNA.