Followers

Friday, 21 May 2010

Pakistan Sekat Akses Youtube

ISLAMABAD 20 Mei - Pakistan menyekat akses ke laman web perkongsian video, YouTube dalam usaha menghalang penyiaran bahan yang menghina agama atau tokoh agama.

Sekatan itu dikenakan beberapa jam selepas Lembaga Telekomunikasi Pakistan (PTA) mengarahkan penyedia perkhidmatan Internet menyekat akses ke rangkaian sosial, Facebook kerana terdapat pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad.

Kerajaan Pakistan mengambil tindakan menyekat akses ke Youtube untuk suatu tempoh yang belum diketahui

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) penyedia perkhidmatan Internet, Nayatel, Wahaj-us-Siraj berkata, PTA semalam mengarahkan sekatan serta-merta ke atas YouTube.

"Arahan tegas itu dikeluarkan kerana mereka mahu kami melakukannya dengan segera dan kemudian memaklumkan kepada mereka mengenainya," kata beliau.

YouTube pernah disekat selama setahun di Pakistan pada 2007 kerana menyiarkan video yang dianggap menyalahi ajaran Islam.
Kesan penyekatan akses keatas youtube mempunyai kesan positif dan negatif

Seorang pegawai PTA berkata, sekatan itu dikenakan selepas PTA mendapati beberapa karikatur Nabi Muhammad dipindahkan dari Facebook ke YouTube.

Sekatan ke atas kedua-dua laman web itu akan menyebabkan trafik Internet di Pakistan menurun sebanyak 25 peratus, kata Siraj.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nayatel, Wahaj-us-Siraj

"Sekatan itu akan memberi kesan terhadap keseluruhan lalu lintas Internet kerana kedua-duanya menggunakan antara 20 hingga 25 peratus daripada 65 gigabait yang digunakan di negara ini," jelas beliau.

Penerbitan karikatur serupa dalam akhbar Denmark pada 2005 mencetuskan protes di beberapa negara Islam.
Kira-kira 50 orang termasuk lima di Pakistan maut dalam protes di negara-negara Islam pada 2006 kerana membantah karikatur itu. - Reuters


Ashraf Said: Nilah kesannya bile bukan Islam yang menguasai dunia, isu sensitiviti langsung dipandang sepi, isu agama menjadi permainan sebagaimana bola sepak. Kuasa bukan sahaja merujuk kepada politik tetapi juga kuasa jenama, YouTube suatu kuasa dalam saluran video-video menggunakan kuasa mereka keatas umat Islam. What the hell....

2 comments:

iLLusion dinie said...

what the hell yourtube!
aq mmg xsuka sgt yourtube ni..
klo diorg boleh wat lukisan nabi..
kte pn leh jgk lukis mengenai tuhan diorg

Ashraf Zabidi said...

heh...what happen tu my tube...haha

Tapi kalau nak tengok you tube ade pro and cons..

Pernah terfikir tak nak download ceramah, video-video how to do that and this kat you tube ni...kite boleh belajar something dari youtube without any cost

Tapi yang x beknye, dia mengusik isu sensitiviti yg aku rasa (bukan rasa tapi absolutely feel) x patut...

"What The Hell"

Other Topics