Perancangan Masa Depan

Hanya ada tiga masa sahaja di dalam dunia ini, tadi, sekarang dan karang. Sekarang bakal menjadi tadi, dan karang bakal menjadi sekarang. Begitulah lumrahnya kehidupan kita. Rasulullah sendiri telah memendekkan masa dari tadi, sekarang dan karang kepada dua keadaan iaitu hidup dan mati.

My Idol, also a futuristic Tun Mahathir.....

Tapi di post ni bukanlah aku nak bercerita tentang hidup dan mati tetapi  aku nak bercerita tentang perancangan dan sesungguhnya perancangan kita tertakluk kepada perancangan Allah dan sesungguhnya perancangan Allah itu adalah lebih tepat. Walaupun perancangan Allah itu mutlak yang dipanggil takdir namun pepatah inggeris ada mengatakan "No one plan to fail, but many fail to plan".

Tapi kalau dah plan perlulah diikuti dengan usaha dalam pengimplementasian untuk memastikan perancangan tu berjaya. Kalau tak camna, itulah mengapa ada yang digelar "bercakap berapi tapi hampeh". Nak itu nak ini tapi last last cam tu gak le jadinyer, camtu bukan bermakna camtu yang menjadi tapi camtu yang cam takde ape2 perubahan. 

Anda rasa tanpa perancangan KLCC akan terbina tak?

Pada aku perancangan tu sangat penting kerana dengan perancangan suatu kejayaan boleh dicapai, sekadar perkongsian untuk pengetahuan di bilik saya di kolej sendiri saya ada sebuah papan putih yang mana saya tuliskan disitu perancangan saya untuk setiap masa, samaada jam, hari, minggu mahupun bulan. Bila nak study, bila nak main internet, bila nak makan, bila-bila je la suma saya aturkan tapi yang menjadi masalah bila saya suka ubah waktu tu ikut suka sendiri yang best saya panjangkan contohnya surf internet dan yang kurang best tapi bermanfaat cam study saya kurangkan atau pendekkan waktu dia. So pendek kata perancangan tu penting tapi kalau perancangan tu macam nak memusnahkan diri sendiri baik x payah ikut.

Mungkin kita pernah belajar betapa perancangan yang terbaik adalah perancangan mengikut kriteria SMART, atau Spesifik, Measureable (Boleh Diukur), Attainable (Boleh Dicapai), Realistik dan Timely (Mempunyai tempoh masa) tetapi perlulah diingat betapa perancangan yang dibuat tu perlulah positif kalau negatif baik tak payah ada perancangan. Contohnya perancangan untuk menghabiskan masa depan facebook dari pagi sampai ke pagi (24 jam).

It is good to be a futuristic but never forget about our root....

Bunyi cam 'poyo' je bila saya bercakap pasal bende-bende ni, tapi apa yang saya cakapkan atau coretkan disini sebenarnya dah menjadi rutin kita (merujuk kepada saya untuk lebih tepat). Sekadar perkongsian betapa perancangan itu penting, tapi x bermakna saya merupakan seorang "mastermind" dalam memikirkan apa2 perancangan-perancangan yang penting cam RMK dan sebagainya sebab saya bukanlah seorang bijak pandai yang tahu apa yang anda tahu. Okeh sekian...tooot...siaran tamat.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???