Selamat Tinggal Wahai Teman....


Mesej Dari PPMK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

PPMK merakamkan salam takziah buat keluarga Nur Nazihah atas pemergian Allahyarhamah pagi tadi.

Sehubungan dengan itu, majlis Solat Jenazah Ghaib akan diadakan di Event Hall, Dongyang Mirae University pada pukul 8.00 malam.

Majlis akan dimulakan dengan Solat Maghrib, Bacaan Yassin + Tahlil, seterusnya Solat Jenazah Ghaib.

En. Hanisan, PPL Seoul akan turut serta dalam acara ini.

Kepada pelajar-pelajar universiti yang lain, majlis solat jenazah ghaib juga akan diadakan di setiap universiti (Bilik Malaysia). Sama-sama luang masa untuk solat jenazah ghaib bersama-sama.

Kepada senior-senior yang ingin ziarah, jenazah Allahyarhamah Nur Nazihah akan dibawa pulang ke rumah (25 jalan 2/5 A, Bandar Sri Putra) dan insyaAllah akan dikebumikan selepas Asar.

Harap Maklum

Biro Agama dan Kebajikan PPMK

Mesej ini telah saya terima petang tadi dari PPMK (Persatuan Pelajar Malaysia Korea) namun saya masih cuba untuk menidakkan orang yang bernama Nazihah ini adalah insan yang pernah bersama-sama saya sewaktu di Korea dahulu. Dia jugalah yang menemani delegasi kami sewaktu membeli belah di Pasar Malam sekitar Seoul, namun tepat jam 1.15pagi, 27 Mei 2010, saya mendapat khabar dari Saudara Zul itulah orangnya, yang pernah sama-sama tertinggal keretapi laju sewaktu di Korea dahulu. Semoga Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Yang pasti, tiada lagi kelibat senyum manisnya tatkala kami bertanya tentang kehidupan pelajar Malaysia di Korea dahulu. Al-fatihah untuknya.... 

Seorang gadis kecil yang peramah walaupun baru sahaja berkenalan dengan delagasi kami namun Allah lebih sayangkan dia, dia jugalah yang memasak untuk kami sewaktu dimana kami menyambut Hari Raya Aidiladha di Seoul dahulu...

Beberapa Sumber Internet:
4. http://hunnybunnysaya.blogspot.com/2010/05/pergi-nya-seorang-insan-nazihah.html
5.http://izzi8990.blogspot.com/2010/03/s-p-e-e-c-h-l-e-s-s.html

Sewaktu Majlis Pengebumiannya (Sumber PPMK)

Semoga Allahyarhamah ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman...aminn...

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???