Masalah Gula Takkan Selesai

Hampir setiap tahun sejenis barang kawalan yang bernama GULA pasti menghadapi masalah kekurangan dan waktu kekurangannya hampir sama, jadi boleh saya simpulkan tiada langsung kawalan keatas GULA untuk menghadapi masalah kekurangan ini. 

Waktu sebelum bermula puasa dan menjelang raya antara waktu yang mana menampakkan kekurangan tersebut, ramai pekedai yang melaksanakan polisi "seorang pembeli sebungkus gula". Dimanakah KPDNHEP dalam isu ini. Pelbagai jawapan diberikan, namun pihak pekedai selalu sahaja disalahkan (Saya tak kata mereka tidak bersalah) namun begitu mengapa masalah ini berulang dan berulang. Macam-macam polisi nak digunakan, import sinilah import situlah....last last berlaku juga masalah gula ni.

Sebenarnya masalah kekurangan gula ini membawa seribu kebaikan antaranya ialah mengurangkan pengambilan gula dalam makanan bila kurang pengambilan gula, kurang jugalah yang menghadapi terlebih gula dalam darah, bila kurang yang terlebih gula dalam darah maka kurang jugalah yang akan menghadapi masalah Diabetes, dan apabila kurangnya yang menghadapi Diabetes maka kurang jugalah yang maut akibat daripada penyakit pembunuh ni. 

Ermm.....betol kan dalam setiap kekurangan ada kelebihan...dalam kekurangan gula ada kelebihan umur....hope so...

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis