Posts

Showing posts with the label My Word

Kisah Sebuah Pelangi

Image
Kadangkala dalam hidup yang kita sangka pelangi rupanya mendung, Mendung yang kita lihat pula rupanya pelangi,  Pelangi yang datang bukannya satu tapi banyak, Banyak warnanya tunggu untuk kita memilihnya,   Memilih pelangi yang tidak langsung mempunyai warna hitam, Warna Hitam yang tidak langsung akan terlintas lagi dihati,  Hati kini menjadi lebih ceria, Ceria kerana tidak perlu menipu sesiapa,  Menipu diri sendiri kini tidak lagi agar diri menjadi lebih  yakin, Yakin dalam memilih pelangi yang sudah tersedia suatu hari nanti. 

Tulis @ Tak

Aku tak tahu patut tulis atau tak patut tulis apa yang aku hadapi sekarang ni.....tapi menarik....tapi tak tahu nak tulis ke dak so jadi la entri yang camni...ha3 =p. Tapi tu la beberapa pengajaran yang aku boleh belajar sejak dua tiga hari ni, "jangan sesekali buat silap dalam hidup" mungkin ke kita x buat silap? Sila jawab sendiri k,  "jangan percayakan 100% kepada sesiapa sahaja sebab takut kelak orang yang buat kita percaya tu la yang membunuh hati kita" dan "jahat yang camne sekalipun kita ni, janganlah lupa doakan orang yang kita sayang bahagia sebab Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita"  K la tu je kot, sebelum berundur ada sesuatu untuk perkongsian kita bersama especially peringatan untuk diri saya sendiri: "Manusia tidak akan lari dari membuat kesilapan, jadi sebagai manusia yang mampu menegur kita tegur menegurlah kerana  tidak akan rugi orang yang menegur dan adalah sangat tidak baik dalam membuka aib kepada sesiapa pun se...

Blog = Buku = Sape Nak Baca ;)

Image
506 Post ni kalau samakan dengan satu helai mukasurat setiap post sama dengan 506 muka surat, kalau depan belakang sama dengan 253 mukasurat. Kalau buat tesis la ni dah boleh grad dah ni....ha3. Aku cuma terbayangkan kalau post2 aku ni dicetak cam buku.....wawawa boleh jadi JK Rowling ni. (Perasan la ko Acap, sape nak baca....wakaka).  Aku pun x sedar sejak menulis blog mulai bulan 6 tahun lepas (2009), tup2 dah hampir 500 lebih. So next target is 1000 plak kot. Dengan menulis (sincerely menaip) kita boleh meluahkan pandangan sendiri, tapi jaga2 blogging is not like writing a diary....seriously.Dengan gaya penulisan blog ni dah develop skill aku dan membuatkan aku berminat untuk masuk pertandingan2 esei dan dah menang pun kat peringkat universiti ngan negeri...tapi saguhati je la...wakaka...tapi alhamdulillah la kan. Takkan terus nak dapat nombor satu kot...terernye aku... Sebenarnya aku terfikir2, bukan pe menurut kajian Datuk Prof Mohd Fazillah Kamsah, kalau yang lahir bulan O...

Nowhere....

Image
Seemed he needs three years time for him to realized that its not for him. Wawawa.....its hard, why suddenly a black clouds came at the time when the rainbow start to show itself which at the same time, the sun starts to shining brighter. Although he knew what he wants but why it is too difficult the situation be, a stupid mistake give him thousands of difficulties even the opportunity seems will never come.  Maybe now, as a fact much earlier he felt that it is the time for withdraw, for him withdraw does not mean lost, but it means how to say no to something. Sometimes when we keep saying yes to something, then we need to learned to say no for something. It is very subjective like a football player dribbles the ball around the field without any goal. He don't know why suddenly the clock go anticlockwise and the word from yes become no, he knocked the door before and it never opened and now the time for others to knock the door.  He don't know how to cleared all the thin...

Terima Kasih Budi, "Thank You" Bahasa

Image
Pada suatu zaman dahulu ada dua orang rakan yang bernama Budi dan Bahasa.  Budi keturunan jawa manakala Bahasa pula dari keturunan yang bercampur-campur Melayu ada, Cina ada, India juga ada, pendek kata semua ada dan memang boleh dianggap Bahasa sebagai keturunan 1 Malaysia. Budi dan Bahasa berkawan baik seperti kata pepatah bagai isi dengan kuku atau bagai irama dengan lagu seperti kata Seniman Tan Sri P Ramlee. Tanpa Budi rosaklah Bahasa dan tanpa Bahasa sukar Budi untuk difahami. Budi ini sangat suka berbudi kepada semua insan yang ditemuinya tanpa mengira pangkat, darjat mahupun keturunan kerana satu prinsip yang dipegang oleh Budi selama ini iaitu “Yang bulat itu kendi, yang merah itu saga, Yang indah itu budi yang cantik itu bahasa” dan juga sentiasa memupuk nilai-nilai murni di dalam dirinya agar silratulrahim dapat dieratkan dan kasih sayang sesama manusia sentiasa terbina.   Manakala Bahasa pula mempunyai kemampuan untuk bercakap dalam pelbagai bahasa. Dia menguas...

Nostalgia Seorang Aku

Image
Pejam celik pejam celik dah hampir 3 tahun aku belajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam di  Shah Alam yang diberi nama Universiti Teknologi MARA. Aku sebenarnya berasal dari Ipoh namun Shah Alam sudah menjadi rumah kedua buatku. Bayangkan sahaja sewaktu cuti semester, aku terpaksa bercuti di Shah Alam disebabkan untuk mengikuti program-program yang diadakan di Universiti dan juga dalam menjalankan tugas sebagai wakil pelajar untuk berkhidmat kepada universiti yang dicintai ini.   Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) Di pagi hari seawal 8.30 pagi aku akan menuju ke Fakulti Perakaunan yang berpusat di Menara Sultan Abdul Aziz Shah atau SAAS untuk mengikuti kuliah dan kelas dan sebelum ke kelas biasanya aku akan bersarapan di Medan Selera Seksyen 2 dan antara juadah sarapan aku tentu sahaja Nasi Lemak ataupun Roti Canai sambil menikmatinya bersama teh tarik. Makanan ruji rakyat Malaysia rasanya. Medan Selera Seksyen 2 Shah Alam ...

Sapa Sebenarnya......

Image
Alhamdulillah dapat jugak aku merasai pengalaman pahit manis selama 22 tahun hidup di bumi tuhan ni. Dah bermacam-macam dugaan, cabaran, peluang dan bermacam-macam perkara aku harungi yang mana mendewasakan aku. Tapi kadang-kadang tu teringat jugak zaman kanak-kanak, lagi-lagi lagu yang aku belajar time muzik kat sekolah...ha3 my favorite subject other than PJ (Ada sesetengah panggil PT). Kebiasaannya ramai yang akan menyambut ulang tahun kelahiran tapi pernah tak terfikir sebenarnya bukan kita yang patut diraikan pada hari tersebut tetapi adalah ibu kita. Mengapa aku kata begitu, kerana pada hari inilah seorang ibu berkorban demi untuk anaknya, anaknya hanya tersenyum dalam tangisan bila menjengah keluar ke bumi Allah ini. Ibu kitalah kesatria untuk diri kita, tanpa dia kita tidak mampu mengenal dunia.... Sometimes mungkin ada yang akan kata, "eh ko anak mak tol la" so jawablah "dah memang aku anak mak  dan aku bangga jadi anak mak dan ayah aku". Heh never feel a...

Kita Merancang Allah Menentukan....

Image
Kita merancang Allah menentukan tu je yang aku boleh cakap sekarang nih. Walaupun ada kata bijak pandai "manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi manusia gagal untuk merancang". Namun kata-kata tu mungkin kita boleh lengkapkan dengan kata-kata hikmah "sesungguhnya perancangan Allah itu lebih tepat berbanding perancangan kita manusia yang merupakan hambaNya". Sekali kau jatuh tak bermakna kau akan jatuh beribu kali dan sesungguhnya "lebih banyak yang kita belajar dari kegagalan berbanding kejayaan". Andai kata minggu lepas aku cukup kecewa dengan result yang langsung terkeluar dari landasan sehinggakan gerabak diatas landasan tersebut terbalik. Awal minggu ni Aiman memberi khabar tentang program Rumah Anak Yatim yang mungkin tidak boleh dilaksanakan pada semester ni. Maknanya takwim program kena rombak balik...huhu dan sesungguhnya memang kita dah rancang dari awal tapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Mungkin Allah menghadirkan hujan dan kilat, k...

Semakin lama....

Kadang-kadang aku terfikir Semakin lama aku kenal... Semakin banyak pula persamaan... Entah la mungkin persamaan tu sekadar kebetulan Atau persamaan itu suatu perancangan Perancangan yang telah dirancang oleh Sang Pencipta Walaupun baru seminggu disini Aku sudah temui beberapa persamaan Entah la, kalau satu mungkin aku boleh rasakannya kebetulan Kalau dah sampai tiga...ermmm entah la Mungkin jugak aku sendiri yang terperasan Atau aku sendiri yang tersilap fakta Atau apa sahaja yang memungkinkan Adakah ini semua hanya sekadar satu kebetulan Atau suatu perancangan untuk sesuatu yang lebih agung Dari yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Tetapi perlu diingat suatu persamaan tidak semestinya suatu pertemuan Andai kata benar persamaan ini untuk suatu pertemuan Mungkin hari ni kita namakannya pertemuan esok pula kita namakan perpisahan.... Bahagiakanlah dirimu Anggaplah pertemuan kita ini Sebagai suatu catatan sejarah dalam "Sejarah Hari Ini" Yang bakal disimpan di Arkib.... Buk...

Pengalaman Mendewasakan Walaupun Berupa Kepahitan....

Kadang-kadang aku suka membaca kembali post-post aku yang terdahulu dan kadangkala membuat aku tersenyum sendiri. Post-post ni sebenarnya mengingatkan kembali kepada kisah-kisah terdahulu kerana pada aku blog ni seolah-olah diari, diari sebuah kehidupan yang mana watak-wataknya dimainkan oleh kita sebagai pelakon utama dan orang disekeliling kita sebagai pelakon sampingan yang memegang pelbagai watak, ibubapa, teman, rakan, suami isteri dan sebagainya. Ada sahaja post aku yang mungkin menyebabkan hati terasa pedih namun orang bijaksana ada mengatakan "kita lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding kejayaan". Tidak kisahlah gagal apa? Samaada kegagalan persahabatan, percintaan, perniagaan dan sebagainya. Itu semualah yang mampu menjadikan kita sebagai manusia yang lebih baik, bukan sahaja dari segi lahiriah tetapi juga dalaman. Membaca post sendiri di blog sendiri bagi sesetengah orang mungkin nampak "pelik", "weird" atau sebagainya tetapi pernah ta...

Sinaran Cahaya

Image
  Sinarilah hidup anda dengan 'torchlight' satu 'torchlight' mungkin tidak mampu menyinari dunia tapi andaikata beribu 'torchlight' ia mampu membuat satu dunia....membuat satu dunia kelihatan bagaimana yang anda kehendakinya"

Masalah Gula Takkan Selesai

Hampir setiap tahun sejenis barang kawalan yang bernama GULA pasti menghadapi masalah kekurangan dan waktu kekurangannya hampir sama, jadi boleh saya simpulkan tiada langsung kawalan keatas GULA untuk menghadapi masalah kekurangan ini.  Waktu sebelum bermula puasa dan menjelang raya antara waktu yang mana menampakkan kekurangan tersebut, ramai pekedai yang melaksanakan polisi "seorang pembeli sebungkus gula". Dimanakah KPDNHEP dalam isu ini. Pelbagai jawapan diberikan, namun pihak pekedai selalu sahaja disalahkan (Saya tak kata mereka tidak bersalah) namun begitu mengapa masalah ini berulang dan berulang. Macam-macam polisi nak digunakan, import sinilah import situlah....last last berlaku juga masalah gula ni. Sebenarnya masalah kekurangan gula ini membawa seribu kebaikan antaranya ialah mengurangkan pengambilan gula dalam makanan bila kurang pengambilan gula, kurang jugalah yang menghadapi terlebih gula dalam darah, bila kurang yang terlebih gula dalam darah maka kurang ju...

Facebook & Kedai Kopi

Image
Andaikata saya nyatakan bahawa Facebook telah pun menjadi Kedai Kopi Terbaru anda setuju tak dengan saya? Dengan hanya sekadar "type" dan "click" anda boleh menyertai laman sembang kedai kopi tersebut. Dengan kedai kopi ni jugak, kita tahu apa orang tu tengah buat, orang ni tengah buat, apa orang tu rasa, apa orang ni rasa dan kita juga tahu sapa couple ngan sapa, sapa bertunang, sapa bakal berkahwin, apa program yang bakal dijalankan dan kadangkala kita tahu sesuatu yang tak patut kita tahu.  Seperti yang telah saya katakan dalam post terdahulu yang bertajuk Era Facebook, Facebook mempunyai pro and cons yang tersendiri. Dahulu kita pernah terdengar betapa disebabkan YM, rumahtangga berkocak yang akhirnya membawa kepada penceraian dan pemecahbelahan keluarga. Pada pendapat saya yang kurang bijak ni, Facebook bakal membuat sesuatu yang lebih dari itu.....percayalah. Sekarang ni kesan dia kita tidak dapat lihat kerana kebanyakan pegguna facebook merupakan golongan ...

Perancangan Masa Depan

Image
Hanya ada tiga masa sahaja di dalam dunia ini, tadi, sekarang dan karang. Sekarang bakal menjadi tadi, dan karang bakal menjadi sekarang. Begitulah lumrahnya kehidupan kita. Rasulullah sendiri telah memendekkan masa dari tadi, sekarang dan karang kepada dua keadaan iaitu hidup dan mati. My Idol, also a futuristic Tun Mahathir..... Tapi di post ni bukanlah aku nak bercerita tentang hidup dan mati tetapi  aku nak bercerita tentang perancangan dan sesungguhnya perancangan kita tertakluk kepada perancangan Allah dan sesungguhnya perancangan Allah itu adalah lebih tepat. Walaupun perancangan Allah itu mutlak yang dipanggil takdir namun pepatah inggeris ada mengatakan "No one plan to fail, but many fail to plan". Tapi kalau dah plan perlulah diikuti dengan usaha dalam pengimplementasian untuk memastikan perancangan tu berjaya. Kalau tak camna, itulah mengapa ada yang digelar "bercakap berapi tapi hampeh". Nak itu nak ini tapi last last cam tu gak le jadinyer, camtu buk...

How To Add A Video To Your Blog

Image
Actually there are two ways to put the videos into your blog. 1. In the post From the video source websites such as YouTube @ Metacafe, there will be an embed html then copy it into the post that you want to.  Then publish post. You can see that a video or videos will be at the post that you wrote. 2. In the blog layout First chose the layout menu in the blog Then chose add a gadget menu in the layout menu Then add a HTML/Java Script in the "add a gadget" menu Then copy embed HTML into the HTML/Java Script  Save it then view ur blog Q:How to resize your video? Embed HTML Example:   <object width="640" height="385" ><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/_sarYH0z948&hl=en_US&fs=1&"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src=...

Siapa Sebenarnya Aku....

Image
Kadang-kadang orang mengukur orang lain melalui luaran jek sebab mungkin tak kenal dengan isi hati seseorang tu. Contohnya melalui blog, kalau ada yang rasa aku tulis boleh berinformasi dan ada sikit-sikit pasal Islam pasal agama dan terus labelkan aku ni suka membantu orang lain dan "kuat agama" salah sebenarnya. Iman aku senipis kertas A4 Double A dan aku pun bukannya orang yang berinformasi sangat pun. Come on, berbeza kalau nak fikirkan bila seseorang tu bercakap atau menulis, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya tapi kalau terlajak tulis pada facebook ataupun blog boleh tulis balik dan betulkan. Kadang-kadang kalau aku tulis sesuatu ayat cam tengah wat lawak tak bermakna aku ni seseorang yang suka buat lawak. Lawak atas kertas dan lawak perbualan lain sangat definisinya.  Kadang-kadang tu bila tulis tu kita ada banyak masa untuk berfikir berbanding dengan bercakap yang mana ia lebih spontan so disebabkan aku ni "kurang laju" (bukan lemb...

Era Facebook....

Sehingga hari ini dah hampir 7 bulan aku buka akaun Facebook (tak silap) namun hati ni masih merasa tak senang dan akan sentiasa rasa tidak tenang bila mengenangkan betapa "Muka Buku" ni dah menyumbang kepada pengaliran masuk wang ke Israel terutama sektor pertahanannya dalam menzalimi rakyat Palestin.Bukankah dulu aku yang forwardkan emel tentang kaitannya Facebook dengan Israel??? Bukankah dahulu aku yang dengan yakin menjawab "aku takkan bukak Facebook coz dia ada kaitan dengan Israel dan CIA" bila rakan-rakan bertanya soalan tentang FB....huh dimanakah aku.  Walau apapun sebab dan musabab yang aku berikan, satu demi satu nyawa tidak berdosa di Palestin menjadi mangsa. Memanglah ahli politik, penceramah-penceramah agama, ahli-ahli sukan dan hampir semua orang punyai FB tetapi pernah tak terfikir apa tujuan utama kita "berfacebook" yang lebih penting berbanding pembunuhan nyawa tidak berdosa tersebut. Pada aku, mungkin kita tidak mampu menolak era ...

Budaya "Tak Ape"

Budi bahasa budaya kita tapi kalau budaya "tak ape" pulak camna? Contohnya, "tak pe la karang aku buat", tak pe la tu dan takpe la ni. Tah la aku rasa budaya "tak ape" dah lama aku amalkan. Come on man, improve or it can kill ur self. Budaya "Tak Ape" suatu budaya melengah-lengahkan, let say it comes to opportunity, do you want to call it a "tak ape" for it? Kadang-kadang kerana "tak ape" suatu kebahagian itu mungkin hilang kerana "tak ape" juga, suatu hak boleh hilang. Memang "tak ape" itu suatu budi bicara tapi kadang-kadang manusia tak boleh terlalu baik dengan budi bicara yang dimiliki.Budi bicara yang terlalu baik bisa memusnahkan.  Bercakap berdasarkan fakta, bercakap berdasarkan pengalaman "contohnya kita (me sincerely) suka sangat katakan "tak ape" when it comes to study, tak pe sok ade lagi".Yup esok mungkin ada (andai umur panjang) tapi penah tak terfikir betapa esok kita ak...

Keperibadian Dari Gambar Rumahmu

Image
  Rumah Anda mengatakan bahwa Anda harus menjadi pemimpin. Yer kot....tah la Anda pandai mencari teman dan ketika tiba saat gembira anda membuat mereka gembira. Kegembiraan yang sebenar adalah membuat orang lain gembira. Anda banyak bicara dan bergaul. a.k.a banyak cakap ke? Kengkadang tu mungkin banyak cakap kot...haha. Tapi kene ingat bila banyak cakap, banyak salahnya, bila banyak salahnya banyak pula dosanya.... Jika Anda memiliki masalah, Anda butuh teman utk berbagi dengan Anda. Kadang-kadang kongsi dan kadang-kadang tak sebab ada masalah yang kita tak dapat kongsikan dengan orang lain.... Anda adalah orang yang ambisius. Yup, I'm ambitious but sometimes I did not achieved what I want to...huhu Anda akan menghindari sendirian, dan mencari pendamping jika memungkinkan. Boring kot dok sensorang takkan nak cakap ngan "wall", sep baek wall Facebook ada... Anda suka kegembiraan dan menciptakannya kemanapun Anda pergi. "Yang penting kita enjoyyy........

Secantik Balqis, Seindah Zulaikha

Image
  "Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA"