Facebook & Kedai Kopi
Andaikata saya nyatakan bahawa Facebook telah pun menjadi Kedai Kopi Terbaru anda setuju tak dengan saya? Dengan hanya sekadar "type" dan "click" anda boleh menyertai laman sembang kedai kopi tersebut. Dengan kedai kopi ni jugak, kita tahu apa orang tu tengah buat, orang ni tengah buat, apa orang tu rasa, apa orang ni rasa dan kita juga tahu sapa couple ngan sapa, sapa bertunang, sapa bakal berkahwin, apa program yang bakal dijalankan dan kadangkala kita tahu sesuatu yang tak patut kita tahu.
Seperti yang telah saya katakan dalam post terdahulu yang bertajuk Era Facebook, Facebook mempunyai pro and cons yang tersendiri. Dahulu kita pernah terdengar betapa disebabkan YM, rumahtangga berkocak yang akhirnya membawa kepada penceraian dan pemecahbelahan keluarga. Pada pendapat saya yang kurang bijak ni, Facebook bakal membuat sesuatu yang lebih dari itu.....percayalah. Sekarang ni kesan dia kita tidak dapat lihat kerana kebanyakan pegguna facebook merupakan golongan remaja yang masih belum berkahwin tetapi lihat sahaja 5 atau 6 tahun akan datang. Saya tidak mendoakan untuk itu tapi itu apa yang saya jangkakan akan berlaku. Saya tak kata, orang yang dah berkahwin sekarang tidak berfacebook, tetapi boleh tanyakan diri kita sendiri siapa yang lebih banyak masa berfacebook....hurmmm....
Dalam setiap kebaikan, datangnya dengan keburukan dan sebaliknya. Datangnya Facebook membawa kebaikan merapatkan hubungan sesama manusia tetapi datang juga dengan keburukan apabila pengaliran masuk dana dari FB ke Israel (industri pertahanan to be accurate) juga berlaku.Keburukan juga berlaku apabila kita terlalu asyik berfacebook yang menunjukkan betapa rajinnya kita membaca buku dan andaikata orang bertanya buku apa yang kita suka baca? Aku akan menjawab "Muka Buku" a.k.a FACEBOOK.
Comments
xsangka aq rajin bace buku cuti2 ni..
muka buku..
Kata pekerja harapan Wan Nazir & Co
Haha..