Kita Merancang Allah Menentukan....

Kita merancang Allah menentukan tu je yang aku boleh cakap sekarang nih. Walaupun ada kata bijak pandai "manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi manusia gagal untuk merancang". Namun kata-kata tu mungkin kita boleh lengkapkan dengan kata-kata hikmah "sesungguhnya perancangan Allah itu lebih tepat berbanding perancangan kita manusia yang merupakan hambaNya".

Sekali kau jatuh tak bermakna kau akan jatuh beribu kali dan sesungguhnya "lebih banyak yang kita belajar dari kegagalan berbanding kejayaan". Andai kata minggu lepas aku cukup kecewa dengan result yang langsung terkeluar dari landasan sehinggakan gerabak diatas landasan tersebut terbalik. Awal minggu ni Aiman memberi khabar tentang program Rumah Anak Yatim yang mungkin tidak boleh dilaksanakan pada semester ni. Maknanya takwim program kena rombak balik...huhu dan sesungguhnya memang kita dah rancang dari awal tapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Mungkin Allah menghadirkan hujan dan kilat, kerana dia nak mendatangkan mentari dan pelangi.

Abah jugak penah kata "in every case always expect the worst thing will happen not to be a pessimist but so then we can prepare for whatever circumstances that may happened". Lebih kurang camtu ar. apa yang abah cakap dicampur dengan grammar tunggang terbalik aku so camtu ar jadinya...haha Pendek kata dalam apa yang kita buat kita mesti selalu fikirkan apa yang terburuk yang mungkin berlaku so then kita boleh buat persiapan atau apa-apa plan yang mungkin boleh mengurangkan keburukan tu dari memberikan kesan yang besar kepada kita.

Tanpa usaha perancangan adalah sia-sia dan tanpa perancangan usaha tidak akan kenal kemana kita. Saya percaya bahawa pembaca saya jauh lebih bijak dalam menentukan perancangan masing2. Meskipun kita bukanlah perancang atau "Master Mind" untuk suatu perancangan yang besar tetapi at least jadilah "Master Mind" untuk diri sendiri. Contohilah Tun Mahathir yang mampu melihat dan berpandangan jauh dalam apa pun yang berlaku. Mungkin anda tidak hormati dia sebagai tokoh politik kerana mungkin politik yang diperjuangkan bukan selaras dengan anda tetapi contohilah pemikirannya, pemikiran seorang anak melayu bergelar doktor yang fikirannya masih sihat dan cergas walaupun umurnya sudah mencecah umur 80 tahun.

Sekian.  

Comments

Popular posts from this blog

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???

Teesside University Malaysian Society

Aidiladha 1432Hijrah