Siapa Sebenarnya Aku....

Kadang-kadang orang mengukur orang lain melalui luaran jek sebab mungkin tak kenal dengan isi hati seseorang tu. Contohnya melalui blog, kalau ada yang rasa aku tulis boleh berinformasi dan ada sikit-sikit pasal Islam pasal agama dan terus labelkan aku ni suka membantu orang lain dan "kuat agama" salah sebenarnya. Iman aku senipis kertas A4 Double A dan aku pun bukannya orang yang berinformasi sangat pun.


Come on, berbeza kalau nak fikirkan bila seseorang tu bercakap atau menulis, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya tapi kalau terlajak tulis pada facebook ataupun blog boleh tulis balik dan betulkan. Kadang-kadang kalau aku tulis sesuatu ayat cam tengah wat lawak tak bermakna aku ni seseorang yang suka buat lawak. Lawak atas kertas dan lawak perbualan lain sangat definisinya. 

Kadang-kadang tu bila tulis tu kita ada banyak masa untuk berfikir berbanding dengan bercakap yang mana ia lebih spontan so disebabkan aku ni "kurang laju" (bukan lembap....hehe) aku tak tau nak cakap apa bile bercakap untuk suatu tempoh yang lama..that's the real me.

So conclusionnya jangan judge me solely on my writing yang korang nampak baik sebab aku mungkin not up to your standard when we meet. Bukannya tiada self confidence but that is what I think I am.....Tengkiu....

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis