Pengalaman Mendewasakan Walaupun Berupa Kepahitan....

Kadang-kadang aku suka membaca kembali post-post aku yang terdahulu dan kadangkala membuat aku tersenyum sendiri. Post-post ni sebenarnya mengingatkan kembali kepada kisah-kisah terdahulu kerana pada aku blog ni seolah-olah diari, diari sebuah kehidupan yang mana watak-wataknya dimainkan oleh kita sebagai pelakon utama dan orang disekeliling kita sebagai pelakon sampingan yang memegang pelbagai watak, ibubapa, teman, rakan, suami isteri dan sebagainya.

Ada sahaja post aku yang mungkin menyebabkan hati terasa pedih namun orang bijaksana ada mengatakan "kita lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding kejayaan". Tidak kisahlah gagal apa? Samaada kegagalan persahabatan, percintaan, perniagaan dan sebagainya. Itu semualah yang mampu menjadikan kita sebagai manusia yang lebih baik, bukan sahaja dari segi lahiriah tetapi juga dalaman.

Membaca post sendiri di blog sendiri bagi sesetengah orang mungkin nampak "pelik", "weird" atau sebagainya tetapi pernah tak terfikir dengan membaca post-post ini kadangkala membuatkan kita bermunasabah diri sendiri, menilai kekurangan, mencari kebatilan dalam menjadi manusia yang mampu menceriakan hati orang lain dan juga dalam menjadi manusia yang lebih baik. 

Nak katakan tentang pengalaman? Boleh aku bagaikan diri sendiri seperti tin kosong yang tidak banyak pengalaman, apatah lagi ilmu di dada lagilah kurang. Tapi sekadar mencoret seribu bahasa yang aku rasakan aku boleh kongsikan bersama pembaca kerana pengalaman yang aku lalui sedikit sebanyak mungkin boleh membantu orang lain yang mungkin menghadapi situasi sama seperti aku kerana masalah kehidupan suatu sejarah dan bakal berulang generasi demi generasi kerana dengan sejarahlah kita mampu bergerak setapak demi setapak ke arah yang orang katakan sebagai kejayaan.

Salam blogger....      

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???