Langkawi The Legendary Island

Lepas dekat sebulan lebih planning, saya dan beberapa member daripada ofis telah berjaya menjadikan rancangan percutian kami suatu realiti pada 11 hingga 13 Oktober 2019. 



Pada hari pertama iaitu hari jumaat, kami bertolak dari KLIA2 dalam jam 8.25 malam berikutan hari tersebut merupakan hari kerja dan terpaksa mengambil penerbangan malam. Alhamdulillah, cuaca baik dan penerbangan Airasia yang kami gunakan menepati masa tanpa sebarang delay samaada untuk penerbangan pergi mahupun pulang walaupun penerbangan ini pada waktu malam.  

Percutian selama 3 Hari 2 Malam ini agak lancar berikutan cuaca yang baik dan hanya hujan renyai sesekali. Pakej ini mungkin tidaklah terlalu murah atau terlalu mahal namun agak selesa andai kata kita mahu membawa keluarga mahupun ibu ayah ke sini. Langkawi pada saya adalah sebuah destinasi yang cantik setanding destinasi yang pernah dikunjungi sebelum ini. 

Dua tempat tarikan utama yang tidak kami pergi adalah Island Hoping dan Puncak Gunung Machincang dengan menggunakan Skycable. Ini adalah atas sebab sebab keselamatan berikutan mengikut kepada ramalan cuaca yang dilakukan dijangka akan hujan lebat sewaktu lawatan kami ke sini.  

Itinerari

Hari Pertama

Bertolak Dari KLIA2 to Langkawi International Airport (8.25 Malam)

Check In Senyum Inn Hotel (10 Malam)

Hari Kedua 

Sarapan : Restoran Nasi Dagang Pak Malau

Makam Mahsuri

Haji Ismail Group (HIG)

Lunch: HBL Corner

Pemandangan Indah (Look Out Point)

Pasar Malam Kuah

Pantai Chenang


Hari Ketiga 

Sarapan: Restoran Mempelam

Telaga Harbour & Marina

Kaki Gunung Machincang

Lunch: Restoran HBL

Underwaterworld Langkawi

Idaman Suri (Tempat Jual Pinggan Mangkuk & Souvenier)

Tapak Beras Terbakar

Dinner: Selera Abang (Hadapan Senyum Inn)

Bertolak Balik Ke KLIA2 (9.40 Malam)


Perbelanjaan & Kos (Untuk 6 Orang)

Tiket Flight (Termasuk Paid Seat & 20kg Luggage) & Accomodation 3 Hari 2 Malam (Pakej AirAsia Holiday): RM1,807.68 @ RM301/Pax

Tambahan Satu Malam Bilik untuk Simpanan Luggage: RM70 @ RM12/Pax

Sewa Kereta : Serena RM200 untuk 2 Hari (Tidak Termasuk Deposit RM100): RM200 @ RM34/Pax

Petrol & Parking untuk 3 Hari 2 Malam: RM106 @ RM18/Pax

Entrance Fee

Makam Mahsuri: RM12/Pax

Dataran Lang: Free Admission

Taman Lagenda Langkawi : Free Admission

Marina Harbour Langkawi: Free Admission

Underwaterworld Langkawi: RM36/Pax

Average Cost (All In Including Flight Ticket, Hotel, Car, Ent. Fee, Parking Ex. Meal)/Pax : RM413/Pax

Shopping Attractions 
1. Haji Ibrahim Group (HIG) Complex
2. Kaki Gunung Machincang (Harga Coklat Lebih Murah Di Sini)
3. Idaman Suri

Restoran2 Menarik Sekitar Langkawi
1. Restoran Nasi Dagang Pak Malau (Suasana Tepi Sawah)
2. Restoran Mempelam (Roti Canai Terbaik & Kari ikan)
3. HBL Corner (Banyak menu nasi campur termasuk ikan bakar)
4. Restoran HBL
5. Restoran Julia Western Station (Menu western dengan harga yang agak murah)
6. Restoran Selera Abang


Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis