Europe Trip 2019 : Paris - London - Glasgow - Amsterdam

None Dialect Mug Glasgow Boy
You can take the boy out of Glasgow
but you can't take Glasgow out of the Boy
Syukur Alhamdulillah, setelah 30 tahun,  saya berjaya membawa ibu dan ayah kembali ke tempat saya dilahirkan dan tempat abah pernah belajar dulu iaitu Glasgow ,Scotland.

Perjalanan kami bermula daripada KLIA dan sampai ke Paris Charles De Gaulle (CDG) Airport keesokan harinya selepas transit selama 2 jam di Qatar Hamad International Airport melalui penerbangan Qatar Airways.  

Ini adalah kali ketiga saya ke eropah setelah tahun 2012 iaitu semasa mengikuti Program Pertukaran Pelajar di UK selama 6 bulan yang dianjurkan oleh Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam.  

Namun ini adalah kali pertama saya datang dengan ibu dan ayah setelah kali terakhir kami ke eropah adalah semasa aku lahir iaitu 30 tahun yang lepas.

Hari Pertama

Sesampai sahaja kami di CDG Airport, kami dibawa oleh pemandu ke Hotel Bruxelle Residence yang terletak lebih kurang 45 minit daripada CDG Airport. 

Pada hari pertama kami di sini kami hanya duduk di hotel untuk berehat setelah melalui penerbangan hampir 14 jam dan untuk menyesuaikan diri dengan jet lag dan time difference. 

Hari Kedua

Pada hari kedua, kami melawat tempat-tempat menarik untuk dilawati di sini termasuklah Louvre Musuem yang menempatkan lukisan Monalisa dan beberapa artifak sejarah yang lain. Kami juga melihat Notre Dame yang dikatakan senagai salah sebuah attraction di sana, sebab apa? Saya tak tau mungkin seni binanya yang unik.  Tidak jauh dari Notre Dame, kita boleh menikmati makanan halal di Restoran Chez De Jaafar. Makanan yang dihidangkan di sini adalah makanan Tunisia yang menepati citarasa kami kerana disajikan bersama nasi. Selepas itu kami terus ke Eiffel Tower untuk melihat menara yang menjadi pusat tarikan utama Kota Paris. 

Hasrat kami untuk ke Arc De Triomphe dan Champs Elysees terbantut berikutan demonstrasi tunjuk perasaan oleh kumpulan Yellow Vest yang menuntut kenaikan gaji tetapi kami bersyukur kerana dapat mengelakkan sebarang keadaan yang tidak diingini berlaku dan difahamkan ini adalah kumpulan demonstrasi terbesar apabila terdapat kumpulan lain juga yang mengikuti demonstrasi ini selain daripada kumpulan Yellow Vest sendiri dan dikhabarkan beberapa orang tercedera termasuklah seorang ibu mengandung dan anaknya.

Hari Ketiga

Pada hari ketiga kami bertolak ke London dengan menaiki keretapi Eurostar.  Di sini pengalaman berdiri selama 5 jam gara-gara percanggahan bidang kuasa di antara Perancis dengan UK disebabkan Brexit dan kerajaan Perancis protes dengan mengurangkan kakitangan imigresen yang menjaga border yang menyebabkan banyak train eurostar yang terpaksa dibatalkan. Kami sangat bersyukur kerana train kami tidak dibatalkan walaupun perlu menunggu agak lama iaitu dari jam 9 pagi hingga dapat masuk ke train pada jam 2 petang dan yang menariknya kami terpaksa berdiri. 

Sekiranya anda ingin melalui English Tunnel (Terusan Inggeris) salah satu cara adalah dengan menaiki train ini yang mana terowong ini dibina pada tahun 1988 dan digunakan sehingga ke hari ini yang menyambungkan kepulauan UK ke tanah besar Eropah melalui Paris.  

Berikutan kelewatan train selama 5 jam sesampai sahaja kami di London pada jam 6 petang, kaunter untuk mengambil kereta yang telah  kami tempah telah pun ditutup dan hanya akan beroperasi semula keesokan paginya. 

Di sini, kami terpaksa bermalam di Fairway Hotel yang tidak terletak lebih kurang 300 meter dari dari St Pancras Station untuk memudahkan kami mengambil kereta keesokan paginya kerana rumah Airbnb yang ditempah terletak agak jauh dari bandar dan pada musim-musim sejuk seperti ini malam akan lebih cepat dan panjang.   

Hari Keempat

Pagi hari keempat, kami terus mengambil kereta walaupun terpaksa membayar lebih berikutan kereta yang ditempah telah diberikan kepada orang lain. Perlu diingatkan apabila kita menggunakan kereta sewa seperti ini di coggestion area di London kita perlu membayar coggestion fee dan mungkin boleh disaman sekiranya tidak membayar fee tersebut.

Destinasi pertama kami pada pagi ini adalah Buckingham Palace untuk melihat perarakan tentera istana tersebut. Kali ini adalah giliran tentera Gurkha daripada India yang mengiringi pertukaran tentera di Istana tersebut. Biasanya tentera dari salah satu negara-negara Komanwel yang akan mengiringi pertukaran tersebut dan tentera-tentera Malaysia juga ada ke Buckingham Palace untuk pertukaran ini.

Kami menikmati makan tengahari di Malaysia Hall sebelum ke rumah Airbnb yang telah ditempah. Rumah ini agak selesa sesuai dengan harga nya dan terdapat banyak restoran makanan halal terletak di sekitar kawasan perumahan ini. Kami tidak menggunakan homestay di Paris kerana mendengar ketegasan kerajaan Perancis yang tidak mahu Airbnb bersaing dengan hotel-hotel di Paris.  

Hari Ke Lima

Pagi ini kami ke Zoo London untuk melihat salah sebuah Zoo terbaik  dunia yang mempamerkan pelbagai jenis binatang termasuklah gorilla, penguin dan unta yang pada kami sangat besar berbanding unta-unta yang biasa kami tengok. Ini adalah kali pertama kami datang ke zoo sebelum zoo memulakan operasi, kami tiba di Zoo tersebut pada jam 9 pagi dan operasi hanya bermula pada jam 10 pagi.

Hari Keenam

Pada pagi ini kami terus ke lapangan terbang Stansted yang terletak lebih kurang 45 minit dari rumah Airbnb yang kami sewa dan yang merisaukan kami kerana keadaan kesesakan tidak dapat diagak kerana adalah waktu puncak untuk warga London.

Pada jam 12 tengahari kami berlepas ke Edinburgh dan menyewa kereta untuk ke  Glasgow.  Perjalanan daripada Edinburgh ke Glasgow mengambil masa sekitar 45 minit.

Sesampai kami di rumah Airbnb yang ditempah kami dijemput oleh tuan rumah untuk masuk. Harga Airbnb di sini walaupun hampir sama dengan harga yang dibayar di London namun kita boleh dapat rumah yang landed dan lebih selesa berbanding di London. 

Hari Ketujuh
Hari ini adalah hari menjejak sejarah tempat universiti ayah aku belajar, tempat kami pernah tinggal dan tempat aku dilahirkan 30 tahun yang lalu. Kami ke Kelvingroove Art museum and park yang mana tempat biasa ibu bawa aku jalan-jalan dalam stroller dulu. 

Setelah itu kami menikmati makan tengahari di KFC, lain sikit rasa KFC di sini kerana agak masin dan sos yang diberikan langsung tidak sama dengan sos yang kita gunakan di Malaysia. Daripada 900 lebih cawangan KFC sekitar UK hanya 110 yang mempunyai sijil Halal dan anda boleh periksa website KFC UK untuk check cawangannya yang halal. (Website KFC UK)

Hari Kelapan
Pagi ini kami bertolak ke Edinburgh semula untuk solat Jumaat di Masjid dan menginap di  Edinburgh Mariott Airport Hotel bagi bersedia bagi penerbangan keesokan harinya ke Amsterdam dengan menggunakan Easyjet. Kalau nak dibandingkan Easyjet dengan Ryan Air, pada aku Easy jet lebih seleasa berbanding Ryan Air yang kami gunakan untuk ke Edinburgh dari London tempoh hari.  


Zaanse Schans
Hari Kesembilan

Disebabkan flight pagi ini agak awal iaitu pada jam 6.45 pagi, kami terpaksa bertolak daripada Hotel pada jam 3.45 pagi untuk memberikan masa bagi pemeriksaan kastam dan imigresen (UK Border Authority).

Sesampai kami di Amsterdam, pemandu kami menghantar kami ke tempat penginapan di Amsterdam Travel Hotel. Pemandu ini berasal daripada Turki dan bercerita tentang Airport di Istanbul yang baru dibuka dan tempat-tempat menarik di Turki yang mana mungkin kami akan menjadikan Turki sebagai destinasi kami seterusnya insyallah. 

Rehat di hotel dan pasar bunga 

Hari Kesepuluh

Pada pagi ini kami ke Amsterdam Centraal untuk mengambil train untuk ke Zaanse Schans bagi melihat kincir angin yang mana sangat popular di Amsterdam. Perjalanan dengan keretapi akan mengambil masa sekitar 15 minit, dan suasana pagi di sini sangat

Hari Kesebelas

Antara tempat yang wajib di lawati di sekitar Amsterdam adalah Keukenhoff yang terletak 30 minit daripada bandar Amsterdam yang mana merupakan tempat pengemar taman bunga yang hanya di buka dari 21 Mac hingga 10 Mei setiap tahun. Anda boleh membeli tiket yang dipakejkan bersama transport di dalam website taman tersebut.

Harga souvenier di taman ini agak mahal, sekiranya anda mahu souvenier yang murah anda mungkin boleh cari di sekitar floating market atau Bloemenmarkt. 

Hari Kedua Belas

Pada pagi ini kami bertolak ke Paris semula untuk pulang ke Malaysia dengan menaiki Thalys Train. Kami hadir awal kerana menjangka masalah berdiri selama 5 jam seperti hari ketiga mungkin berlaku namun kami lupa apabila travel di antara negara Schengen, proses menjadi sangat mudah kerana tiada pemeriksaan kastam dan imigresen di antara negara Schengen dan hanya terus naik ke train yang mana semudah menaiki train ETS dari Ipoh ke KL Sentral. Di dalam laluan dari Amsterdam ke Paris, kami singgah sebentar di Brussel Belgium untuk train mengambil passenger. 

Setiba di Paris, driver kami menunggu untuk membawa kami ke IBIS CDG Airport Hotel untuk penerbangan pulang keesokan harinya. 

Hotel ini harganya berpatutan dan adalah within walking distance sekitar 240 meter untuk ke Airport. 

Hari Ketigabelas

Pulang ke Malaysia dan tiba pada jam 8.30 pagi keesokan harinya syukur kepada Allah kerana perjalanan berjalan seperti yang dirancangkan dan kami sempat sampai pada hari konvokesyen adik bongsu ku.














*********************Kos & Perbelanjaan********************* 

Flight & Train Ticket
Return Flight Ticket - KLIA - CDG                             : RM 3,036
* Anda boleh dapat yang lebih murah sekitar RM1900, kami membuat tempahan tiket last minute berikutan perubahan tarikh konvokesyen ke 90 UiTM. 

Tiket Train Eurostar Dari Paris ke London                   : RM264 (56 Euro/Pax) 

Tiket Flight Easyjet Dari London ke Glasgow             : RM159 (30 GBP/Pax)

Tiket Train Thalys dari Amsterdam ke Paris                : RM198 (42 Euro/Pax)


Hotel & AirBnb Accomodation
- Fairway Hotel (Tengah bandar London)                : GBP80/Night (RM424) For 1 King Bed Room
- Hotel Residence De Bruxelle                                 : RM445/Night for 4 Single Bed Room
- Airbnb London                                                       : RM457/Night Suitable For Six Pax Apartment
- Airbnb Glasgow                                                     : RM343/Night For 2 King Bed Room Apartment
- Travel Hotel Amsterdam                                        : RM173 (36 Euro/Pax for 4 Bed Shared Room)

Car Rental/Public Transport Fares
- Paris Public Train (10 tickets in 1 carnet package, 1 way 1 ticket) : EURO14.90 (RM72)
- London Car Rental                                                       : RM406/Day suitable for 4 Pax
- Glasgow Car Rental                                                     : RM350/Day
- Amsterdam to Zaanse Schans (Return Train)              : EUR5.4/Pax (RM26)
- Amsterdam to Zaanse Schans (Return Ferry)       : EUR9.43/Pax (Due to timing we use train instead of ferry)
https://www.zaanferry.com/en/

Attractions 
- Louvre Museum                                                              : EUR17.5/Pax
https://www.ticketlouvre.fr/louvre/b2c/index.cfm/calendar/eventCode/MusWeb

- Eiffel Tower View                                                           : Free

- Notre Dame View                                                            : Free

- London Zoo                                                                     : GBP 25/pax
https://www.zsl.org/ticket/zsl-london-zoo

- Kelvingroove Museum and Park                                     : Free

- Edinburgh Castle                                                              : GBP17/pax
https://www.edinburghcastle.scot/

- Zaanse Schans Entrance                                                   : Free

- Keukenhoff  including return ticket from Amsterdam     : EUR30/pax (Only Open from 21 March - 10 May Every Year) https://keukenhof.nl/en/

Parking Information
- To pay online for Parking in the UK please register with RingGo Mobile Application. Please ensure whether the parking is a public parking and there are free spaces for parking before any payment been made.
https://www.myringgo.co.uk/bookparking
- London Conggestion Fees:   GBP11.50/Day
https://tfl.gov.uk/modes/driving/congestion-charge

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis