Naib Canselor UUM didenda RM5,000

 Tan Sri Dr Nordin Kardi

ALOR SETAR 25 April - Mahkamah Tinggi di sini hari memerintahkan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi membayar denda RM5,000 kerana kesalahan menghina mahkamah dalam tempoh dua minggu atau menjalani hukuman penjara sebulan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zamani Abdul Rahim mengeluarkan perintah itu selepas menolak rayuan Dr. Nordin bagi penangguhan pelaksanaan hukuman denda itu sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Pada 3 Februari lalu, Dr. Nordin didenda RM5,000 atau penjara sebulan kerana gagal melaksanakan perintah injunksi yang dibuat Mahkamah Tinggi di sini yang menghalang universiti itu menganjurkan program pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA). - Bernama

Seorang Naib Canselor yang sudah banyak menyumbangkan baktinya kepada pembangunan IPTA-IPTA seluruh Malaysia 

Disebalik isu menciplak karya dan isu politik semasa, secara realitinya Tan Sri sendiri bukanlah calang-calang orang, beliau adalah Presiden Persatuan Universiti-Universiti Malaysia, Yang di-Pertua Persatuan Badan-Badan Berkanun Malaysia dan Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia.Untuk pengetahuan juga beliau adalah orang penting di dalam penubuhan LAN atau Lembaga Akreditasi Negara atau juga dikenali sebagai MQA.

Beliau bersama Negarawan Terulung Negara, Tun Dr Mahathir...

Oleh sebab jasa beliau di dalam bidang pendidikanlah mengapa beliau dianugerahkan dengan Anugerah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang Dipertuan Agong pada 2 Jun 2007. Pada saya juga kes saman ini hanyalah cabaran sebesar butiran pasir yang ditempuhi beliau dalam menjalankan tugas beliau memartabatkan imej Universiti Utara Malaysia dan seterusnya pendidikan di Malaysia. Semoga Maju Jaya Tan Sri...

 Dahulu LAN sekarang MQA....

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis