Idea Oh Idea....

Idea 

Idea....
Dimana kau ...
Tatkala aku bertanya....
Apa yang ada di hadapanmu...
Apa yang ada di fikiranku...
Adakah sebuah angan-angan yang belum nyata...
Ataupun sebuah fakta yang sudah menjadi sejarah dalam lipatan..

Idea....
Kau anugerah Allah kepada manusia yang dikehendakinya...
Kau anugerah yang bukannya untuk dibangga-banggakan 
Kau juga bukan untuk diagung-agungkan...
Tetapi kau adalah suatu perkongsian diantara manusia dengan manusia
Dan juga antara manusia dengan alam yang fatamorgana....


Idea 
Kerana kau Neil Armstrong ke angkasa....
Kerana kau juga Ibnu Sina digelar bapa sarjana...
Jangan kita lupa kita lupa wahai manusia
Kerana kita tersalah idea dunia menjadi sengketa

Idea....
Aku selalu bertanya tatkala kau tiada...
Mengapa kau tiada, mengapa kau pergi....
Adakah aku insan yang suka menyepi denganmu...
Ataupun aku sudah terlalai dari mana Penciptamu...
Kerana aku manusia yang kadangkala alpa dengan idea pemberian Penciptamu...

Sajak ni aku buat sebab tak tahu lak nak tullis tajuk ape esei ketiga untuk Kempen Budi Bahasa ni. Ya Allah, berikanlah aku ilham untuk melahirkan sebuah esei yang baik. Dua esei sebelum ni yang bertajuk "Amalkan Sifat Mahmudah, Elakkan Sifat Mazmumah Kunci Ketinggian Budi Bahasa" & "Kisah Prof Dr Budi & Prof Dr Bahasa" telah pun siap , alhamdulillah. Kini esei ketiga aku iaitu esei terakhir yang akan aku hantar menjadi tanda tanya...tak menang tak pe yang penting aku dapat mengembangkan bakat menulis yang cam tah apa-apa ni kepada ada apa-apa dan daripada cam ada apa-apa kepada yang lebih daripada apa-apa. "We must think optimistically in whatever we do but don't ever proud of yourself coz a feeling of proud may kills a star in you". Not saying that I have a star in me but what I want to say is whoever you are you must know that it belongs to Allah S.W.T. but believe in one thing that everyone born with a star (or stars) in them, the matter is how you use the star to help others.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis