Followers

Wednesday, 14 April 2010

Zoo Negara Meletup....

Lama jugak sebenarnya tak pergi Zoo Negara ni, kalau Zoo Taiping tu baru je la gi masa bulan 2 aritu with my family, Taiping Safari yang tak nampak apa-apa tu ye Iqa....hehe so conclusionnya sapa yang nak g Taiping Safari tu bek x payah sebab x nampak apa pun and baik pergi pagi-pagi at least nampak jugak binatang yang ada.
Zoo Negara...tempat yang menjadi lokasi Filem Masam-masam Manis Pada Suatu Masa Dahulu....

11 aribulan Mei ni ada Program Anak Angkat di Zoo Negara so boleh pegang penguin....hehe (melawak je). Program ni sebenarnya berkonsepkan khidmat komuniti akan diadakan dari 6.15 pagi sampai kol 5 petang. Tak kenal maka tak cinta, at least apa kata kita search apa tu Zoo Negara.
Ensem gak pak cik rimau nih....

Zoo Negara Malaysia diuruskan oleh Persatuan Zoologi Malaysia yang mana merupakan sebuah badan NGO (Non Govermental Organization) yang dibentuk untuk membina zoo pertama di Malaysia. Kini zoo ini sudah berusia 47 tahun dan zoo ini juga telah popular di serata dunia dan ia mengandungi 5137 haiwan dari 459 spesies dari jenis mamalia, ikan, reptilia, amfibia dan Somalia...hehe.
 Dr Mohamad Bin Ngah 

Key persons yang menguruskan zoo negara iaitu Pengarah Zoo Negara ini ialah Dr Mohamad Bin Ngah beliau dibantu oleh  Dr. Muhammad Danial Felix (Timbalan Pengarah), Linda Binti Salim (Admin), Zahri Bin Ibrahim(Finance) dan Mary Tan Ah Ta (Hubungan Awam & Pemasaran)
Ni nama dia Tapir....eh bukan orkid lah...hehe

Organisasi ini memegang 5 asas penting di dalam menguruskan zoo ini iaitu:
1. Pendidikan
2. Pemuliharaan
3. Penyelidikan
4. Rekreasi
5. Latihan

Tapi kan kalau nak tahu lebih lanjut boleh la lawat website ni sebab x bertujuan nak tulis  panjang-panjang macam wat thesis...hehe. (Click Here) 

Tapi kan anda tahu tak kat Zoo ni boleh menganjurkan sambutan hari jadi dan Hari Keluarga...check it out.
 Kek Ala Zoo Negara....wallamak sedap giler...

Kat sini gak anda boleh cari anak angkat so apa tunggu lagi lets conserve our environment, love these animals then the animals will love u back so then u cannot back home....haha.
Calon-calon yang boleh menjadi anak angkat anda....lets adopt these wild animals...

Mengikut kepada statistik yang ada, penyumbang terbesar Zoo ini ialah HSBC Bank Malaysia Berhad. Total sponsorships from all sponsers accumulated up to RM 686,212.00. Other sponsors including Petronas, Exxonmobil, AmMerchant Bank, Maybank, Lion Group, ING Insurance Berhad, Carlsberg Brewery, One Utama, and also a few schools sponsored them such as Sekolah Sri Kuala Lumpur. Ermm seems that there are no universities sponsoring them....why not we be the first to sponsor them. 


Nak jadik volunteer pun boleh bukan takat nak jaga binatang nak bawak balik binatang tu pun boleh, antara bantuan yang boleh diberikan oleh seorang volunteer dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu promosi, pengayaan sumber, penyelidikan, pendidikan, pembantu penjagaan binatang-binatang, pusat sumber, dan macam-macam lagi le. 

From education perspective, they also offering educational package for individual and groups for one who want to be a volunteer. Let say you want to make a volunteer group to Zoo Negara for volunteering jobs then you can fill up this form (Click Here Form 4)

15 Peraturan & Prosedur Sukarelawan Zoo Negara

1. Wakil kumpulan sukarelawan mesti menghubungi bahagian Pendidikan sekurang-kurangnya 1 hari sebelum melakukan kerja sukarelawan untuk memastikan atau membatalkan program pada hari yang telah ditempah.

2. Wakil kumpulan sukarelawan mesti membawa senarai nama sukarelawan terkini yang hadir bersama nama penuh, ic, passport, no telefon, dan tandatangan dan ia dihantar ke bahagian Pendidikan pada hari program dijalankan.

3. Sukarelawan mesti memakai seluar panjang dan kasut bertutup Baju tidak berlengan dan barang kemas tidak dibenarkan untuk dibawa dan rambut panjang mesti diikat kemas.

4. Bawa borang yang disediakan pada hari program dan mesti tiba sebelum jam 8.15 pagi dan sekiranya tidak anda mungkin terpaksa memilih tarikh lain. 

5. Kerja yang diberikan mungkin tidak sama dengan apa yang diharapkan oleh para sukarelawan dan handphone mestilah di dalam keaadaan silent mode semasa program.

6. Tag Sukarelawan mesti sentiasa dipakai di premis zoo tersebut dan tag tersebut mesti diserahkan di kaunter Bahagian Pendidikan Zoo selepas kerja tamat.

7. Sukarelawan tidak dibenarkan merayau di kawasan zoo selepas waktu kerja tanpa kebenaran pegawai bertugas.

8. Masa rehat adalah antara jam 10-10.20pagi, 12-1petang, 1-2petang, dan pada hari Jumaat 12.45 - 2.45pm. 

9. Sukarelawan tidak dibenarkan masuk ke bahagian-bahagian lain kecuali dengan kebenaran.

10.Tidak mengambil gambar atau video kecuali dengan kebenaran.
11. Tidak dibenarkan memberi makan atau masuk ke kandang-kandang kecuali dengan kebenaran.

12. Para sukarelawan mesti berdisplin dan mengikut arahan para pekerja di setiap stesen yang ditugaskan.

13. Pengurusan Zoo Negara tidak bertanggungjawab diatas sebarang kehilangan, tuntutan, kerosakan, atau kecederaan kepada sukarelawan atau harta miliknya.
14. Sijil hanya akan diberikan kepada para sukarelawan sekiranya melakukan kerja-kerja sukarelawan sekurang-kurangnya 40 jam.

15. Dimaklumkan andai kata sukarelawan membawa keluarga sewaktu bertugas, mereka perlu membayar harga tiket zoo. 


 We are here...define here pleaseee....

Berbalik kepada tajuk post Zoo Negara meletup sebenarnya tak meletup pun saje je wat korang panik...hehe jangan marah ek, T cepat tue...Ampon pak amponnn...

6 comments:

Lyna said...

ape maksud leh pgg penguin?
tue perli sesapekah?

Ashraf Zabidi said...

takde, Ada sesapekah yang terasa...tepuk dada tanya penguin...haha.

Lyna said...

penguin jauh kt africa ...
camne nk tye

Ashraf Zabidi said...

cube YM penguin tu....dunia dah majuuu

Lyna said...

xleh ...
dlm air intenet xdpt connection

Ashraf Zabidi said...

Mane taw? Ari2 okeh jek dalam citer Wonderpet...haha.

Other Topics