Al-Quran Penajam Akal

Semalam masa nak keluar lepak kat Uptown, aku terdengar salah satu rangkap di dalam ceramah di surau Kolej Jati yang berbunyi ".....membaca Al-Quran boleh menajamkan akal....". Dalam sibuk-sibuk untuk keluar, tersentak jugak aku bila terdengar rangkap ceramah tu, aku seolah-olah terfikir kembali kenapa aku rasa sesuatu yang tidak cukup pada setiap hari. Aku mula tertanya bilakah kali terakhir aku membaca al-quran, ermm...Yassin pun jarang-jarang aku baca, inikan pula Al-quran.....huhu.


Rasulullah meninggalkan kita dengan dua sumber rujukan utama Alquran dan Sunnah

Terfikir jugak aku, kalau katalah dalam usia yang Allah berikan ini tidak panjang, apakah lagi yang ada pada amalan-amalan aku. Ermmm....tepuk dada tanya iman, tapi kalau iman pun macam tin kosong apakah yang kita hendak tepukkan. Sebenarnya aku memang mengakui betapa membaca Al-quran itu menajamkan fikiran, aku dahulu di matrikulasi selepas je kelas petang yang abis dalam jam 4 petang akan ke Surau untuk menunggu solat Asar dan kemudiannya membaca beberapa helai mukasurat Al-quran tapi kiniiii.....hampeh. Bukan kata baca quran, nak gi masjid atau surau pun susah. Kalau gi pun hanya masa Solat Jumaat....

Begitulah alpanya insan yang menulis blog ini dan tidak hairanlah mengapa "Pak Cik pelik" semalam menyatakan betapa aku dah jauh menyimpang dari jalanNya. Terima kasih kepada "Pak Cik Pelik" yang menasihatkan aku sewaktu kami di Mydin sejurus selepas lepak sebentar di Uptown. Antara rangkap yang Pak Cik itu cakap " cuba kamu belajar sesuatu dari dia (sambil merujuk kepada rakan aku si Zaimi)....", balik je Zaimi bagitahu "...kalau ko belajar dari aku Acap, ngan ko pun rosak sekali....", memang la si Zaimi ni tidaklah alim sangat (kot....) tapi mesti ada sesuatu yang aku boleh belajar dari dia cam Pak Cik tu kata "learn from him....". Sebelum berlalu, Pak Cik tu ada mengajar cara untuk mendapatkan ketenangan jiwa iaitu dengan cara:

1. Selawat 7 kali
2. Doa mohon kepada Allah untuk memohon keampunan.
3. Mengucapkan istifgar...
4. Tutup mata sambil menyebut nama Allah
5. Tarik nafas dan hembus.


Dan sambil berlalu pak cik tu ada kata kalaulah kamu bermimpi berjumpa dengan sesuatu yang "mengarut" just abaikan dan tetapkan iman kepada hanya yang satu iaitu Allah S.W.T. Lepas tu pak cik tu dan kami pun berlalu dengan kerja masing-masing. Pulang sahaja, aku terus mencapai ke laman blog yang telah siap tersedia untuk berkongsi dengan anda tentang ilmu yang aku perolehi tu....Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis