Followers

Sunday, 18 April 2010

Achik Spin Pulang Ke Rahmatullah.....

Rasanya belum masuk sebulan Din Beramboi meninggalkan kita dan belum sempat permata lain menggantikannya menyinar di dalam industri hiburan. Namun sesungguhnya ajal itu bukannya sesuatu yang akan menunggu walau sesaat dan ajal itu juga tidak mengira umur samaada yang muda mahupun tua. 

 Allyarham bersama isterinya sewaktu majlis pernikahannya.....

Petang tadi, seorang lagi permata industri hiburan dari Kumpulan Spin yang pernah popular dengan lagu Memori Berkasih dan Hadirlah Mustika yang mana merupakan salah satu lagu kegemaran saya, Achik Spin (atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari , 28 tahun) telah pulang ke Rahmatullah akibat daripada kemalangan Jalan Raya di KM14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (LEKAS).
Andai kata kita yang tidak rapat dengannya merasai kehilangannya apatah lagi orang yang rapat dengannya iaitu keluarga yang tersayang 

Allayarham yang menaiki MPV, didakwa terbabas lalu terbakar di haluan tersebut. Kemalangan ini disahkan oleh Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah. Allahyarham dihantar ke Hospital Tunku Jaafar untuk urusan selanjutnya.

Estima yang terbakar pada jam 7 petang 17 April 2010....

Kepada semua pengguna jalan raya diharapkan agar kes ini dijadikan teladan agar tidak berulang, ingatlah orang yang tersayang.Semoga arwah diletakkan dikalangan hambaNya yang beriman.Al-Fatihah.-Ashraf Zabidi

Ahli Keluarga Achik....dulu Along Spoon, sekarang tiba pula pemergian Achik....Al-Fatihah

1 comment:

Ashraf Zabidi said...

Video sejurus selepas kemalangan oleh kamera amatur.

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1113976147810

http://www.youtube.com/watch?v=4zSRn1pTN2A

Other Topics