Akibat Tidak Membaca Emel....

Aku baru bukak emel aku pada petang ini dan ini emel yang aku terima bukan untuk berbangga tapi untuk menyeru kepada semua orang lain agar rajin-rajin bukak emel  dan tidak buat cam aku dan yang kat bawah ni aku menang sebab aku sorang jek yang masuk pertandingan ni kot, Aku bukak emel ni pada 27 Mac padahal event ni 26 Mac....huhu.

Assalamualaikum w.b.t

Keputusan Pertandingan Menulis Esei "Bersama Lakukan Perubahan, Perangi Rasuah"

Sukacita dimaklumkan saudara telah dipilih antara pemenang Pertandingan Esei yang dianjurkan oleh Pihak PTAR dan SPRM.

Sehubungan dengan itu,saudara dijemput hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah seperti ketetapan berikut:

        Tarikh        : 26 Mac 2010 (Jumaat)
        Masa        : 3.00 petang
        Tempat : Aras 2, PTAR 1

Sekian, Terima Kasih

Apa-pun terima kasih kepada Pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak kerana bagi aku peluang untuk menyertai pertandingan menulis esei pada kali ini dan semoga SPRM dengan bantuan Kementerian Pengajian Tinggi dan IPTA/IPTS dapat membantu melahirkan graduan yang bebas rasuah.Sekian

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis