Followers

Saturday, 20 February 2010

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???


Enron Corporation

Skandal Enrol, ditemui pada Oktober 2001, yang mana menyebabkan kepada kebankrapan Enron Corporation, sebuah syarikat sumber tenaga Amerika yang berpusat di Houston, Texas dan juga membawa kepada pembubaran syarikat Arthur Andersen, yang mana salah satu daripada 5 firma audit dan perakaunan terbesar dunia. Ia juga adalah kebankrapan terbesar dalam sejarah Amerika pada masa tersebut dan tidak dapat disangkal lagi adalah kelamahan audit terbesar.

Kenneth Lay, Pengasas Enron
Enron diasaskan oleh Kenneth Lay pada tahun 1985 setelah penggabungan di antara Hounston Natural Gas dan InterNorth. Selepas beberapa tahun, apabila Jeffrey Skilling dilantik sebagai salah seorang pekerja di Enron, dia membentuk staf eksekutif yang mencari dan menggunakan lompang yang wujud dalam perakaunan, entiti tujuan khas, dan penghasilan laporan kewangan yang tepat yang mana dapat menyembunyikan berbillion hutang yang terhasil daripada projek dan perjanjian syarikat tersebut yang gagal. Ketua Eksekutif Kewangan (CFO) Enron pada masa itu, Andrew Fastow dan beberapa eksekutif yang bertanggungjawab menyebabkan kekecamukan di dalam Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Audit Risiko Tinggi Perakaunan timbul dan juga mengadakan tekanan keatas Andersen untuk tidak menghiraukan isu dalaman syarikat yang berlaku.

Sewaktu Perbicaraan Kes

Harga saham Enron, mencecah US$90 Dollar sesaham pada pertengahan tahun 2000 menyebabkan pemegang saham rugi hampir $11 Billion apabila ia jatuh mendadak kepada kurang daripada $1 pada akhir November 2001. Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran Asing Amerika Syarikat memulakan penyiasatan dan Dynegy ditawarkan untuk membeli syarikat ini pada harga panas dan apabila transaksi itu hampir dilakukan, Enron memohon untuk diisytihar bankrap pada 2 Disember 2001 dibawah Perkara 11, Kod Kebankrapan Amerika Syarikat. Dengan aset yang bernilai hampir $63.4 billion, ia adalah syarikat korporat terbesar dalam sejarah Amerika sehingga kebankrapan World Com pada 2002.

Enron adalah kes bankrap terbesar pada tahun 2001 manakala World Com pada 2002
Kebanyakan eksekutif di Enron dikenakan tindakan undang-undang dan akhirnya dipenjarakan. Auditor syarikat, Arthur Andersen pula disabitkan kesalahan di Mahkamah Negeri tetapi pada kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi AS, dan syarikat itu hilang kebanyakan daripada pelanggannya dan terpaksa ditutup. Pekerja dan pemegang saham menerima pulangan dan ganti rugi akibat daripada kes saman, akibat daripada kehilangan berbillion di dalam skim pencen dan harga saham syarikat tersebut. Susulan daripada kes ini, undang-undang dan peraturan baru dimasukkan ke dalam undang-undang sedia ada. Antaranya ialah Peraturan Sarbanes-Oxley atau Sarbanes-Oxley Act. Peraturan ini meningkatkan kepercayaan terhadap syarikat-syarikat audit sedia ada untuk kekal objektif dan bebas memilih pelanggan mereka.

3 comments:

bibikmeon said...

thanz ya,,at least blog nyy dpat membantu sya dlam mgkaji kes enron nyy sbgai sbhagian dri assgnmt sya..

LaTip BogiBa said...

aku nak pinjam pasal enron ni. ok ye.

rozaimi lan said...

terima kasih, blog ini banyak membantu sy utk menjalankan kajian kes mengenai enron. mohon copy paste ye, tq

Other Topics