Lawak Kita Kadangkala Menguris Hati Insan Lain

Pernah tak anda berjenaka tiba-tiba rakan anda seolah-olah terguris hatinya dengan jenaka yang anda buat, kita mungkin bertujuan hanya untuk mengusik tetapi usikan atau jenaka yang dibuat mungkin tidak dapat diterima olehnya. Entahlah, aku tak tahu, semalam aku cuba untuk berjenaka tetapi tiba-tiba pulak suasana menjadi serius dan tujuan aku hanya untuk mewujudkan suasana yang senang kepada kedua-dua belah pihak tetapi lain pulak jadinya...huhu. Mungkin that is What Does It Mean By Human Being, apa yang kita fikirkan tidak sama seperti apa yang orang lain fikir. Kita sebagai manusia, mungkin acapkali secara tidak sedar telah menyakiti hati atau menguris hati orang di sekeliling kita dengan jenaka mahupun gaya bahasa yang kita gunakan. Aku disini bukan untuk bercakap pasal bahasa tetapi aku hanya ingin bercakap tentang betapa orang lain tidak semestinya berfikir sebagaimana kita berfikir dan cara yang kita rasakan betul mungkin salah pada pendapat dan dari kaca mata orang lain. 

Maka tidak hairanlah mengapa ada manusia yang bermusuhan antara satu sama lain, hanya satu perkara kecil, ia mungkin boleh membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Atas sebab itulah kita digalakkan untuk memaafkan orang lain sebelum tidur kerana mungkin kita tidak lagi mampu melihat dunia pada keesokannya. Umur bukannya penentu ajal maut kita dan tidak semestinya yang tua akan pergi dahulu dari yang muda. Sesungguhnya andai kata semua manusia itu berfikir sama khususnya dari sudut gaya dan skop, sudah pasti tidak akan wujud teori graviti Newton, apatah lagi teori manusia berasal dari beruk yang diasaskan oleh Einstein.

Apapun yang penting, jangan sesekali kita memusuhi manusia lain kerana sesungguhnya andai kata anak cicit kaum adam ini memutuskan silraturahim sesama saudaranya melebihi tiga hari, Allah tidak akan menimpakan rahmat keatasnya. 


Sepatah Kata Pelbagai Dirasa

Sekian 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis