Sukan SEA LAOS 2009 Dibuka Penuh Warna Warni

VIENTIANE 9 Dis — Acara pembukaan rasmi temasya Sukan SEA ke-25 berlangsung dalam satu majlis warna-warni yang dipenuhi pertunjukkan kebudayaan negara tuan rumah Laos, di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional, hari ini. 

Majlis bermula dengan perarakan masuk atlet dari semua 10 negara peserta dari Asean dan Timor Leste sebelum bendera tuan rumah dan bendera Sukan SEA dinaikkan.

Kontinjen Malaysia dalam perarakan yang disertai oleh 80 atlet dan pegawai diketuai oleh Chef-de-Mission Datuk Dr Ramlan Abd Aziz, didahului oleh pembawa Jalur Gemilang, atlet terjun, Yeoh Ken Nee.

Anggota kontinjen Malaysia yang berpakaian warna kuning keemasan, baju Melayu dan bersongkok bagi lelaki dan baju kurung dan berselendang bagi wanita, merupakan kontinjen keempat yang memasuki stadium yang mempunyai kapasiti 20,000 tempat duduk dan baru disiapkan pada November.

Sejurus selepas Timbalan Perdana Menteri Laos, Somsavat Lengsavat berucap bagi merasmikan temasya ke-25 ini, acara dipenuhi dengan pelbagai pertunjukan kebudayaan. 

Seramai 4,000 atlet dari negara-negara peserta akan berkampung di Vientiane sehingga acara penutup pada 18 Dis ini bagi merebut 1,305 pingat yang ditawarkan - 383 emas, 383 perak dan 539 gangsa. Malaysia menghantar 348 atlet dan 121 pegawai ke temasya dwi-tahunan ini yang pertama kali dianjurkan oleh Laos. - UTUSAN


Untuk pengetahuan pembaca, lagu Go Laos Go Sung dijadikan lagu tema pada kali ini. Lagu ini telah pun saya uploadkan pada post-post yang lepas.Semoga pasukan Malaysia dapat menggenggam lebih banyak emas berbanding tahun-tahun sebelumnya dan semoga pasukan bola sepak negara akan berjaya menumpaskan Thailand pada perlawanan bola sepak esok yang bakal menentukan target bola sepak untuk mendapatkan pingat tanpa mengira warna mampu diraih atau tidak. Apa-apapun saya doakan yang terbaik buat pasukan bola sepak kita ini....amin...

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis