ISLAMIC RELIEF MALAYSIA




Untuk pengetahuan semua saya adalah salah seorang sukarelawan IRM atau dipanggil Islamic Relief Malaysia. Awal pagi ini saya mendapat e-mel daripada IRM tentang majalah online yang dikeluarkan beserta emel dibawah: 
___________________________________________________________________________________________


SALAM KEPADA SEMUA,


Semoga sihat sejahtera. Bersempena Hari Raya Aidil Adha yang mulia, IRM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada para sukarelawan dan rakan kerjasama IRM.


Dengan kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Para Sukarelawan dan berbagai pihak yang telah banyak membantu perjalanan kempen Ramadhan Feed the Fasting 'Bantulah Mereka Berbuka' dan bantuan Aidilfitri yang lepas. Selain dari kutipan dana kami telah menerima sokongan dari sukarelawan di serata Malaysia, membantu menampal poster, dan menyebarkan risalah di kawasan masing-masing.


Bagi setiap sumbangan, samaada wang ringgit mahupun tenaga, email yang di'foward'kan, doa, kata-kata yang baik mengenai kempen kami, sangat-sangat kami hargai. Sepanjang perjalanan kami juga, kami sentiasa menerima ucapan terima kasih serta doa dan kesyukuran dari mereka yang menerima. Semoga nilai kemanusiaan yang terbina akan berterusan ke bulan-bulan seterusnya.


Bagi pihak penerima sumbangan, terima kasih sekali lagi. Ikuti perjalanan IRM di sepanjang Ramadhan dan Syawal yang lepas. Sila muatturun melaui gambar atau link kami di bawah :










 SALAM,


We pray that everyone is well, where ever you are.  In conjunction with Eidul Adha, IRM would like to wish Salam Eidul Adha to all of volunteers and IRM partners.


 We also would like to thank you and express our highest appreciations for each and every support that we had received during our previous Ramadhan Feed the Fasting and Eid Gift program. Apart from fundraising, we had received an overwhelming support from our volunteers all over Malaysia, raising awareness, distributing brochures, pasting posters and  forwarding our info to their own network.


For every contribution and support, every prayer and do'a, every good word on us, every email that had been forwaded, every good intention, We are forever grateful. During our previous Ramadhan and Syawal journey, we received continuos thank you and appreciations, doa and thankfulness from the receivers of our program. May the humanities within us all shall continue in more months to come.


On behalf of our beneficiaries, again, thank you. Please feel free to download our buletin on our Ramadhan and Syawal travelogue at above link/picture.
Wasalam & Best Regards




ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
31-7, Jalan SP 2/1,Taman Serdang Perdana,
433000 Seri Kembangan,Selangor Darul Ehsan.
Tel: +603 8948 6334      Fax: +603 8948 7339
___________________________________________________________________________________
Saya mengharapkan agar selepas ini lebih ramai pembaca blog saya yang dapat menyertai IRM walaupun sebenarnya saya belum sekali turun ke program yang diadakan oleh IRM akibat daripada kesibukan saya sendiri. Untuk pengetahuan juga IRM bukanlah sebuah badan berkaitan politik dan ia lebih kepada NGO yang membantu orang Islam dari kalangan anak yatim, orang-orang tua dan orang yang serba kekurangan dalam menjalani hidup di dalam dunia yang serba mencabar ini. 

Sekiranya anda berminat anda boleh melayari laman web seperti yang ditulis diatas.


Sekian.


Mohd Ashraf Bin Mohd Zabidi
Sukarelawan Islamic Relief Malaysia 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis