FILEM SETEM



Kalau malam semalam, saya dapat tonton filem Papadom. Pada pagi ini pula saya menonton filem setem yang saya rasa cukup menarik. Ia mengisahkan sebuah setem lama yang merupakan harta seorang hartawan dari Britain menjadi tumpuan ramai pencuri dan perompak. Setem ini dirompak dari hartawan tersebut dan dirompak kembali oleh kumpulan perompak yang lain yang mana akhirnya setem ini terlepas kepada seorang buta yang menggunakan setem tersebut untuk menghantar surat permohonan untuk mengubati matanya kerana dia tidak tahu nilai sebenar setem tersebut yang berharga hampir US4juta dollar.Namun orang buta ini menjadi tumpuan Manni (perompak) siri rompak-merompak sambung kembali dan akhirnya pada suatu malam kesemua perompak ini berkumpul di sebuah Hangar dan akhirnya urusan jual beli setem ini dilakukan namun setelah disahkan bahawa setem ini adalah palsu, perompak tersebut merasa tertipu. Sebenarnya hartawan tadi telah memalsukan setem tersebut dan apabila setem tersebut hilang, dia mendapatkan pampasan insurans dari Llyods...betapa liciknya penipu ini menipu penipu-penipu dan perompak-perompak tersebut.....nak tau lagi...ermmmmm tengok ar sendiri ek.

Secara kesimpulannya cerita ini mengisahkan tentang perompak yang merompak dari perompak, dan penipu yang menipu sipenipu. Saya juga tertarik dengan beberapa ayat di dalam filemyang mempunyai maksud yang amat mendalam antaranya:

" Ramai yang celik tetapi membutakan hatinya, sedikit yang buta tetapi celik hatinya"

"kegembiraan adalah pada si pemberi bukannya penerima"

"kegembiraan datangnya dari keikhlasan"

"kebahagiaan adalah tanggungjawab"

Sekian salam filem....

Mohd Ashraf Mohd Zabidi
Penulis Blog What Does It Mean By Human Being

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis