Selamat Hari Jadi Abah & Selamat Hari Raya Dari Anakmu di Perantauan



Tucmuc


Abah kene pergi Abu Dhabi sekali lagi, aku terkejut menerima mesej abah yang baru je pulang dari Dubai 1 Ogos yang lepas. Abah akan berangkat pada 3 Ogos hari Jumaat pergh, baru jer balik dah kene pergi balik...huhu. 
Aku tanya kat abah whether dia beraya ke sana or camner and abah kata dia akan berpuasa kat sana dan beraya gak kat sana...huhu. Sedih ah beraya tanpa abah, yer ar aku ngan abah je lelaki dalam family kami, teruk ar aku nanti time nak bersiap raya yer ah, gantung tu gantung ni, betul tu betul ni...hehe. Aku gak kut yang kene potong rumput kat luar rumah tu, bukan berkira tapi sket-sket tu ada ah. 
Pada 26 Ogos yang lepas, birthday abah, aku just email dia jer selamat hari jadi dan ucapkan semoga panjang umur, aku pun gitau dia tak dapat nak gi sana sebab AirAsia tak jual tiket...haha. Raya kali ini akan kurang meriah sebab abah takder tapi takper nanti aku masukkan gambar aku, mama, Iqa ngan baby kat dalam bahagian salam perantauan dalam Berita Utusan Dubai...haha.
 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis