Ramadhan Kau Pergi, Syawal Kau Menjelma

Hari raya disambut setelah hampir sebulan kita berpuasa bagaikan semalam baru berpuasa,
Bagaikan baru semalam kita berbuka puasa, moreh dan sahur di masjid-masjid,
Bagaikan sedetik berpuasa telah pun sampainya Syawal,
Hari kemerdekaan bagi yang berpuasa, namun perginya bulan dengan penuh rahmat,makrifah dan keampunan

Pernah tak kita bertanya,
Apakah kita akan bertemu lagi Ramadhan akan datang?
Apakah kita sempat bersahur, berbuka dan moreh bersama di masjid
Apakah kita akan berkesempatan lagi berpuasa bersama orang disekiling kita terutama ibubapa kita?
Apakah di bulan puasa akan datang kita akan menyambutnya seperti yang lepas-lepas.
Tanpa memaksimumkan pahala di bulan mulia, meminimumkan dosa sewaktu pintu neraka ditutup rapat
Dikala pintu syurga dibuka seluas-luasnya.

Aku kini sempat mengupload beberapa gambar kenangan aidilfitri pada 1 Syawal 1430Hijrah.

Insan yang paling banyak aku buat dosa, maaf mama sebab jarang balik rumah....huhu


Pada tahun ni kami beraya tanpa abah kerana dia bekerja di luar





Tatkala Syawal, kanak-kanak adalah insan yang paling gembira


Entah bila kan kita dapat bergambar lagi ek mama...huhu


Kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN....sambil menikmati sarapan

Budak yang jual kuih raya di pagi raya, sape nak kuih raya dia jual 20sen satu..haha

My Family


Uda's Family


Acu's Family


Alang's Family


Angah's Family



Andak's Family



Anak-anak Sidek dengan Datuk Sidek...haha


Ladies only.....haha


Pak Cik Ultraman X turut bertandang ke rumah untuk beraya yang naik flight dari Jepun pada malam raya...haha


Bruppppppp..ops sory. Dah kenyang benor, makan macam-macam....


Sebelum mengundur diri saya dan keluarga ingin mengucapkan 


SELAMAT HARI RAYA, 
MAAF DZAHIR DAN BATIN...


Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis