Naluri.....Kadangkala Benar


Aku sebenarnya dah lama mengaggak tentang sesuatu yang aku tidak mahu akan kewujudannya tetapi entah bagaimana hari ini perkara yang berada dalam naluri aku tu muncul di depan mata tatkala aku sedang mengingatiya.

Tetapi kadang-kadang lakonan itu amat penting untuk membahagiakan orang lain, aku hanya buat tiada apa yang berlaku didepanku kerana aku tidak mahu membuatkan hatinya marah denganku kerana bezanya aku dengannya mcamlah langit dengan bumi, bumi dengan matahari dan matahari dengan bima sakti.Ayatnya jiwang tapi nak bwat camne, memang hati aku sedang menerewang...huhu.

Adakah orang yang aku sayangi telah pun berpunya, aku suka dengannya bukan kerana wajahnya tetapi kerana pemikiran matangnya membuatkan aku tertarik kepadanya.Pada aku, diantara wanita-wanita yang aku kenali, dialah merupakan orang yang menarik perhatian ku kini tapi entah bagaimana dengan terjadinya naluri aku menjadi kenyataan, aku seolah-olah hilang punca...huhu.

Mungkin inilah yang dinamakan dugaan dan asam garam hidup, kadangkala manis kadangkala pahit masin juga ada. Bukan berpuitis tetapi inilah hidup kita, yang kita suka tidak semestinya menjadi milik kita, yang penting kita bahagia melihat orang lain bahagia walaupun dia bukannya milik kita.

Sinopsis cerita diatas ini aku copy dari sebuah website, tah apa nama tah website tu...yer ar saje je nak menyemakkan akunyer blog...haha.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis