ANTARA USAHA DAN TAKDIR

Pernah tak kau bertanya,
Tentang usaha dan takdir,
Usaha memenatkan,
Tetapi takdir penentuan,
Usaha pencetus kejayaan,
Tetapi sekiranya takdir katakan tidak,maka tiadalah kejayaan

Pernah tak kau bertanya
Tentang usaha dan takdir
Kau mengalah sebelum berusaha bererti kau kalah
Tetapi sekiranya kau mengalah dengan takdir\
Bererti kau menerima qada dan qadarnya
Kau berkata kau penat berusaha
Tetapi tahukah bahawa ada yang lebih penat dari kau
Kau berkata takdir kau sangat malang
Tetapi tahukah kau betapa ada yang mempunyai nasib atau takdir lebih teruk dari kau


Pernah tak kau bertanya
Tentang usaha dan takdir
Kau tahu apa itu usaha
Kau tahu apa itu takdir
Tetapi pernahkah kau tahu dari mananya usaha
Dan dari mana pula datangnya takdir

Marilah kita berusaha wahai rakan dalam mencari takdir yang Allah tentukan berdasarkan ayatnya
manjadda wajadda.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis