Alkisah Pergi Beraya Dengan Seribu Makna

Aku rasa hari raya paling busy aku taun ni adalah raya keempat..hehe penat tapi seronok. Kalau waktu kita kecil, kita ziarah orang sebab nak duet raya tapi bila dah besor-besor ni kita ziarah atau berkunjung ke rumah orang untuk merapatkan hubungan sesama sendiri.

11.00pagi
Pepagi tu dalam kul 11.00, Krol datang ke rumah aku tapi sebelum nak sampai ke rumah aku tu macam-macam jalan dia tersesat...aku plak dalam bagi direction ni asyik salah jer...haha rumah sendiri pun aku x tau. Tapi alhamdulillah akhirnya dia sampai gak, dia mengadu aku xleh bagi direction...hehe sory le Krol.
,
11.45pagi-Beraya Kat Rumah Masalwi

Kali ni aku plak keluar beraya jap kat rumah member sekolah lama aku, Masalwi. Hehe dapat makan western le kat umah dia...kenyang gak dan licin gak la pinggan kat umah dia..haha. Tapi yang bestnya, sebelum sampai aku ngan Krol bleh tersesat kat rumah Hindu mane tah, si Krol ni dah tau tersesat bleh plak tanya Mas ada tak kat situ..hahah. Gelak guling-guling aku. Mamat dari rumah yang kami tersesat tu dah marah-marah dah sebab terlanggar rumah dia...haha sori la ek yob.

Kat rumah Masalwi, macam-macam kami cerita pasal kenangan kami kat sekolah dulu ngan cerita kami sekarang. Dulu waktu sekolah dulu dialah yang bercita-cita nak pegang post MPP ni, tapi last-last aku yang dapat...huhu begitulah dunia.

1.00 petang-Tunggu Orang Beraya Plak

Aku bergerak balik dari rumah Mas sebab pas ni Fisha ngan Fairus plak nak berkunjung ke rumah aku. Disebabkan aku x reti bwk kereta dan lesen pun takder, si Fairus la jadik Pemandu tak bergaji aku..haha tqvm yob. Pas jer anta aku Krol trus balik sbab member dia tengah tunggu kat rumah untuk beraya plak kat Bota.

2.30 petang-Fairus Datang Beraya

Fairus sampai ngan adik-beradik dia ngan anak buah dia tapi tak nampak la plak Fisha...mane plak ler minah sorang ni. Aku berbual dengan Fairus yang lebih kepada keadaan Sekretariat masing-masing di Fak, alhamdulilah keadaan di fak aku sekretariat amat membantu, tapi mereka aku rasa hilang sebelah kaki aku...huhu. Anak-anak buah SMF aku cukup baik walaupun kadangkala ada tindakan yang aku rasa aku perlu initiatekan so aku akan initiatekan dan minta bantuan mereka. Relation atau hubungan bersama persatuan dalaman pun alhamdulillah takde masalah besar walaupun kadangkala ada gak masalah dengan Presiden-presiden ni tapi biasalah kalau


3.45 petang-Pergi Beraya
Si Fairus ngan abang dia ajak aku beraya, memula aku tolak gak sebab aku dah berjanji ngan member sekolah lama aku, tapi lepas aku call member aku yang aku akan datang esoknya dia kata takpe so aku pun ikutlah Fairus g beraya kat rumah Fisha ngan P.A. Datuk Nazri, Encik Kimi.


4.30 petang-Kat Rumah Fisha
 Dalam kul 4.30 camtu kami pun sampailer ke rumah Fisha, kami tak susah sangat ler nak cari rumah dia...macam si Krol sesat nak cari rumah aku tadi...haha. Kat umah Fisha, aku makan mee kari, pergh sedap giler, sepuluh belas ratus pinggan gak ar aku tambah...haha. Lepas agak-agak kenyang makan mee kari, aku makan bawang goreng ngan kuah kari, pun sedap gak. Dalam waktu makan memakan tu kami gak berbincang pasal ruang chit-chat dalam blog mpp yang membuatkan there are no live to mpp tapi pada aku sebenarnya sekali kita memlih untuk menjadi MPP pada masa itu kita memilih agar mata masayarakat khususnya para pelajar di kampus untuk melihat MPP sebagai role model bukannya sampah masyarakat, oleh sebab itulah sekiranya MPP melakukan apa-apa kesilapan akan dihebohkan dengan tujuan agar MPP tersbut tidak lagi mengulangi kesilapan tersebut, selain iu kami juga berbincang pasal Perhimpunan Anak-anak Perak hujung taun ni yang melibatkan MPP sewaktu cuti semester nanti..huhu tak cuti gak aku.

6.00 petang-Kat Rumah Saudara Hakimi, P.A Pengerusi Yayasan Perak
Pas jer beraya kat rumah Fisha kami berenti kat  surau untuk bersolat Asar dan seterusnya meneruskan perjalanan ke rumah en Kimi.
Sampai jer kat sana kami pun cari ler rumahnya yang tak susah pun untuk dicari..haha.En Hakimi greet kami seperti VIP...haha. Alhamdulillah dah berapa rumah dah kami datang dan menikmati pelbagai juadah, betapa kayanya Malaysia ni...alhamdulillah, dalam beraya ingatlah kita kepada saudara kita yang sedang menghadapi msalah kekurangan makanan hingga ada yang meninggal dunia di negara-negara yang sdang berkocak dan berperang..huhu bleh wat citer sedih plak depan makanan ek.

7.00 petang: Kat Rumah Pah Chu
Dalam beraya ni janganlah kita hanya beraya di rumah orang kaya dan berada sahaja, orang miskin  &susah janganlah kita lupa, alhamudlillah dalam tahun ni sikit kelainan berbanding tahun-tahun laen kerna aku berkesempatan melawat rumah mak cik Fairuz, yang berada dalam keadaan lemah akibat daripada penyakit diabetes yang dihadapinya. Aku lihat rumahnya pun bukan seperti rumah, dengan pintu bukan seperti pintu, dengan keadaan dimana pusat karoke dihadapan rumah yang mana 'privacy' sudah pun hilang....huhu. Antara pesan mak cik tersebut ialah "jangan sesekali minum air manis seperti tebu dan air tin, jangan sesekali makan coklat yang berbar dengan banyak, memang pada waktu muda kita tak endahkan nasihat orang tua, tapi akhirnya macam mak cik lah jadinya", seriau gak aku dengar..huhu


Gambar sekadar hiasan 

8.00malam: Pulang
Dalam perjalanan pulang, banyak soalan aku tanyakan kepada Fairuz....sayu sungguh aku melihat keadaan mak cik tersebut. Aku rasa pada raya kali inilah paling bermakna buatku, dapat aku rasakan kesusahan dan kepayahan yang mak cik tersebut hadapi. Mak cik tersebut juga menangis sewaktu kami mahu pulang.
Sebelum Fairuz dan adik-beradiknya menghantar aku pulang, kami berhenti di Masjid Jalan Diary untuk bersolat Maghrib dan kami pun bertolak pulang.

Begitulah kisah raya aku pada raya yang keempat tersebut. Rasanya sampai disinilah jer ek, sebab pas ni nak g rumah Zul, rumah Uda ngan rumah Fairuz plak. Wassalam.



Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis