Pengalaman Mendewasakan Walaupun Berupa Kepahitan....
Kadang-kadang aku suka membaca kembali post-post aku yang terdahulu dan kadangkala membuat aku tersenyum sendiri. Post-post ni sebenarnya mengingatkan kembali kepada kisah-kisah terdahulu kerana pada aku blog ni seolah-olah diari, diari sebuah kehidupan yang mana watak-wataknya dimainkan oleh kita sebagai pelakon utama dan orang disekeliling kita sebagai pelakon sampingan yang memegang pelbagai watak, ibubapa, teman, rakan, suami isteri dan sebagainya. Ada sahaja post aku yang mungkin menyebabkan hati terasa pedih namun orang bijaksana ada mengatakan "kita lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding kejayaan". Tidak kisahlah gagal apa? Samaada kegagalan persahabatan, percintaan, perniagaan dan sebagainya. Itu semualah yang mampu menjadikan kita sebagai manusia yang lebih baik, bukan sahaja dari segi lahiriah tetapi juga dalaman. Membaca post sendiri di blog sendiri bagi sesetengah orang mungkin nampak "pelik", "weird" atau sebagainya tetapi pernah ta...