Washington Lewat Pulang Buku 221 Tahun

NEW YORK 20 Mei - Sebuah buku yang dipinjam oleh Presiden pertama Amerika Syarikat (AS), George Washington dipulangkan kepada perpustakaan tertua di New York City semalam, terlewat 221 tahun.

George Washington, Perdana Menteri Pertama Amerika Syarikat

Washington meminjam buku dari New York Society Library ketika perpustakaan itu berkongsi bangunan dengan kerajaan Persekutuan di Lower Manhattan.

Menurut perpustakaan itu, rekod pinjamannya menunjukkan Washington membawa keluar buku The Law of Nations tulisan Emer de Vattel pada 5 Oktober, 1789.

Buku itu tidak dipulangkan dan denda buku lewat juga tidak dibayar, dengan denda tersebut kini dianggarkan kira-kira AS$300,000 (RM960,000).

 New York Society Library 

Kehilangan buku tersebut dikesan sewaktu New York Society Library membaik pulih rekod pinjamannya pada 1789-1792, yang menunjukkan rekod buku yang dipinjam oleh Washington, serta Presiden dan Naib Presiden AS yang lain, seperti John Adams, John Jay, Aaron Burr, Alexander Hamilton dan George Clinton.

Pihak perpustakaan menjalankan inventori buku yang disebut dalam rekod itu dan mengesahkan buku yang dipinjam oleh Washington masih hilang.

Namun, kehilangannya dirahsiakan selama bertahun-tahun sebelum didedahkan dalam sebuah artikel di akhbar New York Daily News, menurut satu kenyataan perpustakaan itu.

Salah satu bab di dalam buku Law Of Nation yang ditulis oleh Emer De Vattel

"Beberapa hari selepas mendapat tahu tentang perkara itu, kakitangan di kediaman lama Washington di Mount Vernon, Virginia menyatakan kesediaan untuk menggantikan buku Vattel, Law of Nations dengan sebuah naskhah lain bagi edisi yang sama.

Buku itu diserahkan semalam dalam satu majlis khas anjuran New York Society Library. - Reuter

Ashraf Said: Saya pasti buku ini akan diterbitkan semula dan bakal menjadi salah satu buku yang akan menjadi bestseller terutama kepada tokoh-tokoh politik dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???

Teesside University Malaysian Society

Aidiladha 1432Hijrah