NEW YORK 20 Mei - Sebuah buku yang dipinjam oleh Presiden pertama Amerika Syarikat (AS), George Washington dipulangkan kepada perpustakaan tertua di New York City semalam, terlewat 221 tahun. George Washington, Perdana Menteri Pertama Amerika Syarikat Washington meminjam buku dari New York Society Library ketika perpustakaan itu berkongsi bangunan dengan kerajaan Persekutuan di Lower Manhattan. Menurut perpustakaan itu, rekod pinjamannya menunjukkan Washington membawa keluar buku The Law of Nations tulisan Emer de Vattel pada 5 Oktober, 1789. Buku itu tidak dipulangkan dan denda buku lewat juga tidak dibayar, dengan denda tersebut kini dianggarkan kira-kira AS$300,000 (RM960,000). New York Society Library Kehilangan buku tersebut dikesan sewaktu New York Society Library membaik pulih rekod pinjamannya pada 1789-1792, yang menunjukkan rekod buku yang dipinjam oleh Washington, serta Presiden dan Naib Presiden AS yang lain, seperti John Adams, John Jay, Aaron Burr, Alex...