KPMG --> Ipoh Parade --> Jaya Jusco
Setelah beberapa hari lepak-lepak kat rumah, lepas tolong ape2 yang patut kat dapur (boring nyer pasal....haha) semalam teman jap member serumah yang bakal wat praktikal ngan KPMG Ipoh, Krol gi KPMG....ingatkan nak gi opis la rupenyer just tengok jalan yang terdekat nak gi sana...huh. Takpe la janji jenjalan...haha.Tak best lak coz member sorang lagi ade keje kat Taiping so kami dua je la yang g... Krol tinggal agak jauh dari kawasan Ipoh (maybe 1 jam kot) so kene gerak agak awal setiap ari and kalau bawak kereta kat kawasan ni nak parking RM4 sejam so aku suggest bawa motor je takyah pening2. Kalau bawak motor leh rempit....xyah bayar parking....minyak pun jimat. Kalau nek keta, Minyak pergi balik RM10,parking RM4, masa nak carik parking???? Ermmm....pikir sendiri le....
Selamat berpraktikal la sume....
Kalau semalam lepak kat Gerbang Malam ngan Family pas makan malam, hari ni lepak jap kat Ipoh Parade dengan tujuan nak tengok movie ape yang ade. Tapi movie yang ade sume dah tengok and yang belum tengok tak best....tak best bagi aku yang tak tengok filem selain melayu ngan english jek....haha demand. So jenjalan dulu kat kawasan situ, ingatkan nak tengok tempat aku keje dulu, Toy City tapi tengok2 dah takde pi mane tak taw dan dengan perasannya aku cakap "tu la dulu ade pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang cam aku tak nak hargai sekarang kan dah kene pindah....haha". Pindah ke mana wallahualam, coz nombor sume dah ilang, Vicky cashier time tu merangkap assistant manager kali terakhir aku jumpa one day before g PLKN.
Ipoh Parade sekarang cam dah missing something but I don't know what it is, betul2 nampak kosong. Tapi kat bahagian atas dia tempat bowling, cyber ngan food court dia still nampak cam ramai orang lagi. So disebabkan movie yang tak memuaskan ati tu kami gi JJ yang lebih nampak "happening" sebab cerita kat sini lagi update, disebabkan citer Shrek Forever The Last Chapter nak tengok ngan adik2 b4 balik Shah Alam so better chose another movie that cam best cam Andartu 21 Hari Mencari Suami....haha lawak. Tiket pun cam murah singgit berbanding kat Sunway @ JJ Bukit Raja, RM10.
Best citer ni Haliza Misbun jadik Heroin, ensem la Ashraf Sinclair yang berlakon jadik Dr Diporjo kat dalam citer ni....haha.
Sebenarnya kat dua tempat ni kami wat suatu kesimpulan ape yang menyebabkan kedua-dua tempat ni berbeza sangat ke"happeningannya"...hah pnng aku (cam penah dengar je ayat ni). Suhu di Ipoh Parade kurang sejuk berbanding kat JJ so kami yang kurang bijak ni (x bijak ngan kurang bijak berbeza k) ni rasa:
"Kawasan Shopping Complex yang sejuk lebih ramai pengunjung berbanding Shopping Complex yang suhu dia agak sederhana @ xsejuk langsung terutama di kawasan negara yang bersuhu panas cam Malaysia"
Pendek kata faktor aircond memain peranan penting dalam kehappeningan sesebuah shopping complex. Nak sokong atau nak bantah? Silakan.......
Comments
jauh gak krol nya rumah, dy xnak cri umah sewa kt area2 ipoh k?? kalo xhujan better nek moto je!!
ak penah p men bwlg kt ipoh parade kalo xsilap..murah giler!!
Dia kata first day keje nak gune motor, smalam dia kata nak ulang alik dari rumah, orang yang keje KL pun ada dok Ipoh Fiq...sebab living cost.
Yup, murah tapi x penah men situ aku men kat UO(Uda Ocean) atau kat depan halaman rumah...haha.
klo lelaki ape lak...
hoho
laki dipanggil "terutu",
means teruna tua...haha
tah2 disbbkan ko la kedai tue bankrup ...
muahaha
Pekerja contoh ni...
Tu la orang kata
"bila ada tak hargai, bila hilang baru terasa"
Rasanyer kedai tutup sebab dah patah harapan kot sebab aku takde....