Dimana hak kebebasan mendapatkan informasi?????
Saya tertarik membaca sebuah artikel di dalam Kosmo online mengenai sekatan mendapatkan maklumat di kebanyakan negara yang sedikit sebanyak menimbulkan persoalan dimanakah hak kebebasan dalam mendapatkan info????
Sumber Gambar Kosmo
KUALA LUMPUR - Banyak kerajaan sudah melaksanakan sekatan terhadap Internet dengan menapis akses pengguna kepada laman-laman web lucah serta berkaitan dengan politik dan agama.
Sebuah organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Perancis, Reporters Without Borders (RWB) menyenaraikan 12 negara yang sudah melaksanakan sekatan itu sebagai China, Myanmar, Korea Utara, Vietnam, Mesir, Iran, Syria, Saudi Arabia, Turkmenistan, Uzbekistan, Cuba dan Tunisia.
RWB dalam laporan mereka menjelaskan, kerajaan negara-negara terbabit secara sistematik menyekat aliran maklumat menerusi Internet jika ia didapati boleh menjejaskan kepentingan negara, politik, agama dan moral rakyat.
Agensi berita Reuters pula melaporkan, Jerman juga tahun lalu telah meluluskan peraturan menyekat akses kepada laman-laman web lucah membabitkan kanak-kanak selepas mencontohi model yang dilaksanakan di Britain, Itali serta negara-negara Scandinavia.-Kosmo Online
Sebenarnya ada baik dan buruknya sekatan ini terhadap kerajaan memerintah dan ia terpulang kepada kerajaan sendiri dalam memastikan rakyat mendapat informasi and thanx kerajaan Malaysia for the oil rising price issue :) dan untuk mengetahui apa yang Tun M katakan tentang isu ini sila klik link ini (Che Det)
Comments