Posts

Showing posts with the label Malaysia

Perginya Seorang Seniman,

Image
Tepat jam 11malam semalam (17 September 2010), seorang seniman yang amat kita sayang iaitu M Rajoli atau nama sebenarnya Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor. Arwah yang amat terkenal dengan pelbagai drama dan 37 buah filem dianggap sebagai pelakon yang sukar untuk dicari ganti. Tetapi yang paling saya suka adalah antara sedutan dimana beliau membaca talkin di dalam filemnya yang bertajuk "Esok Untuk Siapa". Adakah pelakon lain yang mampu melakonkan watak seperti apa yang telah beliau lakonkan ini. Dulu beliau membaca talkin, kini beliau dibaca talkin. Semoga Allah mencucuri rahmat dan nikmat ke atas Allyarham dan agar beliau diletakkan di kalangan hambaNya yang beriman.                                         M Rajoli (7 April 1945-17 September 2010)

Zetty Among The Best....

Image
Recently Global Finances , a New Yorker magazine which produce annual report card named Central Banker Report Card showed that our iron lady, Zetty Akhtar Aziz come out as one of the best Gabenor which grade as A together with her counterparts from Korea, Taiwan, Turkey, Israel, Australia and European Central Bank. WORLD’S TOP CENTRAL BANKERS 2009 Our Iron Lady: Zeti Akhtar Aziz, Central Bank Of Malaysia    Jean-Claude Trichet, Central Bank Of European Union   Lee Seongtae,Central Bank Of South Korea   Stanley Fischer, Central Bank Of Israel  Glenn Stevens, Central Bank Of Australia  Zdenek Tuma, Central Bank Of Czech Republic   Fai-Nan Perng, Central Bank Of Taiwan A summary of report card from Global Finance In short what I can say is: It is the time to grade A all ladies from Malaysia and the time for us to say I'm from Malaysia loudly....ha3  

Virus Kencing Tikus

Image
Sejak akhir-akhir ni memang banyak kes yang melaporkan tentang kes kematian akibat daripada virus kencing tikus. Artis Malaysia sendiri, Allayarham Din Beramboi meninggal dunia akibat daripada virus ini. Virus adalah berbahaya sebagaimana virus H1N1. Virus kencing tikus atau nama saintifiknya, leptospirosis adalah virus yang dibawakan oleh tikus dan hujan  menjadi pemangkin penyakit ini. Ia mudah merebak di persekitaran yang tidak terjamin kebersihannya seperti di kawasan pembuangan sampah dan kawasan yang sewaktu dengannya. Untuk maklumat lanjut anda boleh download bahan bacaan di sini (Klik Sini) . Virus yang dibawa tikus  Justeru itu tindakan kerajaan dalam memulakan Kempen Bahaya Kencing Tikus amat penting dalam memastikan rakyat Malaysia sedar dengan kewujudan virus wabak ini dan mengambil tindakan pro aktif dalam menanganinya.  

Kad Pengenalan Haiwan

Image
 Kad Pengenalan Haiwan Yang Disimpan Di Dalam Sarung Seperti Passport Pamplet Tentang Kad Pengenalan Haiwan Dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar   Comel lak gamba passport kucing ni...ha3 Dok diam-diam nak ambik gambar nih....  PENGENALAN           Kad pengenalan haiwan ialah dokumen rasmi Kerajaan Malaysia dibawah Malaysian Animal Traceability System (MATs) . Kad Pengenalan haiwan ini diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) seperti yang diperuntukan di bawah Akta Binatang 1953 . Kad ini diperkenalkan untuk meningkatkan tahap kecekapan kawalan penyakit haiwan, memperbaiki dayajejak haiwan dan menggalakkan pemilikan haiwan yang bertanggungjawab.  OBJEKTIF                  Mengawal penyakit haiwan Memperbaiki dayajejak haiwan Pemilikan haiwan bertanggungjawab demi jaminan kebajikan haiwan  KEBAIK...

Jersi Vs Mufti

Image
Cuba korang baca keratan akhbar kat bawah ni.... Kesimpulan aku mudah je, mana yang sepatutnya kita lebih sayangkan....jersi atau agama....pendek tapi cukuplah memberikan jawapan samaada perkara ini patut menjadi isu bagi kita yang beragama Islam atau tidak.   Logo Carlsberg pada jersi pasukan Liverpool Imej Syaitan pada jersi pasukan Manchester United

UiTM gah UMW Pennzoil Unggul Di Kembara Belia Terengganu 2010

Image
KUALA TERENGGANU 19 Julai – Kerajaan negeri bercadang untuk membina sebuah litar di negeri ini bagi memastikan kegiatan permotoran dapat dijalankan secara sihat di tempat yang lebih sesuai dan selamat. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat berkata, kerajaan negeri menyedari pada masa ini banyak kegiatan lumba haram oleh golongan muda di jalan raya yang turut mengancam keselamatan pengguna lain. Bagaimanapun, katanya, ia masih lagi di peringkat kajian dengan meneliti pelbagai aspek sebelum diputuskan pembinaannya kelak. Rozi Mamat (tengah) bersama replika tajaan program Kembara Belia Terengganu 2010 di Kuala Terengganu, semalam. Turut kelihatan Dr. Azemi Che Hamid (dua dari kanan) dan Shamsul Nahar Md. Karim (dua dari kiri). Menurut beliau, kira-kira 90 peratus golongan belia termasuk pelajar di negeri ini menunggang motosikal sebagai kenderaan utama. ‘‘Namun begitu tidak kurang juga mereka yang menggunakan motosikal untuk menjalankan kegiatan y...

Dimana hak kebebasan mendapatkan informasi?????

Image
Saya tertarik membaca sebuah artikel di dalam Kosmo online mengenai sekatan mendapatkan maklumat di kebanyakan negara yang sedikit sebanyak menimbulkan persoalan dimanakah hak kebebasan dalam mendapatkan info????  Sumber Gambar Kosmo KUALA LUMPUR - Banyak kerajaan sudah melaksanakan sekatan terhadap Internet dengan menapis akses pengguna kepada laman-laman web lucah serta berkaitan dengan politik dan agama. Sebuah organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Perancis, Reporters Without Borders (RWB) menyenaraikan 12 negara yang sudah melaksanakan sekatan itu sebagai China, Myanmar, Korea Utara, Vietnam, Mesir, Iran, Syria, Saudi Arabia, Turkmenistan, Uzbekistan, Cuba dan Tunisia. RWB dalam laporan mereka menjelaskan, kerajaan negara-negara terbabit secara sistematik menyekat aliran maklumat menerusi Internet jika ia didapati boleh menjejaskan kepentingan negara, politik, agama dan moral rakyat. Agensi berita Reuters pula melaporkan, Jerman juga tahun lalu telah mel...

Congrats One Malaysia....

Image

Mavi Marmara Vs Rachel Corrie

Image
Inilah nama dua kapal yang ditahan oleh Tentera Israel diluar kawasan pesisirnya dan sekaligus menidakkan usaha sukarelawan dalam menghantar bekalan ke kawasan Palestin. Di kapal Mavi Marmara, 6 orang rakyat Turki ditembak oleh tentera negara tidak berdaulat tersebut gara-gara penyebaran video penaklukan kapal tersebut oleh mereka menyebabkan dunia mengutuk keras tindakan Israel dengan ditambah lagi dengan tindakan mereka menakluk kapal tersebut sesuka hati sedangkan kapal tersebut berada luar kawasan mereka. Beberapa orang rakyat Malaysia juga turut ditahan MM (12orang) dan RC (6orang) begitulah bilangannya kalau tidak silap. Pada saya mereka ini adalah wira, bukan sahaja wira Malaysia tetapi dunia Islam khususnya.  Mavi Marmara Rasanya tidak pelik andaikata saya ramalkan mereka bakal dianugerahkan dengan Pingat Keberanian atau apa-apa Pingat yang bakal membawa gelaran Datuk. Saya tidak katakan sukarelawan yang ditahan ini mengharap sangat kepada pingat-pingat ini, tetapi apa ya...

Merokok Pencetus Pembangunan Negara

Image
Tidak dinafikan lagi andai kata anda tidak merokok memang cukup merugikan kerana kesan-kesannya seperti  dibawah: Barah Paru-paru  Kelelahan akibat COAD dan emphysema  Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases Kanser pundi kencing Kesan-kesan menarik merokok yang lain  Air mani tidak normal Lemah ingatan Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat So pendek kata sapa yang tak merokok tu merokok la ek, dan sapa yang dah siap sedia merokok teruskan merokok sehingga anda dapat kesan-kesan menarik merokok itu...okeh... Iklan ini dibawakan khas kepada anda oleh  What Does It Mean By Human Being Blog Site

Pengkid

Image
Seperti yang anda semua tahu baru-baru ini KTMB memperkenalkan Koc Merah Jambu untuk penggunaan wanita yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang. Antara sebab penggunaan Koc Merah Jambu ini adalah kerana gangguan seksual yang berlaku kepada wanita terutama di waktu-waktu puncak.  KTMB Mungkin itu mengurangkan isu gangguan seksual lelaki terhadap wanita namun masalah lain pula timbul apabila gangguan seksual yang dilakukan oleh wanita terhadap wanita atau lebih popular dipanggil "pengkid". Macam-macam cerita, solusi sesuatu masalah membawa kepada masalah lain. Kini "pengkid" mencari koc merah jambu ini untuk mencari mangsa-mangsa mereka. Anda boleh rujuk link ini untuk bacaan lebih lanjut tentang isu "Koc Merah Jambu" ini dan sudah menjadi lumrah, setiap kebaikan ada keburukannya dan dalam setiap keburukan terselit kebaikan di dalamnya. 

3rd KLIFF Essay Competition On Islamic Finance 2010

Image
  For more details (Click Here) And To Download The Form (Click Here)

Petronas, Blok L,M,C1 Dan C2

Image
Sebenarnya kes ini adalah dimana dahulunya kawasan Blok Minyak L & M adalah dibawah seliaan Petronas kerana kawasan blok minyak L & M adalah didalam kawasan perairan Malaysia namun begitu telah ditamatkan kontrak setelah pemetaan semula yang mana L&M bukan lagi kawasan perairan Malaysia dan ditandai semula sebagai C1 dan C2. Kini ia merupakan kawasan perairan di dalam kawasan Brunei Darussalam. Tiada wakil dari Petronas semasa perjanjian dimaterai... Menurut suatu post di dalam blog Tun Mahathir yang bertajuk "Malaysia's Generosity", beliau hairan mengapa rakyat Malaysia dan juga media tidak mempersoalkan soal kehilangan hak pengekstrakan minyak tersebut dan menganggap kehilangan kontrak hampir RM320 billion itu adalah "okay".  Wisma Putra sepatutnya cuba menghalang Pak Lah mematerai kontrak pertukaran Limbang dengan Blok L dan M tersebut.... Menurut beliau lagi Tun Abdullah telah berbincang dengan Sultan Brunei dan dalam mendapatkan semula Limb...

My Favourite Poem By Tun....

Perjuangan Yang Belum Selesai/The Unfinished Business   Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat Dari melihat bangsaku dijajah Tiada yang lebih menyedihkan  Dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada kepunyaan Sejarah silam tiada maknanya  Sekiranya bangsa tercinta terpinggir  Dipersenda dan dilupakan Bukan kecil langkah wira bangsa Para pejuang kemerdekaan  Bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa Selangkah bererti marah Mengharung sejuta dugaan Biarkan bertatih  Asalkan langkah itu yakin dan cermat Bagi memastikan negara merdeka dan bangsa merdeka Air mata selsema mengiringi setiap langkah bapak-bapak kita Bukan kecil tugas kita Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita Kerana rupanya selain memerdekakan Mengisi kemerdekaan itu jauh  lebih sengsara Bangsaku bukan kecil lagi dan jiwanya Bukankah sejak zaman berzaman Mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap  Menjadi pedag...

Naib Canselor UUM didenda RM5,000

Image
 Tan Sri Dr Nordin Kardi ALOR SETAR 25 April - Mahkamah Tinggi di sini hari memerintahkan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi membayar denda RM5,000 kerana kesalahan menghina mahkamah dalam tempoh dua minggu atau menjalani hukuman penjara sebulan. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zamani Abdul Rahim mengeluarkan perintah itu selepas menolak rayuan Dr. Nordin bagi penangguhan pelaksanaan hukuman denda itu sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan. Pada 3 Februari lalu, Dr. Nordin didenda RM5,000 atau penjara sebulan kerana gagal melaksanakan perintah injunksi yang dibuat Mahkamah Tinggi di sini yang menghalang universiti itu menganjurkan program pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA). - Bernama Seorang Naib Canselor yang sudah banyak menyumbangkan baktinya kepada pembangunan IPTA-IPTA seluruh Malaysia  Disebalik isu menciplak karya dan isu politik semasa, secara realitinya Tan Sri sendiri bukanlah calang-calang orang, beliau adal...

Achik Spin Pulang Ke Rahmatullah.....

Image
Rasanya belum masuk sebulan Din Beramboi meninggalkan kita dan belum sempat permata lain menggantikannya menyinar di dalam industri hiburan. Namun sesungguhnya ajal itu bukannya sesuatu yang akan menunggu walau sesaat dan ajal itu juga tidak mengira umur samaada yang muda mahupun tua.   Allyarham bersama isterinya sewaktu majlis pernikahannya..... Petang tadi, seorang lagi permata industri hiburan dari Kumpulan Spin yang pernah popular dengan lagu Memori Berkasih dan Hadirlah Mustika yang mana merupakan salah satu lagu kegemaran saya, Achik Spin (atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari , 28 tahun) telah pulang ke Rahmatullah akibat daripada kemalangan Jalan Raya di KM14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (LEKAS). Andai kata kita yang tidak rapat dengannya merasai kehilangannya apatah lagi orang yang rapat dengannya iaitu keluarga yang tersayang  Allayarham yang menaiki MPV, didakwa terbabas lalu terbakar di haluan tersebut. Kemalangan ini disahkan oleh Pegawai ...

Ejen Penyamaran Kemasukan UiTM & Kes Saman......

Image
  Menyamar ejen UiTM tipu pelajar (Kosmo Online - 17 April) SHAH ALAM – Satu sindiket penipuan terancang yang menawarkan tempat pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbongkar. Sindiket berkenaan yang menyamar sebagai ejen pengambilan pelajar baru UiTM itu dikatakan membuat tawaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirim kepada remaja lepasan SPM secara rambang. Menara Sains Dan Teknologi UiTM Shah Alam Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar semalam mendedahkan kewujudan ejen palsu itu yang dikesan telah menipu sekurang-kurangnya 10 individu di sekitar Seremban dan Melaka. Katanya, setakat ini hanya seorang daripada 10 mangsa telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM500 kepada ejen berkenaan. “Selepas disiasat, mangsa berkata, ejen ini mengenakan bayaran pendaftaran di antara RM2,160 hingga RM2,700. “Ini sudah satu penipuan kerana UiTM hanya caj wang sumbangan di antara RM200 hingga R...

Penemuan 4 Penjuru Di PRK Hulu Selangor...

Image
  The candidates are P Kamalanathan (MIC), Zaid Ibrahim (PKR) and two independents - S Chandran and Johan Mohd Diah.

Obsesi AdamMaya....

Image
Sebenarnya walaupun ramai yang kata drama melayu x best tapi sebenarnya ada jugak yang best dan terpulang kepada kita untuk memilih drama @ cerita yang kita minat. Cerita Adamaya adalah sebuah cerita yang orang kata mantap dan kalau diberikan rating mungkin boleh mencecah 9 out of 10. (Supposely 10 but there are no one is perfect). Memang aku x selalu tengok TV but kalau baru sekali tengok dah hooked, ape maknenyer tu, "are there any words we can use to describe it other than extraordinary" Drama Adamaya TV3 Mungkin banyak faktor yang menyebabkan obsesi Adamaya ni menjadi-jadi yang pertama mungkin sebab dalam Facebook ramai yang membincangkan pasal Adamaya ni. Semalam sempat juga melawak dengan seorang rakan FB tentang cerita Adamaya ni., status dia tertulis "nak tengok Adamaya....". Aku pun comment yang berbunyi "Kalau nak Maya je, Adam taknak bleh tak...hehe". Ermhh....macam-macam.  Tahniah buat TV3 yang mampu menghasilkan drama yang baik seperti d...

80 Billion SMS Setahun....

Image
KOSMO (14 April) KUALA LUMPUR - Para pengguna telefon bimbit di negara ini menghantar kira-kira 80 bilion khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat mesej multimedia (MMS) tahun lalu, meningkat empat kali ganda berbanding tahun 2008. Berdasarkan kiraan kasar, jika caj purata perkhidmatan yang dikenakan ialah 20 sen bagi setiap penghantaran, bermakna mereka sudah membelanjakan lebih RM16 bilion untuk SMS dan MMS. Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, pengguna telefon bimbit tidak perlu bimbang kandungan SMS dan MMS mereka itu dipantau kerana tahap kerahsiaan serta hak peribadi pelanggan tetap dilindungi. "Syarikat telekomunikasi tidak menyimpan kandungan SMS, MMS ataupun panggilan video pelanggan. "Mereka hanya menyimpan log transaksi selama 12 bulan untuk tujuan pengeluaran bil jika wujud pertikaian,'' jelasnya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat semalam.  Sebena...