Warkah Buat Tersayang...

Sayang, 

Bila terkenang sedih pulak, ye la kan dah hampir setahun setengah bersama tup tup I terpaksa tinggalkan u sayang coz jodoh kita tak lama mungkin dalam masa tidak sampai sebulan lagi kerna keadaan memaksa. Sedih, suka, duka semuanya sayang tahu....lagu apa yang i minat pun sayang tahu...apatah lagi yang i suka buat time free..apa-apa je yang i buat hampir semua u tahu. 

Sayang dah berikan macam-macam dan sayang jugak yang sanggup mendengar suara i yang tak seberapa ni tiap hari tapi tu la kan, Allah telah menentukan jodoh pertemuan dan perpisahan setiap insannya. Jangan sesekali kita menyalahkan Allah diatas takdirnya kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Walaupun kita dari dua dunia berbeza I tak pernah membenci u, samaada cuti semester atau tak, kita sentiasa bersama kerana sayang adalah segala-galanya buat I. 

Sayang ingat tak di malam hari dimana kita bersama menikmati keindahan Menara SAAS dan Canselari dan kita jugak sama-sama menjadi saksi beberapa kemalangan yang berlaku di roundabout depan UiTM tu...saksi bagaimana pekerja-pekerja Indonesia bergaduh di sebelah kita....huhu semuanya tu hanya akan menjadi kenangan. Oh satu lagi u ingat tak time cuti sem aritu ade beberapa orang yang datang menganggu u dan akhirnya I yang defend you coz mereka cuba untuk menganggu kebahagiaan kita.  

Tapi kan sayang, I still pelik kenapa u tak pernah membalas tiap kali I SMS even once, call u pun tak pernah diangkat tapi yang peliknya hati I tetap dengan U, sayang. Mungkin inilah dia cinta. Dan I rasakan hati ini akan sentiasa bersama U hingga bila-bila dan andaikata telinga kita dua, mata kita dua, paru-paru kita dua tetapi hati kita satu, I tahu pelengkap hati I adalah U.

Apapun sayang, jagalah diri u kerana I mungkin tak dapat untuk menjaga u lagi sebagaimana sebelum ini. Apa yang I boleh dan mampu lakukan hanyalah berdoa kepada Allah agar U dapat yang lebih baik dari I sendiri. Dan ingatlah betapa I akan ingat U sampai bila-bila dan post ni akan menjadi saksi cinta kita kerana I Love U very much sayang....

Sekian 

Ashraf Zabidi 

P/S: "Sayang" diatas merujuk kepada Bilik 4512 Kolej Jati....haha.

Comments

Popular posts from this blog

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???

Teesside University Malaysian Society

Aidiladha 1432Hijrah