Ingatlah Allah Sepanjang Masa....
Dalam kehidupan kita seharian, kita tidak dapat lari dari suatu benda penting yang sentiasa bersama kita walau dimana sahaja kita berada iaitu perasaan. Kita ketawa sebab perasaan suka, kita menangis sebab perasaan sedih dan dari situlah berasalnya perkataan yang dipanggil "good mood", "bad mood" dan mungkin sometimes "moody".
Walau apapun perasaan kita, setiap masa hanya ada satu perkara pokok yang perlu kita ingat iaitu Allah, dalam ketawa kita ingatlah Allah, dalam sedih kita ingatlah Allah dan dalam keadaan "moody' pun ingatlah Allah kerana Allah sahajalah yang mampu membuat perasaan kita tenteram dan tenang. Apapun bersederhanalah dalam segalanya dan saya ingat lagi pesanan ayah "Kalau suka jangan suka sangat nanti menangis..." abah biasanya akan berhenti disitu. Biarlah saya habiskan ayat tu "kalau suka jangan suka sangat nanti menangis akan menjadi sedih sangat" yang membawa maksud orang yang terlalu suka @ bergembira keterlaluan mungkin akan menghadapi kesedihan yang keterlaluan juga.
Justeru itu andai kata ada yang menggembirakan kita sebutkan sahaja "Alhamdulillah" dan beristighfarlah andai kata ada perkara yang menyebabkan kita marah mahupun sedih. Saya menasihati kalian bukan bermakna saya cukup sempurna malahan mungkin kurang sempurna berbanding para pembaca saya tetapi yang lebih penting saya cuba untuk berkongsi pendapat sesama Islam kerana bukankah Rasulullah pernah bersabda ""sampaikan dariku walau sepotong ayat".Namun bukankah andai kata kita menasihati orang lain bermakna kita menasihati diri kita juga.....fikir-fikirkanlah...selamat beramal.

Comments