Posts

Showing posts with the label I am a Muslim =)

Sembahyanglah Kamu....

Image
Selamat Beramal =)

Susah Ke?

Image
Dah berapa banyak yang Allah kurniakan kat kau Dah berapa banyak kemanisan dah kau kecapi  Dah berapa banyak kepahitan yang telah kau selami  Dah berapa pengalaman dari kepahitan yang dah kau pelajari Dah berapa banyak benda yang kau dapat selama 23 tahun hidup kat dunia ni,  Banyak tak terkira kan Cap, tapi selalu tak ko bersyukur Cap??? Ingatkah kau,  Sedang kau susah Allah berikan kau laluan,  Sedang kau payah Allah berikan kau jalan, Sedang kau merintih Allah kurniakan insan sebagai bantuan,  Tapi pernah tak kau bersyukut Cap??? Bukan susah pun bersyukur tu Cap,  Jangan tinggalkan solat yang lima,  Jangan lupa ucapkan alhamdulillah tika kau bermanisan,  Jangan kau lupa kesusahan tu datangnya dengan kemanisan Kerana Allah lebih mengetahui Kerna sesungguhnya Dialah Maha Mengetahui =)) 

Benda Yang Aku Terlepas Pandang....

Image
 Plan sebelum ni nak buat di Concorde Shah Alam tapi terlepas pandang pasal sijil Halal.....seb bek mama gtaw yg Concorde x de sijil Halal....tq mum. Untuk pengetahuan Concorde Shah Alam memang memiliki sijil Halal namun disebabkan lambat renew masalah ini berlaku..harap menjadi pengajaran buat mereka pada masa depan =)   Sijil untuk Dapur Utama  Sijil untuk Dapur Melting Pot Cafe Sijil untuk Dapur Pastry

Saya Sayang Awek Saya....

Image
@>~~ khas buat sahabat2 ku...^_^ "kalau suka,jumpalah ibu bapa.Sayangnya tiada siapa yang berani,tanda tak bersedia.kalau tak sedia,kenapa nak bercinta?" Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other di depan Yang Maha Esa... Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok .... Tapi takut terbakar dek api neraka Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye... Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Die tanya apa ubatnya? Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Ny...

Atas Nama Risalah...

Image
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" Dengan merintih anaknya m...

Andainya

Image
Ya Allah Andainya kau limpahkan aku kesenangan, bukakanlah hatiku untuk berkongsi kesenanganku Andainya kau limpahkan aku kekayaan, arahkanlah kekayaan ku dalam membantu insan-insan lain, Andainya kau limpahkan aku kelapangan, mudahkanlah aku untuk membantu insan-insan lain yang buntu, Andainya kau limpahkan aku kasih sayang, ertikanlah aku dalam berkasih sayang Andainya kau limpahkan aku cinta, kau tunjukkanlah aku cinta orang yang mencintaiMu lebih dari segalanya Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang telah kau berikan Sentiasalah bukakan hatiku agar aku sentiasa mengingatiMu....

X ingat @ Lupa

Insan.... Mungkin kerana kita leka Seringkali bila pena terlepas daripada genggaman Ucapan 'Ops' mendahului 'Allahu Akbar'.... Tatkala perut lapar sudah terisi 'Huh, kenyangnya' mengatasi 'Alhamdulillah' Apabila diri terpegun oleh keindahan suria 'Subhanallah' tertutup oleh 'cantiknya' Ada ketikanya berita kematian mengunjungi 'kasihannya' terucap juga kerana kita lupa kepada 'Innalillah' Kadangkala kita lupa Kekadang kita sengaja Mungkin kita terpaksa Namun, Insan... Walaupun kita lupa, sesuka @ terbiasa, Berhati-hatilah.. Agar bila mana Izrail tiba membawa berita.. Ucapan syahadah.. Tetap menjadi juara.. Mengatasi segalanya..

Hukum Manusia Vs Hukum Allah

Petang tadi sewaktu duduk di kawasan menunggu dobi di Kolej Jati, saya terserempak dengan rakan sefakulti (nama ape ke dah lupa...huhu) seorang student profesional ACCA yang akan mengambil peperiksaan akhir mulai esok. Sambil berbual sambil membaca akhbar dan tiba-tiba tertumpu kepada satu mukasurat tentang undang-undang alam sekitar yang digunakan oleh Kerajaan.  Saya memetik kata dia: "Pada aku, aku concludekan semua ni mudah je kalau peraturan Allah cam Hukum Hudud pun kita tak ikut  lagikan pulak nak ikut peraturan yang manusia sendiri gariskan" Fikir-fikirkan betul jugak kata dia, ye-ye je kita bersemangat nak wat peraturan tu peraturan ni tapi pernah tak terfikir adakah peraturan yang dah ditetapkan Allah kita ikut. Sembahyang pun cam chips more kadang ada kadang takde inikan pulak nak ikut peraturan lain. Ermm....tepuk dada tanya selera kalau nak makan, tepuk dada tanya fikiran kalau nak berfikir dan tepuklah hati untuk kita bermunasabah diri sejauh mana dah kita la...

Pakistan Sekat Akses Youtube

Image
ISLAMABAD 20 Mei - Pakistan menyekat akses ke laman web perkongsian video, YouTube dalam usaha menghalang penyiaran bahan yang menghina agama atau tokoh agama. Sekatan itu dikenakan beberapa jam selepas Lembaga Telekomunikasi Pakistan (PTA) mengarahkan penyedia perkhidmatan Internet menyekat akses ke rangkaian sosial, Facebook kerana terdapat pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad. Kerajaan Pakistan mengambil tindakan menyekat akses ke Youtube untuk suatu tempoh yang belum diketahui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) penyedia perkhidmatan Internet, Nayatel, Wahaj-us-Siraj berkata, PTA semalam mengarahkan sekatan serta-merta ke atas YouTube. "Arahan tegas itu dikeluarkan kerana mereka mahu kami melakukannya dengan segera dan kemudian memaklumkan kepada mereka mengenainya," kata beliau. YouTube pernah disekat selama setahun di Pakistan pada 2007 kerana menyiarkan video yang dianggap menyalahi ajaran Islam. Kesan penyekatan akses keatas youtube mempunyai kesan positif dan ...

Diari Rasulullah S.A.W. dan Iblis

Image
Dari Muadz bin Jabal, dari Ibu Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah saw di kediaman seorang sahabat Anshar, terdengar panggilan seseorang dari luar rumah, “Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku.” Rasulullah saw bersabda: “Tahukah kalian siapa yang memanggil?” Kami menjawab: “Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu.” Rasulullah melanjutkan, “Itu Iblis, laknat Allah bersamanya.” Lalu Saidina Umar bin Khattab berkata: “Izinkan aku membunuhnya wahai Rasullulah.” (hebatnya Umar r.a ,) Rasulullah menahannya: “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, pahamilah apa hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.” Ibnu Abbas ra berkata: pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang kakek yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi. Ibl...

Ingatlah Allah Sepanjang Masa....

Dalam kehidupan kita seharian, kita tidak dapat lari dari suatu benda penting yang sentiasa bersama kita walau dimana sahaja kita berada iaitu perasaan. Kita ketawa sebab perasaan suka, kita menangis sebab perasaan sedih dan dari situlah berasalnya perkataan yang dipanggil "good mood", "bad mood" dan mungkin sometimes "moody".  Walau apapun perasaan kita, setiap masa hanya ada satu perkara pokok yang perlu kita ingat iaitu Allah, dalam ketawa kita ingatlah Allah, dalam sedih kita ingatlah Allah dan dalam keadaan "moody' pun ingatlah Allah kerana Allah sahajalah yang mampu membuat perasaan kita tenteram dan tenang. Apapun bersederhanalah dalam segalanya dan saya ingat lagi pesanan ayah "Kalau suka jangan suka sangat nanti menangis..." abah biasanya akan berhenti disitu. Biarlah saya habiskan ayat tu "kalau suka jangan suka sangat nanti menangis akan menjadi sedih sangat" yang membawa maksud orang yang terlalu suka @ bergembira...

Khutbah Jumaat 16 April 2010

Image
Kepada semua insan yang bergelar lelaki yang x uzur pada hari ini, berikut merupakan teks Khutbah yang akan dibacakan pada hari ini, lebih baik andaikata kita tahu apa yang bakal diucapkan oleh Khatib sebelum khutbah pada hari ini. Dalam mengingatkan orang lain saya juga mengingatkan diri sendiri kerana sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian kecuali yang berpesan-pesan ke dalam jalan kebenaran dan kesabaran (Surah An-Nasr Ayat 3). 1.JAKIM - Amalan Menjaga Tepi Kain Orang Lain (Klik Di Sini Untuk Download) 2.JAIS- Peranan Masjid Sebagai Pencetus Kebangkitan Ummah (Klik Di Sini Untuk Download) Kita bersedia awal untuk peperiksaan tetapi adakah kita pernah bersedia awal untuk mendengar khutbah, "why not to take this opportunity as the first time in our life, the first time that we know what will the Khatib say coz it is better late than never".

Al-Quran Penajam Akal

Image
Semalam masa nak keluar lepak kat Uptown, aku terdengar salah satu rangkap di dalam ceramah di surau Kolej Jati yang berbunyi ".....membaca Al-Quran boleh menajamkan akal....". Dalam sibuk-sibuk untuk keluar, tersentak jugak aku bila terdengar rangkap ceramah tu, aku seolah-olah terfikir kembali kenapa aku rasa sesuatu yang tidak cukup pada setiap hari. Aku mula tertanya bilakah kali terakhir aku membaca al-quran, ermm...Yassin pun jarang-jarang aku baca, inikan pula Al-quran.....huhu. Rasulullah meninggalkan kita dengan dua sumber rujukan utama Alquran dan Sunnah Terfikir jugak aku, kalau katalah dalam usia yang Allah berikan ini tidak panjang, apakah lagi yang ada pada amalan-amalan aku. Ermmm....tepuk dada tanya iman, tapi kalau iman pun macam tin kosong apakah yang kita hendak tepukkan. Sebenarnya aku memang mengakui betapa membaca Al-quran itu menajamkan fikiran, aku dahulu di matrikulasi selepas je kelas petang yang abis dalam jam 4 petang akan ke Surau untuk menung...

Fakta Tentang Kota Mekah Al-Mukkaramah

Image
Neil Amstrong adalah antara manusia yang telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Ia bukan hanya kesimpulan yang dibuat sewenang-wenangnya tetapi adalah daripada pengalamannya sewaktu dalam perjalanan ke luar angkasanya yang pertama dan juga yang pertama bagi tamadun manusia.  Gambaran Mekah menggunakan Goggle Earth  Ketika Neil Amstrong pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi dari angkasa, dia bertanya, “Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?.” Para astronout telah mengesan bahawa planet Bumi mengeluarkan sejenis bentuk radiasi, yang mana diumumkan secara rasmi  di Internet, tetapi yang peliknya 21 hari kemudian website tersebut ghaib dan seperti ada alasan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.   Mekah Al-Mukkaramah   Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya...

Kad Kredit Dan Zakat......

Image
 Baru beberapa jam yang lepas, diumumkan tentang penggunaan kad kredit di Utusan Online. Pelbagai pandangan terhadapnya...ada yang sokong apatah lagi yang menolak. Tapi pada pandangan saya apa yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu itu sangat baik kerana membayar zakat menggunakan Kad Kredit berlandaskan Islam sangat baik apatah lagi memartabatkan sistem kewangan Islam di Malaysia.   Contoh kad kredit islamik.... Penggunaan kad kredit berlandaskan islam ini disokong oleh Blog Rasmi Lembaga Zakat Selangor yang menyokong penggunaan kad kredit berlandaskan Islam ini dan saya juga menyarankan agar Kerajaan Negeri Terengganu meningkatkan bilangan tempat bayaran secara kad kredit.Saya juga percaya kaedah yang digunakan ini akan digunakan ke serata Malaysia khususnya menjelang Hari Raya nanti (khususnya untuk Zakat Fitrah) di kaunter-kaunter zakat di pusat-pusat membeli belah.

Supernatural & Islam

Image
Yesterday I watched this episode which in this episode there is a game of poker which use years of life as chips@token for gambling which the dealer is a 900years old witch man but then I'm shocked when I see a few part which shown chips which used to play in Casino have illustration of Star and Moon on it which symbollized Islam. To get a clear picture u can see at the pictures below: Supernatural Season 5 Episode 7: The Curious Case Of Dean Winchester The chips in the box illustrated @ have a symbol of star and moon.... A poker game between  There are more chips here.... Wife of the 900years old witch man I don't know whether  there are nobody saw @ realized it or this thing already have been an issue that maybe I overheard of it. Simply, this Supernatural movie really a Christian Movie which the names originated from the Bible which in this episode it seems that I try to monopolize other region....

Iktiraf (Raihan)

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar Ila hilis tu lilfirdausi ahla Wala aqwa alnnaril jahim Fahabblitau batau wafir zunubi Fainnakarob firul zanbi azim Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku Wahai Tuhan selamatkan kami ini Dari segala kejahatan dan kecelakaan Kami takut kami harap kepada Mu Suburkanlah cinta kami kepada Mu Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

SMS Tentang Hari Kiamat

Image
Malam semalam saya mendapat suatu SMS yang diforwardkan oleh kawan baik saya saudara Khairul yang tertulis: Assalamualaikum.... renungkan 27-11-09 Raya Aidiladha pada hari Jumaat 18-12-09 Tahun Baru Hijrah pada hari Jumaat 25-12-09 Natal Pada Hari Jumaat 01-1-2010 Tahun Baru Pada Hari Jumaat 26-2-2010 Maulud Nabi Muhammad Pada hari Jumaat 02-4-2010 Matiny Yesus Kristus Hari Jumaat 28-5-2010 Hari Wesak Pada Hari Jumaat 10-9-2010 Hari Raya Aidilfitri Pada Hari Jumaat Ingat dan renungkan!!!!...di dalam Al-quran, Allah telah menyebutkan bahawa KIAMAT trjdi  pd hr JUMAAT!!! Byk istigfar n berdoa pd Allah, smg dosa d AMPUNI....Sebarkan & slg ingt mmngingti....Dan juga Nuzul Qurn 27.8.10 Jumaat, Deepavali 5.11.10 Jumaat, Gerhana Matahari 15.1.10 Jumaat, ....adkh kiamat sudh hampir???  

Isu Allah & Kristian

Image
Berikut adalah beberapa risalah Kristian yang menggunakan nama Allah di Indonesia & serata Dunia.... Gambar 1:Jalan Kepada Allah     Gambar 2: Allah & Kefahaman Wujudnya Anak Tunggal   Gambar 3: Allah & Jesus (Atau Yesus) Gambar 4: Tuhan Jesus Jalan Kepada Allah Gambar 5: Lagu Agnes Monica, Allah Peduli Gambar 6: Bible dengan Nama Allah Gambar 7: Allah Memiliah Pemimpin  Sumber: NOR FADILAH BINTI SABRI, MITI KUALA LUMPUR

Isu Nama Allah & The Herald

Image
Penggunaan nama Allah  oleh non muslim di Indon     Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun  tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia..  They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that's  a fact!) Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan  membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan.  Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya Akhbar The Herald Yang Telah Menimbulkan Sensitiviti Umat Islam Di Malaysia Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu  program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat  berkobar2.. "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang!  Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah. ...