Hidup Kita Dan Facebook...

Kini dunia sudah cukup maju apatah lagi dengan kewujudan Facebook yang orang kata bagai kedai kopi di depan mata, kalau dulu kita kena keluar untuk ke kedai kopi bagi mengetahui berita-berita hangat ataupun bagi mak-mak melepak di tangga-tangga rumah jiran tetangga bagi berbicara tentang macam-macam perkara kini semuanya semakin mudah.Hari ini seorang pemimpin politik menggunakan Facebook, seorang penceramah hal ehwal perdana Islam menggunakan Facebook, seorang atlet yang selalu sibuk di gelanggang juga sempat membuka akaun facebook, juga seorang usahawan berjaya, pakar motivasi, pakar itu dan ini semuanya menggunakan facebook. 

Facebook juga merapatkan hubungan diantara ibu, bapa dan anak yang mungkin jauh di perantauan. "At least", ibubapa ini dapat memantau anak mereka yang kini berdepan dengan pelbagai bentuk cabaran. Dan atas alasan itu jugalah mengikut pengalaman saya, ada beberapa rakan saya yang tidak mahu meng"approve"kan ibubapa mereka sebagai "friends" kerana takut ibubapa mereka mengokong tindakan dan bahasa yang mereka gunakan. 

Namun pada saya, ibubapa adalah pembentuk tatabahasa dan tatasusila penulisan anak-anak di dalam facebook. Sekurang-kurang sebelum nasi menjadi bubur, dan sebelum tanah menjadi kubur (agak kasar) adalah penting bagi kehadiran ibubapa di dalam dunia global tanpa sempadan ini. 

Selain dari itu, menerusi Facebook juga saya dapat lihat betapa ia bukan sahaja medan mencari kawan-kawan tetapi juga sebagai medan mencari musuh. Contohnya saya letakkan status ".....perangai macam xxxxxx ada hati nak nasihatkan aku...", sesiapa yang terasa bahawa dia pernah nasihatkan anda mungkin akan terasa dengan status anda itu dan akhirnya hubungan anda bersamanya menjadi renggang padahal bukan kepada dia yang anda tujukan. 

Walau dengan dunia yang semakin maju perlu diingat betapa hati manusia perlu dijaga kerana manusia tetap manusia, dengan manusia alam boleh menjadi tenang tetapi bila wujud ketidakfahaman dunia yang aman bisa bergolak.Sesungguhnya dalam setiap kemudahan itu ada kepayahannya dan limitasi yang perlu kita jaga dalam memastikan kemudahan yang diberikan tidak bisa memakan diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???

Teesside University Malaysian Society

Aidiladha 1432Hijrah