Pemikiran Menentukan Siapa Kita....
Seseorang yang berfikiran sebagai seorang juara akan bertindak seperti seorang juara...
Seseorang yang berfikiran sebagai seorang usahawan berjaya akan bertindak sepertinya...
Seseorang yang berfikiran sebagai seorang pelajar cemerlang akan bertindak sebagai seorang pelajar cemerlang....
Siapa pun anda ingin jadi ia terpulang kepada tuan punya badan dan tuan punya minda tersebut. Tepuk dada tanyalah iman dan tanyalah minda anda, anda ingin menjadi orang A atau B, orang berjaya atau tidak, orang biasa atau orang yang 'extraordinary', orang yang sekadar melukut di tepi gantang ataupun memberi gandum kepada orang lain.
Apapun ia bergantung kepada anda, kerana di dalam hidup anda,
andalah penentu....
andalah peneraju.....
anda jugalah pembantu...
dan anda jugalah pemilik pemikiran yang bakal menentukan siapa anda....
yang mungkin menjadikan segalanya yang anda fikirkan....
Sekian..
Ashraf Zabidi
Comments