Perginya Seorang Sultan Berjiwa Rakyat...
Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail
Kelmarin rakyat negeri Johor khususnya dan rakyat Malaysia amnya dikejutkan dengan kemangkatan seorang Sultan berjiwa rakyat iaitu Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail. Beliau pernah ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Johor pada tahun 1959 namun baginda disingkirkan oleh ayahandanya kerana apabila didapati bersalah menyerang mahkamah bagaimanapun ayahandanya, Sultan Ismail berlembut hati pada akhir hayatnya dan mengurniakan kembali Tunku Iskandar pangkat dan gelarannya sepuluh hari sebelum kemangkatan.
Sebenarnya baginda bukanlah sefikiran dengan Tun M dan sewaktu pemerintahan Tun M banyak isu-isu kontroversi antara beliau dengan Tun. Namun apabila baginda dilantik sebagai Yang Dipertuan Agung, baginda berbaik-baik dengan Tun sebagai Perdana Menteri ketika itu demi untuk kesejahteraan dan kesentosaan negara Malaysia.
YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah serta Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail mendoakan jenazah Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail ketika menghadiri istiadat penghormatan terakhir bagi rakyat jelata dan orang-orang kenamaan di Istana Besar, semalam.
Istana Besar Johor di Johor Bahru bersedih diatas kemangkatan seorang Sultan yang telah mentadbir negeri Johor dan Jajahan Takluknya selama 29 tahun semoga rohnya dicucuri rahmat....
Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat pada 22 Januari 2010 pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri dan diumumkan pada pukul 11.15 malam oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman. Baginda dimakamkan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru. Dan beliau digantikan oleh anakandanya yang sulung iaitu Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar (51) sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya. Pemasyhuran / pelantikan Sultan Ibrahim Ismail berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.Ia diumumkan secara rasmi oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di Istana Besar Johor Baharu pada pukul 10.21 pagi, 23 Januari 2010. Semoga pemasyuran ini memberikan nikmat kepada rakyat negeri Johor dalam menerima seorang lagi Sultan berjiwa rakyat yang cukup popular dengan lawatan ke kampung-kampung dengan motorsikal kuasa besarnya.
Ditabalkan Sebagai Sultan Johor yang baru
Apa-apa pun kami rakyat jelata mengucapkan selamat ditabalkan sebagai Sultan Johor dan kami mendoakan kesejahteraan Tunku dalam mentadbir negeri Johor, amin....
Comments