Lawak Kita Kadangkala Menguris Hati Insan Lain
Pernah tak anda berjenaka tiba-tiba rakan anda seolah-olah terguris hatinya dengan jenaka yang anda buat, kita mungkin bertujuan hanya untuk mengusik tetapi usikan atau jenaka yang dibuat mungkin tidak dapat diterima olehnya. Entahlah, aku tak tahu, semalam aku cuba untuk berjenaka tetapi tiba-tiba pulak suasana menjadi serius dan tujuan aku hanya untuk mewujudkan suasana yang senang kepada kedua-dua belah pihak tetapi lain pulak jadinya...huhu. Mungkin that is What Does It Mean By Human Being, apa yang kita fikirkan tidak sama seperti apa yang orang lain fikir. Kita sebagai manusia, mungkin acapkali secara tidak sedar telah menyakiti hati atau menguris hati orang di sekeliling kita dengan jenaka mahupun gaya bahasa yang kita gunakan. Aku disini bukan untuk bercakap pasal bahasa tetapi aku hanya ingin bercakap tentang betapa orang lain tidak semestinya berfikir sebagaimana kita berfikir dan cara yang kita rasakan betul mungkin salah pada pendapat dan dari kaca mata orang lain.
Apapun yang penting, jangan sesekali kita memusuhi manusia lain kerana sesungguhnya andai kata anak cicit kaum adam ini memutuskan silraturahim sesama saudaranya melebihi tiga hari, Allah tidak akan menimpakan rahmat keatasnya.
Sekian
Comments