Pertemuan Dalam Perpisahan
Mengapa,
Kita dipertemukan dalam hujung perpisahan
Perpisahan yang menunjukkan antara dua jalan
Jalan cita-cita ataupun jalan cinta
Jalan yang mana lebih agung
dan jalan mana lebih berkuasa

Bila cinta mula berputik
Langkah mula diatur demi masa depan
Masa depan yang mungkin ya atau tidak
Kemungkinan untuk kita berjumpa semula

Perpisahan ini suatu tanda tanya
Adakah yang sementara mahupun selamanya
Yang pasti hanya Rabbi mengetahui
Kerana dia maha mengetahui segalanya

Belum sempat ku sampaikan hasrat hati
Biarlah masa menentukan kemana perginya hati
Kemana perginya cinta
Yang dikala ini menunggu untuk pergi
Niatku hanya satu menunjukkan kau ke jalan Rabbi
Niatku hanya satu untuk mengubah kau menjadi wanita suci
Niatku hanya satu mungkin bila perpisahan nanti akan meninggalkan satu kenangan abadi
Perubahan yang menjadikan kau lebih mengetahui tentang erti aurat dan batasan
Sebagai wanita Islam yang mengikut adat ketimuran
Ikhlas dari
Mohd Ashraf Bin Mohd Zabidi
Duta Besar Malaysia Ke United Kingdom....insyallah

Comments