Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah
Sejak akhir-akhir ini beribu-ribu kes covid dicatat setiap hari dan tidak lari dari menjangkiti orang yang kita sayangi sekeliling kita. Memang kita cuba untuk elak dan pelbagai SOP diikuti tetapi andainya telah ditulis ujian untuk kita, insyallah itulah ujian yang mampu kita tanggung kerana Allah tidak akan sesekali mebebankan HambaNya.
Bagi yang telah dijangkiti kita mengharapkan agar tabah dan sesungguhnya anda insan terpilih untuk menerima tetamu makhluk kecil Allah ini lagi-lagi di penghujung Ramadhan menjelangnya Syawal. Mungkin raya kita terganggu pada tahun ini kerana larangan merentas negeri dan kuarantin namun kita perlu faham bahawa raya aidilfitri itu hanya sehari namun kesan penyakit ini mungkin andai kata dijangkiti silap-silap boleh tinggal selamanya samaada secara fizikal mahupun psikologi.
Di masa-masa kritikal seperti ini, hanya nama Allah Al-Hafiz dan As-Syafi yang bermaksud Allah Maha Menjaga dan Allah juga yang Maha Menyembuh itulah yang perlu kita pegangi. Ada terdengar Ustazah Asma Harun cakap, kita kalau nak minta, minta dengan nama Allah yang tepat. Mungkin video alunan zikir ini boleh kita dengar, hayati dan ulangi agar perlindungan Allah dibawah nama Al-Hafiz dan As-Syafi akan sentiasa bersama kita.
Salam Aidilfitri 1442 Hijrah
Maaf Zahir Dan Batin untuk Semua
Makluman Jangkitan Covid oleh Ustaz Zulhilmi, Pengurus Masjid Seksyen 7 |
Makluman aktiviti pengimarahan Masjid dari Ustaz Azam, Pengurus Masjid Seksyen 13 |
Imam Surau Al-Mustakimah dikuarantin di MAEPS setelah disahkan positif mulai 2 Syawal Semoga Wabak Covid ini Segera Hilang Di Muka Bumi Allah ini dengan tiba-tiba sebagaimana dia datang |
Comments